PEWARIS

BOIKOT!

Friday, November 28, 2008

KENYATAAN AKHBAR PEWARIS-Isu Kenyataan Chua Soi Lek Mengenai Ketuanan Melayu

Keratan Akhbar Berita Harian,28 November 2008

PEWARIS ingin mengingatkan kepada semua pejuang Islam dan Melayu agar sentiasa bangkit dan bangun untuk memperjuangkan hak dan keistimewaan Melayu yang sering dipertikaikan oleh pihak yang iri hati dengan keistimewaan yang telah dimiliki oleh bangsa Melayu selama ini.

Dari kita asyik menabur fitnah dan bertelagah sesama sendiri adalah lebih baik jika kita sama-sama bersatu untuk mempertahankan hak dan maruah kita. Lihat sahaja kenyataan yang telah diberikan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mempersoalkan konsep “Ketuanan Melayu” tidak lagi relevan. Kenyataan tersebut sudah membuktikan bahawa itu merupakan agenda bangsa lain untuk menimbulkan kekecohan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan menimbulkan provokasi di kalangan umat Islam.

Sebagai bangsa Melayu dan umat Islam kita seharusnya sedar dan terus bangkit memperjuangkan hak kita demi maruah bersama. Jangan biarkan orang lain terus mengusai dan menghina kita sehingga tiada lagi sisa maruah yang tinggal untuk kita sama-sama perjuangkan .

Ayuh...!!! Warga PEWARIS, umat Islam, bangsa Melayu di Malaysia, kita ketepikan kepentingan politik demi memperjuangkan bangsa, agama dan kedaulatan Negara. Teruskan perjuangan dan tetapkan pendirian untuk perpaduan Ummah dan kesucian agama Islam.

Allahuakbar!!!Allahuakbar!!!Allahuakbar.....!!!!

Sekretariat PEWARIS

“Gagasan Sejagat Pembela Maruah Islam”
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 8:20 PM 2 comments:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

Thursday, November 27, 2008

DARI LAMAN WEB MALAYSIA KINI-CHUA:KITA TIDAK TERIMA KETUANAN MELAYU

Chua: Kita tidak terima Ketuanan Melayu
Nov 27, 08 4:36pm

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah.

Katanya slogan 'Ketuanan Melayu', hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi.

chua soi lek 030108"Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu," katanya dalam ucapan penerimaan Anugerah Kancil di Petaling Jaya hari ini.

"Bila kita berkata tolak 'Ketuanan Melayu', kita bukannya mencabar hak-hak istimewa orang Melayu. Ianya terkandung dalam perlembagaan kita dan tiada siapa pun boleh mengenetapikan pada masa ini.

"Dalam cara yang sama, Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Statusnya dilindungi dalam perlembagaan, dan tiada siapa pun yang boleh mengubahnya," kata Chua.

Beliau berkata, status tersebut diterima dan dihormati, maka "bila kita belajar bahasa lain atau memasang papan tanda dalam bahasa lain, ianya bukan mencabar status bahasa kebangsaan kita".

Sehubungan itu, Dr Chua menegaskan pentingnya mengubah pemikiran rakyat Malaysia supaya tidak menguasai 'satu bahasa' sahaja dalam dunia globalisasi IT.

"Kita perlu berdayasaing tinggi. Maka meningkat pembelajaran dan penguasaan adalah mengenai memperkayakan tenaga kerja kita, bukan (bermaksudn) lain," tambahnya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia mesti berubah dan kurang bersikap konfrontasi, kontroversial, emosi dalam isu-isu yang melewati batasan perkauman.

"Jika kita menjadi kurang emosi/konfrontasi dan lebih objektif, maka suhu politik di Malaysia akan lebih 'normal'.

"Mesti ada lebih konsensus, lebih bertolak ansur dan lebih asas kesaksamaan; bukan hubungan Tuan dan Hamba.

