PEWARIS

BOIKOT!

Wednesday, November 26, 2008

KENYATAAN AKHBAR PEWARIS-Peringatan Kepada Harakah Daily

Pihak Harakah Daily diingatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan palsu terhadap PEWARIS berhubung dakwaan terdapat beberapa individu yang telah dipukul semasa perhimpunan PEWARIS dijalankan di perkarangan Wisma Sejarah pada 23 November yang lepas. Dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana tidak berlaku sebarang kekerasan atau pergaduhan yang berlaku sepanjang perhimpunan tersebut berlangsung.


Sebagai akhbar yang berunsurkan Islam perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana sebagai seorang Islam kita diingatkan agar bercakap benar dan tidak membuat sebarang kenyataan palsu tanpa sebarang bukti yang kukuh terlebih dahulu.


PEWARIS ingin meminta pihak Harakah Daily untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan tersebut kerana kita tidak mahu umat Islam di Negara ini hidup berpecah belah dan tidak bersatu dalam mempertahankan kesucian agama Islam hanya kerana kenyataan yang boleh mewujudkan perselisihan faham di antara satu sama lain.


PEWARIS juga ingin menegaskan bahawa PEWARIS tidak bersekutu bersama UMNO kerana piagam PEWARIS adalah untuk memartabatkan kesucian Islam, kedudukan istimewa bahasa dan bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa mengira fahaman politik serta inginkan umat Islam di Negara ini bersatu dalam memperjuangkan perkara yang sama. PEWARIS juga tidak sama sekali bersama-sama UMNO kerana UMNO sendiri mempunyai pelbagai penyakit kronik di dalam urusan mereka. Kita tidak mahu niat buruk segelintir pihak akan memecahkan perpaduan kaum dan agama di Negara ini.


PEWARIS ingin memberi amaran kepada pihak yang cuba melakukan penghinaan terhadap keistimewaan Melayu dan kesucian agama Islam tidak akan berdiam diri dan terus bersuara untuk mempertahan serta memperjuangkan kesucian agama Islam.


Sekretariat PEWARIS

“Gagasan Sejagat Pembela Maruah Islam”

Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 3:56 AM
Labels: KENYATAAN AKHBAR

24 comments:

mat tangga said...

Kepada Harakahdaily....jangan suka-suka nak tuduh yang PEWARIS ini ada pakatan dengan UMNO....disini PEWARIS tidak berpihak pada mana-mana pihak.....dia boleh berdiri dimana-mana pihak jika laporan yang berbangkit adalah benar-benar belaka.

“Gagasan Sejagat Pembela Maruah Islam”

November 28, 2008 at 1:15 AM
mat tempe said...

Ya betul kata mat tangga tue....jangan suka nak tuduh menuduh.....selidik la dulu....baru boleh cakap-cakap....

Hidup PEWARIS!!!

November 28, 2008 at 1:25 AM
Unknown said...

apa prestasi harakah nie..
makin menurun.
beri lah komen yang berlandaskan fakta dan bukti yang diterima tanpa mengaburkan fikiran.

Ayuh Pewaris!!!

November 28, 2008 at 2:52 AM
sang ratu said...

Inikah konsep Harakah Daily yang berlandaskan Islam??? Bukankah menabur fitnah tanpa siasatan dan dakwaan 2 merupakan satu dosa besar??

Yang diperjuangkan PEWARIS adalah maruah Islam dan bangsa Melayu knapa kita tidak bersatu untuk memperjuangkan hak kita secara bersama sebagai tnda sokongan..

Bukankah itu lebih baik dari menabur fitnah.

Kepada Harakah Daily marilah kita sama-sama bersatu menegakkan maruah Islam
Kita ketepikan kepentingan politik dan kita perjuangkan agama Islam demi masa depan generasi akan datang..

Saya tetap akan menyokong perjuangan yang dilaksanakan oleh PEWARIS!!!

November 28, 2008 at 2:59 AM
sang ratu said...

PEWARIS...

Jangan mengaku kalah, teruskan perjuangan walau dikutuk dan dicaci.

