PEWARIS

BOIKOT!

Thursday, December 4, 2008

KENYATAAN AKHBAR DARI PEWARIS BERHUBUNG ISU MENYOKONG PENDIRIAN YANG DIBUAT OLEH DATUK MUKHRIZ MAHATHIR

Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) bersetuju dan menyokong penuh cadangan yang telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir supaya mewujudkan hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan sistem pendidikan kebangsaan di semua sekolah di Malaysia bagi mengekalkan perpaduan kaum di Negara ini. Cadangan tersebut amat baik untuk dilaksanakan kerana kita sedar bahawa sejak akhir-akhir ini terlalu banyak isu perkauman yang sering ditimbulkan oleh sesetengah pihak untuk tujuan mewujudkan perpecahan kaum di Negara ini.

PEWARIS juga menghormati pendirian beliau untuk terus mempertahankan cadangan tersebut kerana tidak salah jika pihak kerajaan melaksanakan cadangan tersebut sebagai salah satu sistem pendidikan di Negara ini bagi mendidik para pelajar tentang pentingnya semangat perpaduan kaum di Negara ini melalui penyatuan bahasa tanpa mempertikaikan kedudukan istimewa bahasa Melayu dan tidak menafikan penggunaan bahasa lain di Negara ini untuk mengekalkan keamanan serta kedaulatan Negara.

Teras pendidikan yang berdasarkan semangat kebangsaan perlu diterapkan kepada semua pelajar supaya mereka dididik untuk menghormati bangsa lain dan tidak mewujudkan sebarang provokasi di kalangan kaum untuk kepentingan sendiri. Pelaksanaan sistem pendidikan ini amat penting dan mempunyai rasionalnya bagi mendidik para pelajar supaya memahami dasar-dasar yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan mengelakkan wujudnya sebarang sentimen perkauman sejak di bangku sekolah lagi.

Sistem yang diwujudkan itu bukan bererti kita perlu memansuhkan keperluan bahasa kaum lain tetapi ianya bertujuan untuk merapatkan jurang perpaduan yang semakin ketara sejak akhir- akhir ini berikutan terlalu banyak isu perkauman yang ditimbulkan kerana masyarakat tidak faham konsep penyatuan bangsa dan bahasa secara mendalam.

PEWARIS berpendapat tidak wujud unsur mencabuli hak kaum lain jika Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar kerana memang sejak Negara mencapai kemerdekaan lagi bahasa Melayu telah termaktub sebagai bahasa rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa menafikan hak kaum lain untuk bertutur dalam bahasa asal mereka.

PEWARIS tetap akan terus bangkit dan bersuara terhadap perkara-perkara yang melibatkan sentimen perkauman kerana PEWARIS amat mementingkan semangat perpaduan dan akan terus mempertahankan hak istimewa kaum Melayu dan agama Islam bagi mengekalakan perpaduan dan keamanan Negara yang selama ini telah dijaga dengan baik. [END]
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 10:24 PM No comments:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

Tuesday, December 2, 2008

BORANG SUKARELAWAN PEWARIS


UNTUK MENDAPATKAN BORANG INI, SILA KLIK DAN 'SAVE AS'
BORANG PEWARIS DI SINI.

*Sila kembalikan borang ini semula kepada sekretariat samada melalui faks 03-425 666 17 atau poskan ke alamat Sekretariat PEWARIS, 70x Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan hubungi di talian 019-238 4000 atau 019-69 44 300.
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 4:01 AM No comments:
Labels: KEAHLIAN

Monday, December 1, 2008

Komen PEWARIS Terhadap Kes Nirmala Bonat

Keadaan beginilah yang sering berlaku terhadap pembantu rumah warga asing beragama Islam yang sering diperlakukan seperti ‘haiwan’ oleh majikan yang bukan beragama Islam. Mereka sering didera dan dipukul oleh majikan yang tidak berperi kemanusiaan. Hukuman yang telah dijatuhkan kepada Yim Pek Ha amat setimpal dan patut dijadikan pengajaran terhadap majikan bukan Islam di Malaysia.