"Hak semua masyarakat terkandung dalam perlembagaan. Para pemimpin tidak semesti tahu semuanya. Mungkin hanya yang terbaik untuk mereka dan bukannya untuk rakyat," katanya.

Satu lagi perubahan yang diperlukan, katanya ialah bagi rakyat Malaysia berfikiran seperti rakyat Malaysia dan kurang berdasarkan garis perkauman.

Sumber : Malaysia Kini :http://www.malaysiakini.com/news/93861

APA KATA ANDA-ANDA SEMUA YANG MENENTANG PEWARIS TENTANG KENYATAAN CHUA INI?

Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 7:57 PM 5 comments:
Labels: BERITA

Wednesday, November 26, 2008

KENYATAAN PEWARIS BERHUBUNG GAMBAR DI TRANUNGKITE.NET

KENYATAAN DARIPADA PEWARIS BERKAITAN PENYIARAN ARTIKEL/BERITA DI TRANUNGKITE.NET BERTAJUK INI LAH MELAYU..PADA 25 NOVEMBER 2008.

Pada artikel tersebut di gambar 15 telah dinyatakan bahawa " 15. Wakil muslimah, dari gaya penyampaian rasanya dia wakil PAS".( SILA KLIK LINK BERIKUT UNTUK MAKLUMAT LANJUT
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18803 )

Diperbetulkan di sini bahawa wanita tersebut adalah ahli yang bercakap mewakili kaum wanita/muslimah dan tidak berkaitan dengan mana-mana parti. Beliau merupakan seorang pensyarah bertaraf Profesor Madya di salah sebuah Universiti Tempatan. Pihak Tranung dan yang seangkatan dengannya diingatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan secara membabi-buta.
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 4:23 AM 1 comment:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

KENYATAAN AKHBAR PEWARIS-Peringatan Kepada Harakah Daily

Pihak Harakah Daily diingatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan palsu terhadap PEWARIS berhubung dakwaan terdapat beberapa individu yang telah dipukul semasa perhimpunan PEWARIS dijalankan di perkarangan Wisma Sejarah pada 23 November yang lepas. Dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana tidak berlaku sebarang kekerasan atau pergaduhan yang berlaku sepanjang perhimpunan tersebut berlangsung.


Sebagai akhbar yang berunsurkan Islam perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana sebagai seorang Islam kita diingatkan agar bercakap benar dan tidak membuat sebarang kenyataan palsu tanpa sebarang bukti yang kukuh terlebih dahulu.


PEWARIS ingin meminta pihak Harakah Daily untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan tersebut kerana kita tidak mahu umat Islam di Negara ini hidup berpecah belah dan tidak bersatu dalam mempertahankan kesucian agama Islam hanya kerana kenyataan yang boleh mewujudkan perselisihan faham di antara satu sama lain.


PEWARIS juga ingin menegaskan bahawa PEWARIS tidak bersekutu bersama UMNO kerana piagam PEWARIS adalah untuk memartabatkan kesucian Islam, kedudukan istimewa bahasa dan bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa mengira fahaman politik serta inginkan umat Islam di Negara ini bersatu dalam memperjuangkan perkara yang sama. PEWARIS juga tidak sama sekali bersama-sama UMNO kerana UMNO sendiri mempunyai pelbagai penyakit kronik di dalam urusan mereka. Kita tidak mahu niat buruk segelintir pihak akan memecahkan perpaduan kaum dan agama di Negara ini.


PEWARIS ingin memberi amaran kepada pihak yang cuba melakukan penghinaan terhadap keistimewaan Melayu dan kesucian agama Islam tidak akan berdiam diri dan terus bersuara untuk mempertahan serta memperjuangkan kesucian agama Islam.


Sekretariat PEWARIS

“Gagasan Sejagat Pembela Maruah Islam”

Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 3:56 AM 24 comments:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

Kenyataan Akhbar PEWARIS-PEWARIS Menyangkal Dakwaan Pihak Yang Mengatakan Bahawa PEWARIS Bersama UMNO


Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) menyangkal dakwaan yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Ketua Parti DAP, Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa PEWARIS terlibat dengan UMNO. Begitu juga dengan kata-kata kesat puak-puak “buta hati” yang menghantar SMS menyatakan PEWARIS menjadi alat UMNO atau “anjing” kepada kerajaan BARISAN NASIONAL (BN).


