PEWARIS

BOIKOT!

Showing posts with label KENYATAAN AKHBAR. Show all posts
Showing posts with label KENYATAAN AKHBAR. Show all posts

Monday, January 26, 2009

Kenyataan Akhbar Berhubung Isu Kematian Mendiang Saudara A. Kugan Dan Rancangan Perhimpunan Oleh HINDRAF

PEWARIS adalah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan Islam di negara ini dan berkecuali dari mana-mana fahaman politik. Oleh itu, PEWARIS menyeru dan mengingatkan mana-mana parti politik, Badan-badan Bukan Kerajaan atau orang perseorangan agar tidak menjadikan isu kematian mendiang saudara A.Kugan sebagai isu perkauman yang mampu memecah-belahkan perpaduan kaum yang telah sedia terjalin di negara ini. Adalah diingatkan juga, ahli-ahli politik yang terlibat dan dilantik sebagai Timbalan Menteri dan Senator bertanggungjawab kepada semua kaum, bukan hanya kepada satu kaum tertentu sahaja. Tugas dan tanggungjawab ini perlulah digalas dengan jujur dan ikhlas.

Kami menghargai tugas dan tanggungjawab YB Senator T.Murugiah yang sanggup berada di Hospital Serdang bagi memastikan tiada berlaku sebarang kekecohan antara pihak keluarga mendiang dan pihak hospital. Namun, di kesempatan ini, PEWARIS ingin melahirkan rasa terkilan kerana sehingga ke hari ini, permohonan kami untuk berjumpa dan menyerahkan memorandum Bantahan Penternakan Babi di Paya Mengkuang, Melaka tidak dipedulikan. Sudah hampir lebih seminggu pihak PEWARIS gagal mendapatkan temujanji bagi membincangkan permasalahan ini, termasuklah menghantar surat rasmi namun semuanya tidak berhasil. Selama hampir 20 tahun, seramai 24,000 orang penduduk Paya Mengkuang di Melaka terpaksa menghadapi penderitaan ini disebabkan kegagalan pemimpin-pemimpin melaksanakan tanggungjawab mereka.

Isu kematian mendiang Saudara A.Kugan adalah satu kes jenayah dan ianya perlu diselesaikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa campur tangan orang-orang politik. Mereka yang tidak berhubungkait tidak perlu memberi ulasan atau pandangan yang bercorak provokatif yang bakal menimbulkan kemarahan pada masyarakat Islam dan Melayu. Sebelum ini pun, terdapat ramai bangsa-bangsa lain seperti Melayu dan Cina yang mati di dalam lokap dan di tali gantung, tetapi tidak ada dilihat pemimpin dari mana-mana parti, baik UMNO dan PAS bergegas ke rumah mayat atau ke kubur dan mendesak untuk diadakan bedah siasat kali kedua.

Jika seseorang pemimpin merasakan dirinya bertanggungjawab dan peka kepada sensitiviti perkauman di negara ini, PEWARIS ingin menyarankan agar dua orang Timbalan Menteri tersebut termasuklan Presiden MIC, Dato’ Seri Samy Vellu membuat pengisytiharan kepada masyarakat India agar tidak berkumpul beramai-ramai di Hospital Universiti atau berarak dan menimbulkan sebarang huru-hara sewaktu majlis pengebumian jenazah mendiang saudara A.Kugan esok. (28 Januari 2009). PEWARIS merasakan tanggungjawab menentukan keamanan di Negara ini tidak terletak di bahu pasukan Polis sahaja.

Perarakan bersifat perkauman dan provokatif seumpama ini mampu menimbulkan perasaan benci masyarakat Islam dan Melayu di negara ini. Jika ini berlaku, pihak PEWARIS tidak teragak-agak untuk keluar dan berkumpul beramai-ramai menentang perarakan ini. Kami juga sanggup ditahan oleh pihak polis demi mempertahankan keamanan dan kemakmuran di negara ini.

Untuk pemimpin Hindraf, saudara P.Waytha Moorthy yang berada di London, PEWARIS menasihatkan agar beliau tidak mencampuri urusan perundangan dan perlembagaan Negara ini. Beliau bukan lagi warganegara Malaysia kerana telah memegang pasport British.