Jika kita berada dipihak yang benar kita tetap akan memenangi perjuangan ini..

Harakah Daily ingatlah fitnah 2 akan merosakkan sesama kita kerana kita tidak mahukan pergaduhan yang kita mahukan adalah penyatuan

Ayuh Perjuangkan Bersama Maruah Islam!!!

November 28, 2008 at 3:03 AM
pejuang Islam said...

PEWARIS!!!

Teruskan bangkit, Jangan mengaku kalah!!!

"Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan"



"Gagasan Sejagat Pembela Maruah Islam"

November 28, 2008 at 3:08 AM
Unknown said...

bila Harakah Daily ni nk buat permohonan maaf secara terbuka ni?? Lain Kali seblum nk keluarkan sesuatu cerita tu jgn la keluarkan tanpa bukti yg sah! Kata surat khabar yg berasaskan ISLAM???

November 28, 2008 at 7:55 PM
bumiku said...

Tak sangka Harakahdaily menaburkan fitnah yang sedemikian rupa.sebelum mengeluarkan kenyataan dah selidik dulu ke???
saya amat kecewa dengan akbar tersebut yang menyebelahi wanita Cina yang merupakan musuh kita.

November 28, 2008 at 8:03 PM
Unknown said...

dah x der isu lain ke Harakah Daily ni nk keluarkan?? main tangkap muat je sume citer....haihh...mcm ni ke perangai org ISLAM yg patut dicontohi?? saya rasa baik warga kerja HARAKAH DAILY ni buang dulu sikap hasad dengki dlm diri tu...

HIDUP PEWARIS!!! TERUSKAN PERJUANGAN!!

November 29, 2008 at 7:25 AM
Unknown said...

salam...
kepada HARAKAH DAILY....kenapalah kita sesama sendiri nk memburuk2kan orang yg seagama & sebangsa dengan kita...?? tengok je lah bangsa lain tu...diorng semua tolong bangsa diorang....saling bantu membantu utk menaikkan taraf hidup diorng...Yg kite ni?....dok sibuk2 nk mendengki2 antara satu sama lain....apa da....?
sepatutnya yg elok tu kena lah bagi SOKONGAN bukannya KRITIKAN yg x berasas....!

kepada PEWARIS, jgn cepat putus asa.....teruskan PERJUANGAN & JGN LUPA OBJEKTIF PENUBUHAN..

TAKKAN MELAYU HILANG DI DONIA!!

November 29, 2008 at 7:37 AM
Unknown said...

apa motif HARAKAH DAILY NI BUAT KEJE MCM NI?? supaya kaum2 diorng benci dgn PEWARIS? haih...kate guna tag line "ISLAM"...mcm ni ke perangai org ISLAM?? penuh dgn Hasad DENGKI?? buat malu TOK GURU je wei...!! rentikan le sifat2 iblis ni.....sampai bile2 pon melayu xkn maju dgn perangai dengki yg pernah nk berubah....seeloknya yg baik di berikan dorongan & sokongan...yg buruk dibawa berbincang......kalau team2 PEWARIS ni de buat salah & silap, ajaklah diorang berbincang face to face.....aru leh settle problem..

"GAGASAN SEJAGAT PEMBELA MARUAH ISLAM!!"

November 29, 2008 at 7:49 AM
j.zee said...

Salam..

Sebagai akhbar yang berteraskan ISLAM...Harakah tidak boleh menuduh membabi buta..kalau akhbar utusan ke berita harian ke yang buat tuduhan melulu begini takpela..ini Harakah...mana blh macam tu..buruk nama ISLAM...harap pok nik ambil perhatian..

November 29, 2008 at 5:19 PM
Unknown said...

Salam.. apa ni, kenapa kita sesama umat nak bergaduh.. ISLAM tak ajar kita begitu, kita di ajar supaya bermuafakat bukan bertelagah sesama kita...

Kepada Harakah Daily, sebelum membuat apa2 kenyataan sila selidik dahulu, bukan buat keptusan atau sebarang kenyataan secara melulu..