Perkara sebegini bukan pertama kali dilaporkan malah telah berulang kali. Perkara seperti inilah yang akan diperjuangkan oleh PEWARIS kerana kita tidak mahu umat Islam sentiasa ditindas dan diperlaku kejam dan dihina seperti ini kerana ianya melibatkan maruah agama Islam.

Walaupun kebanyakan pembantu rumah warga Indonesia yang beragama Islam bukan datang dari golongan yang berpelajaran tinggi tetapi itu bukan bermakna mereka boleh ditindas seperti ‘haiwan’. Nasib mereka juga perlu dibela kerana Islam melarang sekeras-kerasnya kekejaman dan penindasan terhadap golongan yang tidak berdaya.

Perkara ini yang perlu umat Islam perjuangkan bagi memartabatkan kesucian agama Islam untuk menunjukkan kepada agama lain yang umat Islam tetap bersatu apabila memperjuangkan maruah agama tanpa mengira fahaman politik.

Umat Islam sekali lagi diberi peringatan supaya sentiasa bangkit dan hentikan segala perbalahan sesama sendiri yang pasti boleh menggugat keharmonian Negara kerana ini semua merupakan agenda musuh yang bertujuan memecah-belahkan umat Islam. Ini semua merupakan sifat dengki, iri hati dan kejam yang menjadi sifat semulajadi orang bukan Islam.

Perjuangkan maruah agama Islam demi keamanan. Musuh Islam hentikan penindasan dan jangan melampaui batas kerana umat Islam akan terus bangkit demi kesucian agama dan bangsa!!!!!

PEWARIS
“Gagasan Sejagat Pembela Maruah Islam”
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 12:43 AM 2 comments:
Labels: ISU SEMASA

Friday, November 28, 2008

KENYATAAN AKHBAR PEWARIS-Isu Kenyataan Chua Soi Lek Mengenai Ketuanan Melayu

Keratan Akhbar Berita Harian,28 November 2008

PEWARIS ingin mengingatkan kepada semua pejuang Islam dan Melayu agar sentiasa bangkit dan bangun untuk memperjuangkan hak dan keistimewaan Melayu yang sering dipertikaikan oleh pihak yang iri hati dengan keistimewaan yang telah dimiliki oleh bangsa Melayu selama ini.

Dari kita asyik menabur fitnah dan bertelagah sesama sendiri adalah lebih baik jika kita sama-sama bersatu untuk mempertahankan hak dan maruah kita. Lihat sahaja kenyataan yang telah diberikan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mempersoalkan konsep “Ketuanan Melayu” tidak lagi relevan. Kenyataan tersebut sudah membuktikan bahawa itu merupakan agenda bangsa lain untuk menimbulkan kekecohan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan menimbulkan provokasi di kalangan umat Islam.

Sebagai bangsa Melayu dan umat Islam kita seharusnya sedar dan terus bangkit memperjuangkan hak kita demi maruah bersama. Jangan biarkan orang lain terus mengusai dan menghina kita sehingga tiada lagi sisa maruah yang tinggal untuk kita sama-sama perjuangkan .

Ayuh...!!! Warga PEWARIS, umat Islam, bangsa Melayu di Malaysia, kita ketepikan kepentingan politik demi memperjuangkan bangsa, agama dan kedaulatan Negara. Teruskan perjuangan dan tetapkan pendirian untuk perpaduan Ummah dan kesucian agama Islam.

Allahuakbar!!!Allahuakbar!!!Allahuakbar.....!!!!