Beliau tidak perlu keluarkan komen dan pandangan dari jauh berhubung hal negara orang lain seperti di dalam MalaysiaKini (Ini bukan PJJ – bukan Pelajaran Jarak Jauh tapi Politik Jarak Jauh). Seorang pemimpin dan pejuang yang bertanggungjawab tidak akan meninggalkan orang-orang yang memerlukannya menderita dan susah keseorangan. Kenyataan-kenyataan palsu yang turut dikeluarkan oleh beliau di dalam laporan tahunan 2008 Malaysian Indian Minority & Human Rights Violations semasa di Chennai, jelas menunjukan bahawa beliau sendiri tidak memahami dan menghayati perlembagaan negara ini berbanding dengan warga-warga India Malaysia yang lain. Pemimpin seperti inilah yang akan membuatkan rakan-rakan India kita di Malaysia terus ketinggalan dan tertindas.

PEWARIS menyarankan agar kita perlu fokus dalam menangani masalah kegawatan ekonomi yang sedang berlaku dan bersatu-padu mengatasi halangan dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah bagi menjana ekonomi masyarakat dan individu di Negara ini. [END]
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 10:21 PM 1 comment:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN AKHBAR BERHUBUNG ISU KEMATIAN A.KUGAN DALAM TAHANAN POLIS

JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN AKHBAR BERHUBUNG
ISU KEMATIAN A.KUGAN DALAM TAHANAN POLIS


PEWARIS akan mengadakan sidang media berhubung isu ini pada :

Tarikh : 27 Januari 2009 ( Selasa )
Bersamaan 30 Muharam 1430H
Masa : 2.00 petang
Tempat : Sembang Sembang Café, Lot G6, The Mall (Berhadapan Hotel Seri Pacific)


PEWARIS berharap kaum India tidak mengambil isu ini sebagai isu perkauman hingga menimbulkan suasana perkauman di Negara ini. PEWARIS juga menggesa YB Senator serta Timbalan Menteri tersebut tidak mengambil sikap berat sebelah dan bersikap profesional dalam hal ini.


Kerjasama pihak anda untuk membuat liputan berhubung isu ini amatlah dihargai. Sila hubungi talian 019-3591000 / 019-2384000 / 019 – 6944300 untuk pertanyaan lanjut. [END]
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 7:25 PM No comments:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

Saturday, December 27, 2008

Jemputan Bagi Mengadakan Liputan Akhbar Sempena Penyerahan Memorandum Gerakan Mansuh Babi Di Melaka

Jemputan Bagi Mengadakan Liputan Akhbar Sempena Penyerahan Memorandum Gerakan Mansuh Babi Di Melaka Kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim
dan YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang
Oleh PEWARIS Di Majlis Pelancaran Himpunan Bantah ISA

PEWARIS akan menghantar memorandum kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang berhubung isu babi di Masjid Tanah, Melaka yang masih gagal diselesaikan. Ini sejajar dengan resolusi gerakan mansuh babi di Melaka yang dicapai dalam Siri Jelajah Ke-2 Majlis Permuafakatan Ummah di Melaka baru-baru ini bagi mendesak satu tindakan segera diambil berhubung isu babi di negeri tersebut.

PEWARIS tanpa kepentingan politik telah menghantar memorandum bantahan kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Wira Abu Seman Yusop bagi mendesak isu babi ini diselesaikan segera.

Justeru, penghantaran memorandum mendesak campurtangan pemimpin utama Islam seperti YB Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang dan YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang selaku Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) amatlah diharapkan demi perpaduan dan kadaulatan ummah di Negara ini.

Sudah tiba masanya kedua-dua pemimpin ini ikhlas dalam membantu menyelesaikan isu-isu yang membabitkan kesucian Islam ini. Pandangan serta tindakan demi agama dan bangsa ini perlu bagi membasmi najis kekotoran babi-babi di Masjid Tanah, Melaka khususnya. Sebagai pemimpin utama yang memperjuangkan Islam, mereka wajib bertanggungjawab mengenai perkara ini.

Memorandum tersebut akan diserahkan pada Majlis Pelancaran Himpunan Bantah ISA :

Tempat : Stadium Bandar Baru Bangi
Pada : 29 Disember 2008 (Isnin)
Masa : 8.30 malam

Sehubungan dengan itu, wakil media dijemput untuk membuat liputan berhubung penyerahan ini. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi sekretariat PEWARIS di talian 019- 359 1000 atau 019- 69 44 300.

