PEWARIS memandang serius tindakan Menteri Besar Perak menukar status tanah Kampung Baru dan Kampung Tersusun kepada hakmilik kekal.
Penukaran status Kampung Baru boleh dilihat sebagai memberikan satu lagi anugerah kepada penjenayah dan petualang negara memandangkan hampir seluruh penduduk di kampung-kampung baru adalah bekas penyokong-penyokong komunis yang tegar mahu menumbangkan kerajaan ini selama dua dekad. Mereka tidak dihukum sebaliknya atas dasar keperimanusiaan kerajaan Melayu telah memberikan tanah untuk mereka mengusahakannya.
Semua pemimpin-pemimpin Melayu, pemimpin-pemimpin badan bukan kerajaan Islam dan Melayu, pemimpin-pemimpin persatuan bekas askar dan perajurit serta lain-lain pihak yang anti komunis mesti bangkit menentang tindakan yang menjejaskan maruah bangsa Malaysia dan maruah orang Melayu.
Inilah golongan manusia yang telah menyokong fahaman yang menentang apa jua fahaman dan kepercayaan agama dan inilah golongan pengganas yang telah menjandakan isteri-isteri pasukan keselamatan dan meyatimkan anak-anak mereka.
Inilah segerombolan manusia yang telah menidakkan prinsip demokrasi dan mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara keganasan.
Adalah amat memalukan seorang Menteri Besar Islam memberikan satu lagi ganjaran kepada golongan-golongan ini di mana masih ada keturunan bekas-bekas perajurit yang mempertahankan negara masih tidak terbela nasibnya.
PEWARIS menggesa Menteri Besar Perak meletakkan jawatannya kerana sudah terlalu banyak tindakannya telah membelakangkan orang Melayu dan Islam sedangkan perlantikan beliau adalah di bawah naungan Raja Melayu Perak serta di mana dasar perjuangannya bagi memartabatkan maruah agama dan bangsa seperti yang diagungkan oleh PAS.
PEWARIS tanpa apa-apa kepentingan politik menyelar mana-mana individu, persatuan, organisasi mahupun kerajaan yang membelakangkan hak dan maruah agama Islam serta kepentingan bangsa Melayu.
PEWARIS juga mendesak agar kerajaan pusat tidak berganjak dari mencegah penukaran ini berdasarkan kepada undang-undang dan kehendak Majlis Tanah Negara. [END]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Orang seperti ini harus dibuang dari Malaysia kerana dia pengkhianat bangsa. mengapa maruah bangsa harus digadai. Teruskan usaha anda pewaris. Yang baik harus disokong, yang jahat dan batil, harus ditentang habis-habisan.
Post a Comment