Samy Vellu Diminta Nasihat Masyarakat India Jangan Berdemonstrasi
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Majlis Pemuafakatan Ummah (Pewaris) menggesa Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu serta dua timbalan menteri meminta masyarakat India supaya jangan terlibat dalam demonstrasi yang dirancang pihak tertentu semasa upacara pengkebumian bekas tahanan polis A. Kugan esok.
Timbalan Pengerusi II Pewaris Rahimuddin Md Harun berkata ini perlu bagi membuktikan bahawa Samy Velu serta dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T Murugiah dan Datuk K Devamany, merupakan pemimpin yang peka dengan sensitiviti perkauman di negara ini.
"Mereka perlu membuat pengisytiharan itu kepada masyarakat India agar tidak berkumpul beramai-ramai atau berarak sehingga menimbulkan huru-hara pada majlis pengebumian mendiang esok," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang membawa sepanduk atau mengadakan demonstrasi ketika perarakan majlis pengkebumian Kugan di Batu 14 Puchong esok.Rahimuddin menyeru mana-mana parti politik, badan bukan kerajaan dan orang perseorangan supaya tidak memperbesarkan isu kematian Kugan sebagai isu perkauman yang boleh menjejas perpaduan kaum.
Kugan, 22, yang ditahan pada 15 Januari di lokap Balai Polis Taipan kerana disyaki terlibat dalam kes curi kereta mewah di Sungai Chua, Kajang, ditemui mati pada 20 Jan semasa dalam siasatan.-- BERNAMA
Pewaris Appeals To Samy Vellu Over Funeral Protest
KUALA LUMPUR, Jan 27 (Bernama) -- Pewaris, a non-governmental organisation, today appealed to MIC president Datuk Seri Samy Vellu to urge the Indian community not to get involved in any protest demonstrations during tomorrow's funeral procession for A.Kugan, a suspect in a car theft case who died while in police custody.
Pewaris deputy chairman II Rahimuddin Md Harun told a press conference here that any protest during the procession was inadvisable as it might offend the sensitivities of others.
Yesterday, Selangor police chief Datuk Khalid Abu Bakar issued a warning that police would take stern action if the procession was used to stage illegal protest demonstrations.Kugan's remains will be brought from the University Malaya Medical Centre near here to the Batu 14 Puchong crematorium for final rites before being cremated.
Kugan, 22, was arrested on Jan 15 on suspicion of being involved in the theft of luxury cars.He died on Jan 20 while detained at the Taipan police station in Subang Jaya. The case has been classified as murder.-- BERNAMA
MAJLIS INI TELAH DIADAKAN PADA 27 JANUARI 2009
DI SEMBANG SEMBANG CAFE, LOT G6 THE MALL
DI SEMBANG SEMBANG CAFE, LOT G6 THE MALL