Sekretariat PEWARIS

“Gagasan Sejagat Pembela Maruah Islam”
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 8:20 PM 2 comments:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

Thursday, November 27, 2008

DARI LAMAN WEB MALAYSIA KINI-CHUA:KITA TIDAK TERIMA KETUANAN MELAYU

Chua: Kita tidak terima Ketuanan Melayu
Nov 27, 08 4:36pm

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah.

Katanya slogan 'Ketuanan Melayu', hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi.

chua soi lek 030108"Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu," katanya dalam ucapan penerimaan Anugerah Kancil di Petaling Jaya hari ini.

"Bila kita berkata tolak 'Ketuanan Melayu', kita bukannya mencabar hak-hak istimewa orang Melayu. Ianya terkandung dalam perlembagaan kita dan tiada siapa pun boleh mengenetapikan pada masa ini.

"Dalam cara yang sama, Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Statusnya dilindungi dalam perlembagaan, dan tiada siapa pun yang boleh mengubahnya," kata Chua.

Beliau berkata, status tersebut diterima dan dihormati, maka "bila kita belajar bahasa lain atau memasang papan tanda dalam bahasa lain, ianya bukan mencabar status bahasa kebangsaan kita".

Sehubungan itu, Dr Chua menegaskan pentingnya mengubah pemikiran rakyat Malaysia supaya tidak menguasai 'satu bahasa' sahaja dalam dunia globalisasi IT.

"Kita perlu berdayasaing tinggi. Maka meningkat pembelajaran dan penguasaan adalah mengenai memperkayakan tenaga kerja kita, bukan (bermaksudn) lain," tambahnya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia mesti berubah dan kurang bersikap konfrontasi, kontroversial, emosi dalam isu-isu yang melewati batasan perkauman.

"Jika kita menjadi kurang emosi/konfrontasi dan lebih objektif, maka suhu politik di Malaysia akan lebih 'normal'.

"Mesti ada lebih konsensus, lebih bertolak ansur dan lebih asas kesaksamaan; bukan hubungan Tuan dan Hamba.

"Hak semua masyarakat terkandung dalam perlembagaan. Para pemimpin tidak semesti tahu semuanya. Mungkin hanya yang terbaik untuk mereka dan bukannya untuk rakyat," katanya.

Satu lagi perubahan yang diperlukan, katanya ialah bagi rakyat Malaysia berfikiran seperti rakyat Malaysia dan kurang berdasarkan garis perkauman.

Sumber : Malaysia Kini :http://www.malaysiakini.com/news/93861

APA KATA ANDA-ANDA SEMUA YANG MENENTANG PEWARIS TENTANG KENYATAAN CHUA INI?

Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 7:57 PM 5 comments:
Labels: BERITA

Wednesday, November 26, 2008

KENYATAAN PEWARIS BERHUBUNG GAMBAR DI TRANUNGKITE.NET

KENYATAAN DARIPADA PEWARIS BERKAITAN PENYIARAN ARTIKEL/BERITA DI TRANUNGKITE.NET BERTAJUK INI LAH MELAYU..PADA 25 NOVEMBER 2008.

Pada artikel tersebut di gambar 15 telah dinyatakan bahawa " 15. Wakil muslimah, dari gaya penyampaian rasanya dia wakil PAS".( SILA KLIK LINK BERIKUT UNTUK MAKLUMAT LANJUT
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18803 )

Diperbetulkan di sini bahawa wanita tersebut adalah ahli yang bercakap mewakili kaum wanita/muslimah dan tidak berkaitan dengan mana-mana parti. Beliau merupakan seorang pensyarah bertaraf Profesor Madya di salah sebuah Universiti Tempatan. Pihak Tranung dan yang seangkatan dengannya diingatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan secara membabi-buta.
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 4:23 AM 1 comment:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

KENYATAAN AKHBAR PEWARIS-Peringatan Kepada Harakah Daily

Pihak Harakah Daily diingatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan palsu terhadap PEWARIS berhubung dakwaan terdapat beberapa individu yang telah dipukul semasa perhimpunan PEWARIS dijalankan di perkarangan Wisma Sejarah pada 23 November yang lepas. Dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana tidak berlaku sebarang kekerasan atau pergaduhan yang berlaku sepanjang perhimpunan tersebut berlangsung.