Saya hadir masa berlakunya kejadian di wisma sejarah, tapi saya tak nampak pun kekecohan ataupun pergaduhan sebelum hadirnya pompuan CINA tu... cuma berlaku sedikit kekecohan dek mulut pompuan CINA tu, bukannya pergaduhan. Sila maklum wahai pihak Harakah Daily....

November 30, 2008 at 5:59 PM
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
November 30, 2008 at 7:24 PM
Unknown said...

salam...

apa tujuan sebenar harakah daily menulis kenyataan akhbar sedemikian rupa? adakah wakil wartawan daripada pihak harakah daily hadir ke program tersebut??sekiranya ada wakil yang hadir, anda tentu tahu insiden sebenar yang terjadi pada hari tersebut...bukan menuduh tanpa usul periksa...sanggupkah anda melihat bangsa anda bertelagah sesama sendiri??

kepada PEWARIS, jangan mudah mengaku kalah dan teruskan perjuangan anda...

November 30, 2008 at 7:29 PM
terezaku sakura said...

Assalamualaikum,
bagaimana lak HARAKAH boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu... adakah pihak anda berada di situ... saya antara org yg ada di perhimpunan tersebut... mereka melakukan perarakan secara aman sehingga diganggu oleh seorg wanita cina yg mencaci PEWARIS dan ISLAM... jgn memfitnah PEWARIS sebegini rupa... biarkan mereka tunjukkan kepada kita kehebatan mereka, sekiranya PEWARIS silap berikan tunjuk ajar bknnya memfitnah PEWARIS....

November 30, 2008 at 7:50 PM
Rozana Mokhtar said...

salam...

Kepada harakah daily iaitu akhbar yang mengeluarkan isi kandungan yang berunsurkan islam, adakah anda umat islam atau sebaliknya?? Jadi jika anda adalah akhbar dari golongan orang2 islam dan beragama islam, kenapa anda menaburkan fitnah yang boleh menjatuhkan umat islam iaitu umat kamu sendiri??

Perhimpunan PERWARIS itu adalah kita sebagai umat islam ingin menegakkan maruah islam dan umat islam yang selama ini dipijak di negara sendiri..adakah kita ingin tengok negara serta umat kite begitu selamanya?? kita nak memperjuangkan agama dan bangsa kita, kenapa kita tak memperjuangkan hak kita bersama2 sebagai tanda sokongan????

Kepada harakah daily, adakah anda menyebelahi perempuan cina tersebut??
Sama2lah kita berjuang dan menegakkan bangsa dan agama kita.
Kami semua harapkan yang harakah daily akan memohon maaf secara terbuka kepada semua umat islam...dan sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan haruslah diselidik dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang tidak sah!!!!

Kepada PEWARIS jangan berputus asa!!! Kite menegakkan perjuangan agama dan bangsa!!!
PEWARIS boleh!!!!

December 1, 2008 at 1:26 AM
lagenda biru said...
This comment has been removed by the author.
December 2, 2008 at 2:39 AM
lagenda biru said...

Salam,

Harakah hanya tahu sampingan sahaja.Mereka ni cuma menceritakan perkara yang tak sepatutnya.Tapi pelik kenapa mereka ni masih ada dan ramai yang masih membaca harakah.

Adakah mereka ni suka duduk diam-diam dan tikam dari belakang?

Apa yang mereka cuba sebarkan?

Zaman sudah berubah.Tetapi prinsip takde.

macam mana nak berkembang?

Hidup Pewaris!!!

December 2, 2008 at 6:49 PM
Unknown said...

Assalamualaikum semua...

Kepada Harakah Daily...Sila siasat dengan teliti sebelum buat apa2 statement berkenaan dengan PEWARIS...Jangan jadi boneka atau alat untuk kepentingan mana2 pihak...

Takkan nak jadi akhbar tabloid kot sanggup buat cerita sensasi tanpa fakta yang betul semata-mata untuk melariskan jualan...

Only God Can Judge Me...

December 3, 2008 at 7:32 PM
mat ameng said...

Harakahdaily.....silalah periksa asal-usul dulu sebelum berkata apa-apa....PEWARIS telah jalankan tugasnya yang sepatutnya dilakukan...