PEWARIS juga akan terus menghantar memorandum kepada pelbagai pihak berhubung gerakan mansuh babi di Melaka serta mendesak beberapa pemimpin lain agar tidak berkompromi dlm isu melibatkan kepentingan umat Islam di Negara ini. [END]
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 7:53 AM 1 comment:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

Wednesday, December 24, 2008

Kenyataan Akhbar Berhubung Tindakan Menteri Besar Perak Menukar Status Tanah Kampung Baru dan Kampung Tersusun Kepada Hakmilik Kekal

PEWARIS memandang serius tindakan Menteri Besar Perak menukar status tanah Kampung Baru dan Kampung Tersusun kepada hakmilik kekal.

Penukaran status Kampung Baru boleh dilihat sebagai memberikan satu lagi anugerah kepada penjenayah dan petualang negara memandangkan hampir seluruh penduduk di kampung-kampung baru adalah bekas penyokong-penyokong komunis yang tegar mahu menumbangkan kerajaan ini selama dua dekad. Mereka tidak dihukum sebaliknya atas dasar keperimanusiaan kerajaan Melayu telah memberikan tanah untuk mereka mengusahakannya.

Semua pemimpin-pemimpin Melayu, pemimpin-pemimpin badan bukan kerajaan Islam dan Melayu, pemimpin-pemimpin persatuan bekas askar dan perajurit serta lain-lain pihak yang anti komunis mesti bangkit menentang tindakan yang menjejaskan maruah bangsa Malaysia dan maruah orang Melayu.

Inilah golongan manusia yang telah menyokong fahaman yang menentang apa jua fahaman dan kepercayaan agama dan inilah golongan pengganas yang telah menjandakan isteri-isteri pasukan keselamatan dan meyatimkan anak-anak mereka.

Inilah segerombolan manusia yang telah menidakkan prinsip demokrasi dan mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara keganasan.

Adalah amat memalukan seorang Menteri Besar Islam memberikan satu lagi ganjaran kepada golongan-golongan ini di mana masih ada keturunan bekas-bekas perajurit yang mempertahankan negara masih tidak terbela nasibnya.

PEWARIS menggesa Menteri Besar Perak meletakkan jawatannya kerana sudah terlalu banyak tindakannya telah membelakangkan orang Melayu dan Islam sedangkan perlantikan beliau adalah di bawah naungan Raja Melayu Perak serta di mana dasar perjuangannya bagi memartabatkan maruah agama dan bangsa seperti yang diagungkan oleh PAS.

PEWARIS tanpa apa-apa kepentingan politik menyelar mana-mana individu, persatuan, organisasi mahupun kerajaan yang membelakangkan hak dan maruah agama Islam serta kepentingan bangsa Melayu.

PEWARIS juga mendesak agar kerajaan pusat tidak berganjak dari mencegah penukaran ini berdasarkan kepada undang-undang dan kehendak Majlis Tanah Negara. [END]
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 5:42 AM 1 comment:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

Friday, December 19, 2008

Kenyataan Akhbar Berhubung Siri Jelajah Ke 2, Majlis Permuafakatan Ummah


Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) menganjurkan SIRI JELAJAH Majlis Permuafakatan Ummah bagi peringkat negeri Melaka. Siri Jelajah Kedua ini adalah lanjutan daripada pelancaran SIRI JELAJAH Majlis Permuafakatan Ummah pada 23 November 2008 lalu.

Antara isu yang dibangkitkan dalam Siri Jelajah Kedua ini, adalah isu penternakan ladang babi yang masih gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri. Isu ternakan ladang babi merupakan suatu perkara yang serius kerana kawasan yang dijadikan ladang ternakan babi itu majoritinya merupakan kawasan masyarakat Melayu.

Berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perternakan Haiwan, jumlah babi di Malaysia melebihi 1.8 juta ekor. Ia melebihi pengeluaran daging lembu.

Isu babi di Melaka belum menampakkan penyelesaian walaupun kerajaan memberi jaminan akan menyelesaikan isu ini. Khususnya bagi penduduk kawasan Masjid Tanah yang menanggung aib akibat lambakan babi di kawasan tersebut serta pencemaran akibat babi-babi di kawasan tersebut.

Isu babi ini semakin meruncing sehingga ada pihak yang bersikap biadap sanggup menggantung kepala babi di rumah orang Islam. Tindakan ini merupakan satu penghinaan kepada maruah dan kesucian agama Islam serta masyarakat Islam di Negara ini. Perkara ini perlu ditangani dengan serius kerana kita tidak mahu umat Islam di Negara ini hilang sabar dan boleh mewujudkan suasana tidak harmoni serta perkauman yang boleh memudaratkan Negara.

