Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) menganjurkan SIRI JELAJAH Majlis Permuafakatan Ummah bagi peringkat negeri Melaka. Siri Jelajah Kedua ini adalah lanjutan daripada pelancaran SIRI JELAJAH Majlis Permuafakatan Ummah pada 23 November 2008 lalu.
Antara isu yang dibangkitkan dalam Siri Jelajah Kedua ini, adalah isu penternakan ladang babi yang masih gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri. Isu ternakan ladang babi merupakan suatu perkara yang serius kerana kawasan yang dijadikan ladang ternakan babi itu majoritinya merupakan kawasan masyarakat Melayu.
Berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perternakan Haiwan, jumlah babi di Malaysia melebihi 1.8 juta ekor. Ia melebihi pengeluaran daging lembu.
Isu babi di Melaka belum menampakkan penyelesaian walaupun kerajaan memberi jaminan akan menyelesaikan isu ini. Khususnya bagi penduduk kawasan Masjid Tanah yang menanggung aib akibat lambakan babi di kawasan tersebut serta pencemaran akibat babi-babi di kawasan tersebut.
Isu babi ini semakin meruncing sehingga ada pihak yang bersikap biadap sanggup menggantung kepala babi di rumah orang Islam. Tindakan ini merupakan satu penghinaan kepada maruah dan kesucian agama Islam serta masyarakat Islam di Negara ini. Perkara ini perlu ditangani dengan serius kerana kita tidak mahu umat Islam di Negara ini hilang sabar dan boleh mewujudkan suasana tidak harmoni serta perkauman yang boleh memudaratkan Negara.
Pada Majlis ini PEWARIS akan menyerahkan satu memorandum kepada YB Datuk Wira Abu Seman Yusop yang merupakan Ahli Parlimen Masjid Tanah sebagai tanda bantahan terhadap isu ladang serta ternakan babi.
Ahli - ahli PEWARIS di Melaka akan mengumpulkan tandatangan serta bantahan bagi memohon perintah mahkamah untuk menutup pusat ladang dan ternakan babi babi ini khususnya di kawasan Masjid Tanah.
PEWARIS juga mendesak pihak Jabatan Alam Sekitar supaya mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap penternakan babi yang memberikan kesan buruk kepada alam sekitar seperti pencemaran najis babi ke sungai - sungai. Ini termasuklah isu perparitan dan pengaliran sisa buangan dari kandang babi tersebut.
PEWARIS memohon statistik lengkap jumlah ladang serta ternakan babi yang berlesen dan tidak berlesen di negeri ini khususnya di kawasan Masjid Tanah. Kerajaan negeri Melaka harus memastikan isu ini diberi perhatian serius dan tidak bersikap sambil lewa mengenai masalah ladang dan ternakan babi di negeri ini.
Pembabitan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti peranan Majlis Perbandaran Alor Gajah mengenai isu babi di Masjid Tanah perlu diperjelaskan kepada orang awam. Ini kerana wujud seolah ‘double standard’ dalam kes isu babi ini.
Menggesa Kementerian Kesihatan bersikap telus dan adil dalam menangani isu ladang dan ternakan babi ini yang dikhuatiri akan mengakibatkan pencemaran alam sekitar serta penyakit bawaan babi. Kementerian Kesihatan harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang penyakit bawaan babi ini dan penyakit akibat daripada pencemaran daripada lambakan babi di Melaka.
PEWARIS juga akan menyerahkan memorandum dan memfailkan aduan kepada Biro Pengaduan Awam di bawah Jabatan Perdana Menteri mengenai isu babi di negeri Melaka untuk melihat kemampuan Biro ini menyelesaikan masalah rakyat. Pihak Badan Pencegah Rasuah ( BPR ) juga diminta mengesan samaada wujud salah guna kuasa dalam kes ladang babi di Melaka.
PEWARIS seperti yang dituntut di dalam resolusi yang disertakan bersama memorandum bantahan memberi masa sebulan kepada pihak – pihak yang terbabit untuk menyelesaikan masalah ladang dan ternakan babi ini.
Penternak babi-babi ini dingatkan supaya jangan menguji kesabaran umat Islam berhubung perkara ini. Penternak babi – babi ini harus memberikan kerjasama bagi menyelesaikan masalah ini kerana ia juga melibatkan isu alam sekitar.
PEWARIS sebagai sebuah badan yang tidak mempunyai kepentingan serta fahaman politik berikrar untuk terus memperjuangkan kesucian agama Islam serta kedaulatan bangsa Melayu di Negara ini. Umat Islam tanpa mengira fahaman politik harus bersama memperjuangkan keharmonian Negara ini demi kemakmuran Negara.
Tanpa usaha bersama dan toleransi antara kaum di Negara ini PEWARIS risau isu ini akan merebak ke tahap yang boleh mengakibatkan perbalahan di antara kaum. Kesabaran dan kadar toleransi umat Islam dalam isu ini ada batasannya dan kita berharap jangan tunggu sehingga kami bergelumang dengan najis babi baru isu ini mendapat perhatian.
Demi kemakmuran Negara semua pihak harus segera selesaikan isu ini dengan kadar segera.
3 comments:
Bagus! Suatu kenyataan yang amat berani dan tegas. Perjuangan masih belum selesai. Berjuanglah untuk kamakmuran semua.
kah kah kah ..... pirahhhh. Bila bercakap berdegar degar macam nak gi perang ...tapi buat malu jer ..... bakar babi kertas.
Kah kah kah
PAINAH..
SEKURANG-KURANG DIORANG ADA USAHA NAK HAPUSKAN BABI...HARAP KO?KO APE BUAT?MAK*N B*BI?AKU SAJE LETAK * SBB AKU TAK NAK ROSAKKAN AWAL HIJRAH AKU DENGAN MAKI ORANG...
Post a Comment