December 8, 2008 at 7:53 AM
mat kurat said...

Mari kita sokong PEWARIS...peduli ada yang harakahdaily nak perkatakan.....Hidup PEWARIS!!!

December 8, 2008 at 7:56 AM
to' nai sim said...

kepada PEWARIS
jgn putus asa teruskan usaha kembalikan maruah agama+bangsa kita
tiada siapa boleh diharap lg hari ini

umno d bawah paklah smakin penakut dan pengecut mahu mngambil hati bangsa asing shj
pas bdolak dalih..xpgg pada prinsip..brsekongkol dgn musuh islam
pkr mnjadi platform hindraf sang extremist hindu

maka anda PEWARIS dan juga tggjwb saya ke atas agama+bgsa+tanahair saya serta kita semua muslim tnpa mngira bgsa dan ideologi politik d malaysia ini untuk mempertahankan maruah kita yg telah dhina
untuk kembali mmpertahankn hak2 dan kesucian agama kita

ALLAHUAKBAR!

December 13, 2008 at 11:28 AM
Johan Ahmad said...

harap Harakahdaily tidak lagi mengeluarkan kenyataan2 yg boleh memecahbelahkan umat Islam yg telah sedia berpecah ni.. tujuan PEWARIS saya kira adalah baik dan patut disokong oleh semua umat tak kira parti dan fahaman.. asalkan kita berkiblatkan kaabah, kita memegang amanah yg sama iaitu, ke arah "mendaulahkan Islam sebagai pemacu kegemilangan"

wallahu a'alam...

December 15, 2008 at 10:30 PM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

PEWARIS

My photo
PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM
019-238 4000/019-69 44 300 MENYATUKAN UMMAH DEMI AGAMA DAN BANGSA!
View my complete profile

BERITA PEWARIS

  • ▼  2008 (27)
    • ▼  November (12)
      • ►  Nov 13 (1)
      • ►  Nov 16 (1)
      • ►  Nov 17 (1)
      • ►  Nov 25 (1)
      • ▼  Nov 26 (6)
        • LAPORAN POLIS YANG DIBUAT OLEH AHLI PEWARIS PADA 2...
        • KENYATAAN AKHBAR PEWARIS-Isu Bantahan Terhadap Cad...
        • Kenyataan Akhbar PEWARIS-Isu Sokongan Yang Dikemuk...
        • Kenyataan Akhbar PEWARIS-PEWARIS Menyangkal Dakwaa...
        • KENYATAAN AKHBAR PEWARIS-Peringatan Kepada Harakah...
        • KENYATAAN PEWARIS BERHUBUNG GAMBAR DI TRANUNGKITE.NET
      • ►  Nov 27 (1)
      • ►  Nov 28 (1)
    • ►  December (15)
      • ►  Dec 01 (1)
      • ►  Dec 02 (1)
      • ►  Dec 04 (1)
      • ►  Dec 09 (1)
      • ►  Dec 10 (1)
      • ►  Dec 12 (1)
      • ►  Dec 18 (1)
      • ►  Dec 19 (1)
      • ►  Dec 21 (1)
      • ►  Dec 24 (1)
      • ►  Dec 25 (1)
      • ►  Dec 27 (2)
      • ►  Dec 29 (1)
      • ►  Dec 31 (1)
  • ►  2009 (10)
    • ►  January (9)
      • ►  Jan 08 (1)
      • ►  Jan 09 (2)
      • ►  Jan 10 (1)
      • ►  Jan 13 (1)
      • ►  Jan 26 (3)
      • ►  Jan 27 (1)
    • ►  August (1)
      • ►  Aug 24 (1)

WAKTU SOLAT

Bangsa Melayu dan umat Islam tanpa mengira fahaman politik wajib menentang penempatan ladang babi di Melaka

LINK LAIN UNTUK DILAYARI

  • PROTES BABI DI MELAKA
  • PPIM

SUARAKAN HAK/PENDAPAT ANDA!


ShoutMix chat widget

WAKTU


Free Blog Content

ANDA PELAWAT KE :

Free Web Counter
Free Counter