Amatlah bodoh untuk mengaitkan UMNO dengan PEWARIS kerana PEWARIS mewakili suara majoriti senyap umat Islam yang telah lama bersabar dan kini hilang kesabaran serta jelak dengan perangai puak-puak bukan Islam yang sentiasa mencabar maruah agama dan umat Islam di setiap penjuru.


Tidak ada sebab untuk PEWARIS menjadi badan suruhan UMNO kerana UMNO begitu lemah dan dilanda dengan pelbagai penyakit kronik. PEWARIS merupakan permuafakatan dan perjuangan warisan Islam yang juga mewakili suara semua umat Islam termasuklah kakitangan kerajaan, ahli-ahli PAS, ahli UMNO dan juga semua pengguna Islam yang akan menjadi satu kuasa dan platform dengan satu suara yang tidak mungkin dapat ditahan kebangkitannya lagi.


PEWARIS juga memberi amaran kepada puak-puak yang gemar dan seronok mencabar Islam selama ini bahawa PEWARIS tidak lagi akan hanya menunggu untuk dihina. PEWARIS akan bertindak secara pre-emptive dan terancang. Kita akan mengumpulkan umat Islam daripada semua golongan tanpa mengira fahaman politik atau bangsa atau keturunan (CINA, MELAYU, INDIA) dan lain-lain badan atau individu yang bersemangat memperjuangkan Islam. Kita tunggu dan lihat, kini gelombang yang lebih besar daripada gelombang yang berjaya menghakiskan Barisan Nasional pada PRU12 yang lepas akan muncul.


Seruan akhir PEWARIS kepada PAS, UMNO atau PKR dan juga kakitangan kerajaan agar meneruskan perjuangan anda tetapi apabila ianya melibatkan akidah dan agenda Ummah, maka kita hendaklah bersatu. Belajar daripada kewujudan MCA, Gerakan, DAP dan MIC. Kepada umat Islam yang tidak bersetuju dengan seruan PEWARIS bolehlah kita aturkan perjumpaan bagi menyelaraskan agenda bersama.


ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR!!!


“Gagasan Sejagat Pembela Maruah Islam”

Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 3:49 AM 9 comments:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

Kenyataan Akhbar PEWARIS-Isu Sokongan Yang Dikemukakan Oleh Persatuan Peguam Muslim Malaysia Terhadap Majlis Peguam.

Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) bersetuju dan menyokong penuh cadangan yang telah dikemukakan oleh Persatuan Peguam Muslim Malaysia yang meminta agar Majlis Peguam tidak lagi melibatkan diri dengan perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti perkauman dan hanya menumpukan perhatian kepada aktiviti kebajikan ahli-ahli dan juga perkara yang melibatkan pertalian dan hubungan baik hidup bermasyarakat sahaja. Cadangan tersebut amat relevan untuk dilaksanakan kerana sejak akhir-akhir ini Majlis Peguam dilihat sering mencampuri urusan yang melibatkan isu perkauman dan keagamaan sesuatu kaum yang sepatutnya tidak boleh dibawa berbincang dan dipertikaikan secara terbuka kepada umum.

Contoh yang paling jelas adalah penganjuran Forum Memeluk Islam yang boleh dianggap sebagai melampau sehingga menimbulkan satu provokasi di kalangan umat Islam pada waktu itu. Perkara tersebut seharusnya dijadikan iktibar oleh Majlis Peguam supaya lebih berhati-hati dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan terutama isu perkauman di Negara ini yang boleh menimbulkan kekacauan dan memecahkan semangat perpaduan yang selama ini dijaga.

