29 Disember 2008-Bangi, PEWARIS telah menyerahkan Memorandum Bantahan Ternakan Babi di Melaka kepada YB Datuk Haji Hadi B Awang, yang juga Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Majlis Perhimpuan Bantahan ISA anjuran GMI dan PAS. Penyerahan tersebut diketuai oleh Timbalan Pengerusi PEWARIS Encik Rahimuddin Md Harun dan beberapa wakil penduduk Masjid Tanah, Melaka yang juga ahli PEWARIS.
Seramai 500 orang ahli PEWARIS yang kebanyakannya dari Masjid Tanah Melaka yang telah cukup lama menderita berikutan penternakan babi di kawasan berhampiran kediaman mereka turut sama di majlis tersebut bagi menunjukkan betapa mereka mengharap agar semua pemimpin Islam bertindak untuk kebajikan mereka.
Mengikut perancangan dan surat yang telah disiarkan melalui laman ini, sepatutnya memorandum tersebut juga akan diserahkan kepada ketua pembnagkang, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaubagaimanapun, ia gagal diserahkan kerana beliau tidak dapat hadir kerana menurut sumber, beliau menghadiri majlis lain.
PEWARIS akan tetap menyerahkan memorandum tersebut kepada beliau demi kepentingan masyarakat Islam. Di dalam masa yang sama, PEWARIS telah menunjukkan sokongan pelaksanaan hukum hudud seperti yang diperjuangkan oleh PAS.



