PEWARIS

BOIKOT!

Sunday, November 16, 2008

PROFIL

1. APA PEWARIS?

PEWARIS adalah jaringan kerjasama NGO-NGO Islam, persatuan-persatuan seni, warisan, organisasi budaya Melayu, majlis perwakilan pelajar dan badan-badan seumpamanya yang bersatu bagi membentuk satu suara dalam memperjuangkan agama Islam dan bangsa Melayu.

Ia bertanggungjawab sebagai badan bertindak bagi memantau serta menangani isu –isu yang mencabar atau menghina kepentingan Islam, institusi Raja, bahasa Melayu dan kaum Bumiputra ataupun isu yang boleh menggugat ekonomi, ketenteraman, keharmonian dan perpaduan kaum dengan merujuk kepada kontrak sosial yang telah wujud di Negara ini.

Isu kezaliman, kemanusiaan dan juga kebaikan bersama rakyat Malaysia juga menjadi agenda pertubuhan ini.

Selain itu, PEWARIS juga akan memantau isu-isu yang melibatkan isu diskriminasi, ugutan serta pilihkasih melibatkan amalan beragama.

Islam menjadi teras penyatuan dan kerjasama sebagaimana agama Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

2. OBJEKTIF PEWARIS

  1. Membangun dan mengembalikan semangat juang ummah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan tanpa mengira kedudukan, pangkat, darjat dan usia.
  2. Membawa anak bangsa ke arah satu kesatuan untuk mengecapi kesejahteraan, keamanan, kedamaian rohani dan jasmani.
  3. Mewujudkan satu budaya menghormati antara satu sama lain, tidak mementingkan diri dan sentiasa harmoni di dalam suasana persaudaraan sebangsa dan seagama.
  4. Membawa anak bangsa kembali mendalami anutan agama ke satu titik penghayatan perjalanan yang satu.


3. POLISI PEWARIS


Adalah menjadi dasar para ahli Pewaris untuk berjuang kerana Agama, Bangsa dan Negara dengan berlandaskan antara lain :-


  1. Ikhlas, kerana Allah Dan Rasul
  2. Asas perjuangan adalah Islam
  3. Demi perpaduan Agama
  4. Tanpa keangkuhan sesama sendiri
  5. Hati sentiasa bersih tapi berjiwa besar
  6. Bersama sedia membantu perjuangan jihad ekonomi, mencari keberkatan & sokong produk dan ekonomi Islam
  7. Tidak mendahulukan kepentingan diri
  8. Buang perasaan hasad dan dengki
  9. Tidak membezakan bangsa dan keturunan
  10. Tidak membezakan fahaman Politik
  11. Tanpa mengira darjat, pangkat, kekayaan dan kedudukan
  12. ketepikan semangat Kenegerian
  13. Sanggup berkorban, sedia berjihad
  14. Lupakan sebarang persengketaan di antara kita, gabung segala tenaga bersama
  15. Memenuhi akad janji dan sumpah untuk berjuang demi agama dan bangsa
  16. Tidak membangkit, mengungkit serta mewujudkan sebarang persengketaan sesama ahli.


Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 10:20 PM No comments:
Labels: PROFIL
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

PEWARIS

My photo
PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM
019-238 4000/019-69 44 300 MENYATUKAN UMMAH DEMI AGAMA DAN BANGSA!
View my complete profile

BERITA PEWARIS

  • ▼  2008 (27)
    • ▼  November (12)
      • ►  Nov 13 (1)
      • ▼  Nov 16 (1)
        • PROFIL
      • ►  Nov 17 (1)
      • ►  Nov 25 (1)
      • ►  Nov 26 (6)
      • ►  Nov 27 (1)
      • ►  Nov 28 (1)
    • ►  December (15)
      • ►  Dec 01 (1)
      • ►  Dec 02 (1)
      • ►  Dec 04 (1)
      • ►  Dec 09 (1)
      • ►  Dec 10 (1)
      • ►  Dec 12 (1)
      • ►  Dec 18 (1)
      • ►  Dec 19 (1)
      • ►  Dec 21 (1)
      • ►  Dec 24 (1)
      • ►  Dec 25 (1)
      • ►  Dec 27 (2)
      • ►  Dec 29 (1)
      • ►  Dec 31 (1)
  • ►  2009 (10)
    • ►  January (9)
      • ►  Jan 08 (1)
      • ►  Jan 09 (2)
      • ►  Jan 10 (1)
      • ►  Jan 13 (1)
      • ►  Jan 26 (3)
      • ►  Jan 27 (1)
    • ►  August (1)
      • ►  Aug 24 (1)

WAKTU SOLAT

Bangsa Melayu dan umat Islam tanpa mengira fahaman politik wajib menentang penempatan ladang babi di Melaka

LINK LAIN UNTUK DILAYARI

  • PROTES BABI DI MELAKA
  • PPIM

SUARAKAN HAK/PENDAPAT ANDA!


ShoutMix chat widget

WAKTU


Free Blog Content

ANDA PELAWAT KE :

Free Web Counter
Free Counter