Saranan yang dikemukakan oleh Persatuan Peguam Muslim Malaysia itu perlu disambut baik oleh semua badan NGO Islam di Malaysia kerana ia melibatkan kepentingan masyarakat yang hidup secara majmuk dan berbilang agama di Negara ini. Hal ini kerana Majlis Peguam sering mencampuri urusan Islam apabila mempersoalkan ‘intra religious’ Islam. Mereka bukan hanya bercakap tentang hak asasi tetapi lebih kepada mempertikaikan prinsip Islam. Malah dalam banyak keadaan Majlis Peguam cuba mengajar orang Islam tentang agama Islam contoh mendesak orang Islam supaya memilih pandangan liberal.

Kita tidak mahu perkara yang sering dibangkitkan oleh Majlis Peguam sejak akhir-akhir bakal mencetuskan kemarahan di kalangan kaum di Malaysia dan sehingga mengulangi tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969. Sebagai masyarakat majmuk kita tidak memerlukan suara-suara sumbang yang mempertikaikan hak-hak dan keistimewaan sesuatu kaum seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sehingga mencabar ketenteraman dan kemakmuran Negara.

Kaum Melayu di Negara ini juga sentiasa diingatkan agar sentiasa bersatu-padu dalam mempertahankan isu bangsa yang sering dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Ramai Melayu yang tersinggung dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak tertentu sejak akhir-akhir ini tetapi tidak ramai yang tampil untuk membela hak kaum Melayu. Masih belum terlambat lagi untuk kita membela hak dan keistimewaan kaum Melayu yang telah termaktub dan jangan biarkan agenda pihak tertentu memusnahkan keistimewaan yang telah diberikan kepada kita selama ini.
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 3:46 AM No comments:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

KENYATAAN AKHBAR PEWARIS-Isu Bantahan Terhadap Cadangan Untuk Mengkaji Semula Pengharaman Yoga Oleh Pihak Hindu Sangam

Attn To: News Editor

Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) membidas kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Presiden Hindu Sangam Malaysia, Datuk A. Vaithilingam yang meminta pihak Majlis Fatwa Kebangsaan agar mengkaji semula keputusan terhadap pengharaman Yoga kepada umat Islam. PEWARIS tidak bersetuju dengan cadangan tersebut malah membantah sekeras-kerasnya kerana keputusan tersebut amat tepat kerana ia melibatkan akidah dan pegangan terhadap penganut agama Islam di negara ini. Kita tidak mahu akidah umat Islam di negara ini terpesong jika mengamalkan senaman ini kerana masih banyak lagi amalan senaman yang boleh dilakukan untuk tujuan kesihatan.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan yang benar dan tepat dan merasakan tidak perlu cadangan dan pendapat mana-mana pihak supaya mengkaji semula keputusan tersebut kerana ianya melibatkan sensitiviti agama Islam dan kita tidak mahu akidah penganut agama Islam di negara ini terpesong kerana mengamalkan senaman tersebut. Cadangan tersebut dianggap sebagai kurang ajar kerana cuba mencampuri urusan agama Islam.

PEWARIS ingin memberi amaran kepada pihak tertentu supaya tidak cuba untuk campur tangan dan tidak melakukan sebarang pertikaian terhadap perkara yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa kerana kita tidak pernah mencampuri urusan agama lain di negara ini.

Perkara yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa amatlah relevan dan perlu dihormati oleh semua pihak kerana Majlis Fatwa hanya mengharamkan pengamalan senaman tersebut kepada umat Islam bukan kepada penganut agama lain. Sehubungan dengan itu, kita tidak memerlukan suara-suara sumbang yang bertujuan untuk mewujudkan provokasi di kalangan penganut agama Islam dengan penganut agama lain di negara ini.

PEWARIS tidak akan berdiam diri dan akan terus bangkit untuk mempertahankan kesucian agama Islam, kedudukan istimewa bangsa Melayu dan kepentingan Institusi Raja kerana kita tidak mahu ada pihak cuba mengambil kesempatan dan mempunyai niat untuk merosakkan akidah penganut agama Islam melalui ‘rancangan senyap’ mereka.