Pada Majlis ini PEWARIS akan menyerahkan satu memorandum kepada YB Datuk Wira Abu Seman Yusop yang merupakan Ahli Parlimen Masjid Tanah sebagai tanda bantahan terhadap isu ladang serta ternakan babi.

Ahli - ahli PEWARIS di Melaka akan mengumpulkan tandatangan serta bantahan bagi memohon perintah mahkamah untuk menutup pusat ladang dan ternakan babi babi ini khususnya di kawasan Masjid Tanah.

PEWARIS juga mendesak pihak Jabatan Alam Sekitar supaya mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap penternakan babi yang memberikan kesan buruk kepada alam sekitar seperti pencemaran najis babi ke sungai - sungai. Ini termasuklah isu perparitan dan pengaliran sisa buangan dari kandang babi tersebut.

PEWARIS memohon statistik lengkap jumlah ladang serta ternakan babi yang berlesen dan tidak berlesen di negeri ini khususnya di kawasan Masjid Tanah. Kerajaan negeri Melaka harus memastikan isu ini diberi perhatian serius dan tidak bersikap sambil lewa mengenai masalah ladang dan ternakan babi di negeri ini.

Pembabitan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti peranan Majlis Perbandaran Alor Gajah mengenai isu babi di Masjid Tanah perlu diperjelaskan kepada orang awam. Ini kerana wujud seolah ‘double standard’ dalam kes isu babi ini.

Menggesa Kementerian Kesihatan bersikap telus dan adil dalam menangani isu ladang dan ternakan babi ini yang dikhuatiri akan mengakibatkan pencemaran alam sekitar serta penyakit bawaan babi. Kementerian Kesihatan harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang penyakit bawaan babi ini dan penyakit akibat daripada pencemaran daripada lambakan babi di Melaka.

PEWARIS juga akan menyerahkan memorandum dan memfailkan aduan kepada Biro Pengaduan Awam di bawah Jabatan Perdana Menteri mengenai isu babi di negeri Melaka untuk melihat kemampuan Biro ini menyelesaikan masalah rakyat. Pihak Badan Pencegah Rasuah ( BPR ) juga diminta mengesan samaada wujud salah guna kuasa dalam kes ladang babi di Melaka.

PEWARIS seperti yang dituntut di dalam resolusi yang disertakan bersama memorandum bantahan memberi masa sebulan kepada pihak – pihak yang terbabit untuk menyelesaikan masalah ladang dan ternakan babi ini.

Penternak babi-babi ini dingatkan supaya jangan menguji kesabaran umat Islam berhubung perkara ini. Penternak babi – babi ini harus memberikan kerjasama bagi menyelesaikan masalah ini kerana ia juga melibatkan isu alam sekitar.

PEWARIS sebagai sebuah badan yang tidak mempunyai kepentingan serta fahaman politik berikrar untuk terus memperjuangkan kesucian agama Islam serta kedaulatan bangsa Melayu di Negara ini. Umat Islam tanpa mengira fahaman politik harus bersama memperjuangkan keharmonian Negara ini demi kemakmuran Negara.

Tanpa usaha bersama dan toleransi antara kaum di Negara ini PEWARIS risau isu ini akan merebak ke tahap yang boleh mengakibatkan perbalahan di antara kaum. Kesabaran dan kadar toleransi umat Islam dalam isu ini ada batasannya dan kita berharap jangan tunggu sehingga kami bergelumang dengan najis babi baru isu ini mendapat perhatian.

Demi kemakmuran Negara semua pihak harus segera selesaikan isu ini dengan kadar segera.
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 12:17 PM 3 comments:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

Thursday, December 4, 2008

KENYATAAN AKHBAR DARI PEWARIS BERHUBUNG ISU MENYOKONG PENDIRIAN YANG DIBUAT OLEH DATUK MUKHRIZ MAHATHIR

Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) bersetuju dan menyokong penuh cadangan yang telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir supaya mewujudkan hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan sistem pendidikan kebangsaan di semua sekolah di Malaysia bagi mengekalkan perpaduan kaum di Negara ini. Cadangan tersebut amat baik untuk dilaksanakan kerana kita sedar bahawa sejak akhir-akhir ini terlalu banyak isu perkauman yang sering ditimbulkan oleh sesetengah pihak untuk tujuan mewujudkan perpecahan kaum di Negara ini.