Sebagai akhbar yang berunsurkan Islam perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana sebagai seorang Islam kita diingatkan agar bercakap benar dan tidak membuat sebarang kenyataan palsu tanpa sebarang bukti yang kukuh terlebih dahulu.


PEWARIS ingin meminta pihak Harakah Daily untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan tersebut kerana kita tidak mahu umat Islam di Negara ini hidup berpecah belah dan tidak bersatu dalam mempertahankan kesucian agama Islam hanya kerana kenyataan yang boleh mewujudkan perselisihan faham di antara satu sama lain.


PEWARIS juga ingin menegaskan bahawa PEWARIS tidak bersekutu bersama UMNO kerana piagam PEWARIS adalah untuk memartabatkan kesucian Islam, kedudukan istimewa bahasa dan bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa mengira fahaman politik serta inginkan umat Islam di Negara ini bersatu dalam memperjuangkan perkara yang sama. PEWARIS juga tidak sama sekali bersama-sama UMNO kerana UMNO sendiri mempunyai pelbagai penyakit kronik di dalam urusan mereka. Kita tidak mahu niat buruk segelintir pihak akan memecahkan perpaduan kaum dan agama di Negara ini.


PEWARIS ingin memberi amaran kepada pihak yang cuba melakukan penghinaan terhadap keistimewaan Melayu dan kesucian agama Islam tidak akan berdiam diri dan terus bersuara untuk mempertahan serta memperjuangkan kesucian agama Islam.


Sekretariat PEWARIS

“Gagasan Sejagat Pembela Maruah Islam”

Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 3:56 AM 24 comments:
Labels: KENYATAAN AKHBAR
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

PEWARIS

My photo
PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM
019-238 4000/019-69 44 300 MENYATUKAN UMMAH DEMI AGAMA DAN BANGSA!
View my complete profile

BERITA PEWARIS

  • ►  2008 (27)
    • ►  November (12)
      • ►  Nov 13 (1)
      • ►  Nov 16 (1)
      • ►  Nov 17 (1)
      • ►  Nov 25 (1)
      • ►  Nov 26 (6)
      • ►  Nov 27 (1)
      • ►  Nov 28 (1)
    • ►  December (15)
      • ►  Dec 01 (1)
      • ►  Dec 02 (1)
      • ►  Dec 04 (1)
      • ►  Dec 09 (1)
      • ►  Dec 10 (1)
      • ►  Dec 12 (1)
      • ►  Dec 18 (1)
      • ►  Dec 19 (1)
      • ►  Dec 21 (1)
      • ►  Dec 24 (1)
      • ►  Dec 25 (1)
      • ►  Dec 27 (2)
      • ►  Dec 29 (1)
      • ►  Dec 31 (1)
  • ▼  2009 (10)
    • ►  January (9)
      • ►  Jan 08 (1)
      • ►  Jan 09 (2)
      • ►  Jan 10 (1)
      • ►  Jan 13 (1)
      • ►  Jan 26 (3)
      • ►  Jan 27 (1)
    • ▼  August (1)
      • ▼  Aug 24 (1)
        • KRONOLOGI ADUAN MASALAH KUIL SEKSYEN 19 (SEPT. 200...

WAKTU SOLAT

Bangsa Melayu dan umat Islam tanpa mengira fahaman politik wajib menentang penempatan ladang babi di Melaka

LINK LAIN UNTUK DILAYARI

  • PROTES BABI DI MELAKA
  • PPIM

SUARAKAN HAK/PENDAPAT ANDA!


ShoutMix chat widget

WAKTU


Free Blog Content

ANDA PELAWAT KE :

Free Web Counter
Free Counter