Umat Islam di negara ini juga sentiasa diingatkan agar terus bangkit dan mempertahankan kesucian agama Islam dan berani untuk menyuarakan hak mereka jika merasakan hak dan keistimewaan Melayu serta agama Islam dicabar oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. [END]

From: Rahimuddin Md Harun
Sekretariat PEWARIS

019-2768787


Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 3:40 AM No comments:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

LAPORAN POLIS YANG DIBUAT OLEH AHLI PEWARIS PADA 23 NOVEMBER 2008


1. KENAKAN HUKUMAN KEPADA PENCETUS PROVOKASI MENGENAI KEDUDUKAN ISTIMEWA BANGSA MELAYU SERTA AGAMA ISLAM




2. PENGKID


3. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU TERUS DICABAR



4. MELAYU PENDATANG DAN HAK MELAYU



5. LAPORAN TERHADAP PEREMPUAN CINA YANG

CUBA MENIMBULKAN KEKECOHAN DI MPU

6. KEISTIMEWAAN MELAYU ISLAM DAN ISA

(sila klik laporan untuk paparan yang lebih jelas)



Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 3:04 AM No comments:
Labels: LAPORAN POLIS
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

PEWARIS

My photo
PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM
019-238 4000/019-69 44 300 MENYATUKAN UMMAH DEMI AGAMA DAN BANGSA!
View my complete profile

BERITA PEWARIS

  • ▼  2008 (27)
    • ▼  November (12)
      • ►  Nov 13 (1)
      • ►  Nov 16 (1)
      • ►  Nov 17 (1)
      • ►  Nov 25 (1)
      • ►  Nov 26 (6)
        • LAPORAN POLIS YANG DIBUAT OLEH AHLI PEWARIS PADA 2...
        • KENYATAAN AKHBAR PEWARIS-Isu Bantahan Terhadap Cad...
        • Kenyataan Akhbar PEWARIS-Isu Sokongan Yang Dikemuk...
        • Kenyataan Akhbar PEWARIS-PEWARIS Menyangkal Dakwaa...
        • KENYATAAN AKHBAR PEWARIS-Peringatan Kepada Harakah...
        • KENYATAAN PEWARIS BERHUBUNG GAMBAR DI TRANUNGKITE.NET
      • ►  Nov 27 (1)
        • DARI LAMAN WEB MALAYSIA KINI-CHUA:KITA TIDAK TERIM...
      • ▼  Nov 28 (1)
        • KENYATAAN AKHBAR PEWARIS-Isu Kenyataan Chua Soi Le...
    • ►  December (15)
      • ►  Dec 01 (1)
      • ►  Dec 02 (1)
      • ►  Dec 04 (1)
      • ►  Dec 09 (1)
      • ►  Dec 10 (1)
      • ►  Dec 12 (1)
      • ►  Dec 18 (1)
      • ►  Dec 19 (1)
      • ►  Dec 21 (1)
      • ►  Dec 24 (1)
      • ►  Dec 25 (1)
      • ►  Dec 27 (2)
      • ►  Dec 29 (1)
      • ►  Dec 31 (1)
  • ►  2009 (10)
    • ►  January (9)
      • ►  Jan 08 (1)
      • ►  Jan 09 (2)
      • ►  Jan 10 (1)
      • ►  Jan 13 (1)
      • ►  Jan 26 (3)
      • ►  Jan 27 (1)
    • ►  August (1)
      • ►  Aug 24 (1)

WAKTU SOLAT

Bangsa Melayu dan umat Islam tanpa mengira fahaman politik wajib menentang penempatan ladang babi di Melaka

LINK LAIN UNTUK DILAYARI

  • PROTES BABI DI MELAKA
  • PPIM

SUARAKAN HAK/PENDAPAT ANDA!


ShoutMix chat widget

WAKTU


Free Blog Content

ANDA PELAWAT KE :

Free Web Counter
Free Counter