PEWARIS juga menghormati pendirian beliau untuk terus mempertahankan cadangan tersebut kerana tidak salah jika pihak kerajaan melaksanakan cadangan tersebut sebagai salah satu sistem pendidikan di Negara ini bagi mendidik para pelajar tentang pentingnya semangat perpaduan kaum di Negara ini melalui penyatuan bahasa tanpa mempertikaikan kedudukan istimewa bahasa Melayu dan tidak menafikan penggunaan bahasa lain di Negara ini untuk mengekalkan keamanan serta kedaulatan Negara.

Teras pendidikan yang berdasarkan semangat kebangsaan perlu diterapkan kepada semua pelajar supaya mereka dididik untuk menghormati bangsa lain dan tidak mewujudkan sebarang provokasi di kalangan kaum untuk kepentingan sendiri. Pelaksanaan sistem pendidikan ini amat penting dan mempunyai rasionalnya bagi mendidik para pelajar supaya memahami dasar-dasar yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan mengelakkan wujudnya sebarang sentimen perkauman sejak di bangku sekolah lagi.

Sistem yang diwujudkan itu bukan bererti kita perlu memansuhkan keperluan bahasa kaum lain tetapi ianya bertujuan untuk merapatkan jurang perpaduan yang semakin ketara sejak akhir- akhir ini berikutan terlalu banyak isu perkauman yang ditimbulkan kerana masyarakat tidak faham konsep penyatuan bangsa dan bahasa secara mendalam.

PEWARIS berpendapat tidak wujud unsur mencabuli hak kaum lain jika Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar kerana memang sejak Negara mencapai kemerdekaan lagi bahasa Melayu telah termaktub sebagai bahasa rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa menafikan hak kaum lain untuk bertutur dalam bahasa asal mereka.

PEWARIS tetap akan terus bangkit dan bersuara terhadap perkara-perkara yang melibatkan sentimen perkauman kerana PEWARIS amat mementingkan semangat perpaduan dan akan terus mempertahankan hak istimewa kaum Melayu dan agama Islam bagi mengekalakan perpaduan dan keamanan Negara yang selama ini telah dijaga dengan baik. [END]
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 10:24 PM No comments:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

Friday, November 28, 2008

KENYATAAN AKHBAR PEWARIS-Isu Kenyataan Chua Soi Lek Mengenai Ketuanan Melayu

Keratan Akhbar Berita Harian,28 November 2008

PEWARIS ingin mengingatkan kepada semua pejuang Islam dan Melayu agar sentiasa bangkit dan bangun untuk memperjuangkan hak dan keistimewaan Melayu yang sering dipertikaikan oleh pihak yang iri hati dengan keistimewaan yang telah dimiliki oleh bangsa Melayu selama ini.

Dari kita asyik menabur fitnah dan bertelagah sesama sendiri adalah lebih baik jika kita sama-sama bersatu untuk mempertahankan hak dan maruah kita. Lihat sahaja kenyataan yang telah diberikan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mempersoalkan konsep “Ketuanan Melayu” tidak lagi relevan. Kenyataan tersebut sudah membuktikan bahawa itu merupakan agenda bangsa lain untuk menimbulkan kekecohan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan menimbulkan provokasi di kalangan umat Islam.

Sebagai bangsa Melayu dan umat Islam kita seharusnya sedar dan terus bangkit memperjuangkan hak kita demi maruah bersama. Jangan biarkan orang lain terus mengusai dan menghina kita sehingga tiada lagi sisa maruah yang tinggal untuk kita sama-sama perjuangkan .

Ayuh...!!! Warga PEWARIS, umat Islam, bangsa Melayu di Malaysia, kita ketepikan kepentingan politik demi memperjuangkan bangsa, agama dan kedaulatan Negara. Teruskan perjuangan dan tetapkan pendirian untuk perpaduan Ummah dan kesucian agama Islam.

Allahuakbar!!!Allahuakbar!!!Allahuakbar.....!!!!

Sekretariat PEWARIS

“Gagasan Sejagat Pembela Maruah Islam”
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 8:20 PM 2 comments:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

Wednesday, November 26, 2008

KENYATAAN PEWARIS BERHUBUNG GAMBAR DI TRANUNGKITE.NET

KENYATAAN DARIPADA PEWARIS BERKAITAN PENYIARAN ARTIKEL/BERITA DI TRANUNGKITE.NET BERTAJUK INI LAH MELAYU..PADA 25 NOVEMBER 2008.

Pada artikel tersebut di gambar 15 telah dinyatakan bahawa " 15. Wakil muslimah, dari gaya penyampaian rasanya dia wakil PAS".( SILA KLIK LINK BERIKUT UNTUK MAKLUMAT LANJUT
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18803 )

Diperbetulkan di sini bahawa wanita tersebut adalah ahli yang bercakap mewakili kaum wanita/muslimah dan tidak berkaitan dengan mana-mana parti. Beliau merupakan seorang pensyarah bertaraf Profesor Madya di salah sebuah Universiti Tempatan. Pihak Tranung dan yang seangkatan dengannya diingatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan secara membabi-buta.
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 4:23 AM 1 comment:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

KENYATAAN AKHBAR PEWARIS-Peringatan Kepada Harakah Daily

Pihak Harakah Daily diingatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan palsu terhadap PEWARIS berhubung dakwaan terdapat beberapa individu yang telah dipukul semasa perhimpunan PEWARIS dijalankan di perkarangan Wisma Sejarah pada 23 November yang lepas. Dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana tidak berlaku sebarang kekerasan atau pergaduhan yang berlaku sepanjang perhimpunan tersebut berlangsung.


Sebagai akhbar yang berunsurkan Islam perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana sebagai seorang Islam kita diingatkan agar bercakap benar dan tidak membuat sebarang kenyataan palsu tanpa sebarang bukti yang kukuh terlebih dahulu.


PEWARIS ingin meminta pihak Harakah Daily untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan tersebut kerana kita tidak mahu umat Islam di Negara ini hidup berpecah belah dan tidak bersatu dalam mempertahankan kesucian agama Islam hanya kerana kenyataan yang boleh mewujudkan perselisihan faham di antara satu sama lain.


PEWARIS juga ingin menegaskan bahawa PEWARIS tidak bersekutu bersama UMNO kerana piagam PEWARIS adalah untuk memartabatkan kesucian Islam, kedudukan istimewa bahasa dan bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa mengira fahaman politik serta inginkan umat Islam di Negara ini bersatu dalam memperjuangkan perkara yang sama. PEWARIS juga tidak sama sekali bersama-sama UMNO kerana UMNO sendiri mempunyai pelbagai penyakit kronik di dalam urusan mereka. Kita tidak mahu niat buruk segelintir pihak akan memecahkan perpaduan kaum dan agama di Negara ini.


PEWARIS ingin memberi amaran kepada pihak yang cuba melakukan penghinaan terhadap keistimewaan Melayu dan kesucian agama Islam tidak akan berdiam diri dan terus bersuara untuk mempertahan serta memperjuangkan kesucian agama Islam.


Sekretariat PEWARIS

“Gagasan Sejagat Pembela Maruah Islam”

Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 3:56 AM 24 comments:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

Kenyataan Akhbar PEWARIS-PEWARIS Menyangkal Dakwaan Pihak Yang Mengatakan Bahawa PEWARIS Bersama UMNO


Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) menyangkal dakwaan yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Ketua Parti DAP, Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa PEWARIS terlibat dengan UMNO. Begitu juga dengan kata-kata kesat puak-puak “buta hati” yang menghantar SMS menyatakan PEWARIS menjadi alat UMNO atau “anjing” kepada kerajaan BARISAN NASIONAL (BN).


Amatlah bodoh untuk mengaitkan UMNO dengan PEWARIS kerana PEWARIS mewakili suara majoriti senyap umat Islam yang telah lama bersabar dan kini hilang kesabaran serta jelak dengan perangai puak-puak bukan Islam yang sentiasa mencabar maruah agama dan umat Islam di setiap penjuru.


Tidak ada sebab untuk PEWARIS menjadi badan suruhan UMNO kerana UMNO begitu lemah dan dilanda dengan pelbagai penyakit kronik. PEWARIS merupakan permuafakatan dan perjuangan warisan Islam yang juga mewakili suara semua umat Islam termasuklah kakitangan kerajaan, ahli-ahli PAS, ahli UMNO dan juga semua pengguna Islam yang akan menjadi satu kuasa dan platform dengan satu suara yang tidak mungkin dapat ditahan kebangkitannya lagi.


PEWARIS juga memberi amaran kepada puak-puak yang gemar dan seronok mencabar Islam selama ini bahawa PEWARIS tidak lagi akan hanya menunggu untuk dihina. PEWARIS akan bertindak secara pre-emptive dan terancang. Kita akan mengumpulkan umat Islam daripada semua golongan tanpa mengira fahaman politik atau bangsa atau keturunan (CINA, MELAYU, INDIA) dan lain-lain badan atau individu yang bersemangat memperjuangkan Islam. Kita tunggu dan lihat, kini gelombang yang lebih besar daripada gelombang yang berjaya menghakiskan Barisan Nasional pada PRU12 yang lepas akan muncul.


Seruan akhir PEWARIS kepada PAS, UMNO atau PKR dan juga kakitangan kerajaan agar meneruskan perjuangan anda tetapi apabila ianya melibatkan akidah dan agenda Ummah, maka kita hendaklah bersatu. Belajar daripada kewujudan MCA, Gerakan, DAP dan MIC. Kepada umat Islam yang tidak bersetuju dengan seruan PEWARIS bolehlah kita aturkan perjumpaan bagi menyelaraskan agenda bersama.


ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR!!!


“Gagasan Sejagat Pembela Maruah Islam”

Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 3:49 AM 9 comments:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

Kenyataan Akhbar PEWARIS-Isu Sokongan Yang Dikemukakan Oleh Persatuan Peguam Muslim Malaysia Terhadap Majlis Peguam.

Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) bersetuju dan menyokong penuh cadangan yang telah dikemukakan oleh Persatuan Peguam Muslim Malaysia yang meminta agar Majlis Peguam tidak lagi melibatkan diri dengan perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti perkauman dan hanya menumpukan perhatian kepada aktiviti kebajikan ahli-ahli dan juga perkara yang melibatkan pertalian dan hubungan baik hidup bermasyarakat sahaja. Cadangan tersebut amat relevan untuk dilaksanakan kerana sejak akhir-akhir ini Majlis Peguam dilihat sering mencampuri urusan yang melibatkan isu perkauman dan keagamaan sesuatu kaum yang sepatutnya tidak boleh dibawa berbincang dan dipertikaikan secara terbuka kepada umum.

Contoh yang paling jelas adalah penganjuran Forum Memeluk Islam yang boleh dianggap sebagai melampau sehingga menimbulkan satu provokasi di kalangan umat Islam pada waktu itu. Perkara tersebut seharusnya dijadikan iktibar oleh Majlis Peguam supaya lebih berhati-hati dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan terutama isu perkauman di Negara ini yang boleh menimbulkan kekacauan dan memecahkan semangat perpaduan yang selama ini dijaga.

Saranan yang dikemukakan oleh Persatuan Peguam Muslim Malaysia itu perlu disambut baik oleh semua badan NGO Islam di Malaysia kerana ia melibatkan kepentingan masyarakat yang hidup secara majmuk dan berbilang agama di Negara ini. Hal ini kerana Majlis Peguam sering mencampuri urusan Islam apabila mempersoalkan ‘intra religious’ Islam. Mereka bukan hanya bercakap tentang hak asasi tetapi lebih kepada mempertikaikan prinsip Islam. Malah dalam banyak keadaan Majlis Peguam cuba mengajar orang Islam tentang agama Islam contoh mendesak orang Islam supaya memilih pandangan liberal.

Kita tidak mahu perkara yang sering dibangkitkan oleh Majlis Peguam sejak akhir-akhir bakal mencetuskan kemarahan di kalangan kaum di Malaysia dan sehingga mengulangi tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969. Sebagai masyarakat majmuk kita tidak memerlukan suara-suara sumbang yang mempertikaikan hak-hak dan keistimewaan sesuatu kaum seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sehingga mencabar ketenteraman dan kemakmuran Negara.

Kaum Melayu di Negara ini juga sentiasa diingatkan agar sentiasa bersatu-padu dalam mempertahankan isu bangsa yang sering dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Ramai Melayu yang tersinggung dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak tertentu sejak akhir-akhir ini tetapi tidak ramai yang tampil untuk membela hak kaum Melayu. Masih belum terlambat lagi untuk kita membela hak dan keistimewaan kaum Melayu yang telah termaktub dan jangan biarkan agenda pihak tertentu memusnahkan keistimewaan yang telah diberikan kepada kita selama ini.
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 3:46 AM No comments:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

KENYATAAN AKHBAR PEWARIS-Isu Bantahan Terhadap Cadangan Untuk Mengkaji Semula Pengharaman Yoga Oleh Pihak Hindu Sangam

Attn To: News Editor

Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) membidas kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Presiden Hindu Sangam Malaysia, Datuk A. Vaithilingam yang meminta pihak Majlis Fatwa Kebangsaan agar mengkaji semula keputusan terhadap pengharaman Yoga kepada umat Islam. PEWARIS tidak bersetuju dengan cadangan tersebut malah membantah sekeras-kerasnya kerana keputusan tersebut amat tepat kerana ia melibatkan akidah dan pegangan terhadap penganut agama Islam di negara ini. Kita tidak mahu akidah umat Islam di negara ini terpesong jika mengamalkan senaman ini kerana masih banyak lagi amalan senaman yang boleh dilakukan untuk tujuan kesihatan.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan yang benar dan tepat dan merasakan tidak perlu cadangan dan pendapat mana-mana pihak supaya mengkaji semula keputusan tersebut kerana ianya melibatkan sensitiviti agama Islam dan kita tidak mahu akidah penganut agama Islam di negara ini terpesong kerana mengamalkan senaman tersebut. Cadangan tersebut dianggap sebagai kurang ajar kerana cuba mencampuri urusan agama Islam.

PEWARIS ingin memberi amaran kepada pihak tertentu supaya tidak cuba untuk campur tangan dan tidak melakukan sebarang pertikaian terhadap perkara yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa kerana kita tidak pernah mencampuri urusan agama lain di negara ini.

Perkara yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa amatlah relevan dan perlu dihormati oleh semua pihak kerana Majlis Fatwa hanya mengharamkan pengamalan senaman tersebut kepada umat Islam bukan kepada penganut agama lain. Sehubungan dengan itu, kita tidak memerlukan suara-suara sumbang yang bertujuan untuk mewujudkan provokasi di kalangan penganut agama Islam dengan penganut agama lain di negara ini.

PEWARIS tidak akan berdiam diri dan akan terus bangkit untuk mempertahankan kesucian agama Islam, kedudukan istimewa bangsa Melayu dan kepentingan Institusi Raja kerana kita tidak mahu ada pihak cuba mengambil kesempatan dan mempunyai niat untuk merosakkan akidah penganut agama Islam melalui ‘rancangan senyap’ mereka.

Umat Islam di negara ini juga sentiasa diingatkan agar terus bangkit dan mempertahankan kesucian agama Islam dan berani untuk menyuarakan hak mereka jika merasakan hak dan keistimewaan Melayu serta agama Islam dicabar oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. [END]

From: Rahimuddin Md Harun
Sekretariat PEWARIS

019-2768787


Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 3:40 AM No comments:
Labels: KENYATAAN AKHBAR
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

PEWARIS

My photo
PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM
019-238 4000/019-69 44 300 MENYATUKAN UMMAH DEMI AGAMA DAN BANGSA!
View my complete profile

BERITA PEWARIS

  • ►  2008 (27)
    • ►  November (12)
      • ►  Nov 13 (1)
      • ►  Nov 16 (1)
      • ►  Nov 17 (1)
      • ►  Nov 25 (1)
      • ►  Nov 26 (6)
      • ►  Nov 27 (1)
      • ►  Nov 28 (1)
    • ►  December (15)
      • ►  Dec 01 (1)
      • ►  Dec 02 (1)
      • ►  Dec 04 (1)
      • ►  Dec 09 (1)
      • ►  Dec 10 (1)
      • ►  Dec 12 (1)
      • ►  Dec 18 (1)
      • ►  Dec 19 (1)
      • ►  Dec 21 (1)
      • ►  Dec 24 (1)
      • ►  Dec 25 (1)
      • ►  Dec 27 (2)
      • ►  Dec 29 (1)
      • ►  Dec 31 (1)
  • ▼  2009 (10)
    • ►  January (9)
      • ►  Jan 08 (1)
      • ►  Jan 09 (2)
      • ►  Jan 10 (1)
      • ►  Jan 13 (1)
      • ►  Jan 26 (3)
      • ►  Jan 27 (1)
    • ▼  August (1)
      • ▼  Aug 24 (1)
        • KRONOLOGI ADUAN MASALAH KUIL SEKSYEN 19 (SEPT. 200...

WAKTU SOLAT

Bangsa Melayu dan umat Islam tanpa mengira fahaman politik wajib menentang penempatan ladang babi di Melaka

LINK LAIN UNTUK DILAYARI

  • PROTES BABI DI MELAKA
  • PPIM

SUARAKAN HAK/PENDAPAT ANDA!


ShoutMix chat widget

WAKTU


Free Blog Content

ANDA PELAWAT KE :

Free Web Counter
Free Counter