PEWARIS

BOIKOT!

Thursday, November 27, 2008

DARI LAMAN WEB MALAYSIA KINI-CHUA:KITA TIDAK TERIMA KETUANAN MELAYU

Chua: Kita tidak terima Ketuanan Melayu
Nov 27, 08 4:36pm

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah.

Katanya slogan 'Ketuanan Melayu', hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi.

chua soi lek 030108"Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu," katanya dalam ucapan penerimaan Anugerah Kancil di Petaling Jaya hari ini.

"Bila kita berkata tolak 'Ketuanan Melayu', kita bukannya mencabar hak-hak istimewa orang Melayu. Ianya terkandung dalam perlembagaan kita dan tiada siapa pun boleh mengenetapikan pada masa ini.

"Dalam cara yang sama, Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Statusnya dilindungi dalam perlembagaan, dan tiada siapa pun yang boleh mengubahnya," kata Chua.

Beliau berkata, status tersebut diterima dan dihormati, maka "bila kita belajar bahasa lain atau memasang papan tanda dalam bahasa lain, ianya bukan mencabar status bahasa kebangsaan kita".

Sehubungan itu, Dr Chua menegaskan pentingnya mengubah pemikiran rakyat Malaysia supaya tidak menguasai 'satu bahasa' sahaja dalam dunia globalisasi IT.

"Kita perlu berdayasaing tinggi. Maka meningkat pembelajaran dan penguasaan adalah mengenai memperkayakan tenaga kerja kita, bukan (bermaksudn) lain," tambahnya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia mesti berubah dan kurang bersikap konfrontasi, kontroversial, emosi dalam isu-isu yang melewati batasan perkauman.

"Jika kita menjadi kurang emosi/konfrontasi dan lebih objektif, maka suhu politik di Malaysia akan lebih 'normal'.

"Mesti ada lebih konsensus, lebih bertolak ansur dan lebih asas kesaksamaan; bukan hubungan Tuan dan Hamba.

"Hak semua masyarakat terkandung dalam perlembagaan. Para pemimpin tidak semesti tahu semuanya. Mungkin hanya yang terbaik untuk mereka dan bukannya untuk rakyat," katanya.

Satu lagi perubahan yang diperlukan, katanya ialah bagi rakyat Malaysia berfikiran seperti rakyat Malaysia dan kurang berdasarkan garis perkauman.

Sumber : Malaysia Kini :http://www.malaysiakini.com/news/93861

APA KATA ANDA-ANDA SEMUA YANG MENENTANG PEWARIS TENTANG KENYATAAN CHUA INI?

Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 7:57 PM
Labels: BERITA

5 comments:

j.zee said...

DIA NI KAN CAKAP BANYAK LA PULAK..KAN PEWARIS DH BAGITAU JANGAN CAMPUR HAL ISLAM KE MELAYU..APA MASALAH DIA DENGAN KETUANAN PLAK...CERMIN DIRI SENDIRI DULU DENGAN KES BEFORE NI..BARU BLH AJAR ORANG....

November 27, 2008 at 9:00 PM
pejuang Islam said...

Ni namenya xreti bahasa...LUPA KE YG DIRI 2 DULU TERLIBAT DENGAN SKANDAL SEKS..

HENTIKAN PROVOKASI TRHADAP UMAT ISLAM...

WAHAI MCA!!!JANGAN LUPA ASAL USUL ANDA...

PERJUANGAN PEWARIS BELUM SELESAI..TERUSKAN PERJUANGAN KERANA KAMI TETAP MEMBERI SOKONGAN SEPENUHNYA TERHADAP PERJUANGAN MENJAGA KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU....!!!


HIDUP PEWARIS....!!!!

November 28, 2008 at 3:15 AM
Unknown said...

inilah dia...
anggap perkara ini seperti permainan...
tabiat mengaburkan fikiran tanpa memberi kerjasama.

sampai bila kita nak dengar alasan seperti permainan ini.

Hidup Pewaris!!
Hidup Pewaris!!
Hidup Pewaris!!

November 28, 2008 at 3:42 AM
lagenda biru said...

Apa la Chua nak mencelah tapi tak faham..

Nak sama kan dengan orang peribumi dan tempatan?

Mana boleh.Ikut la perlembagaan.

Fikir dan gunakan kata kata yang sesuai.

Orang Melayu masih ada.

Bagi statement pun tak betul nak mencelah lak.

December 2, 2008 at 6:59 PM
jazrul said...

mana satu bangsa yang suka tentang ketuanan di permainkan
Malaysia Web Design

August 6, 2009 at 1:47 AM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

PEWARIS

My photo
PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM
019-238 4000/019-69 44 300 MENYATUKAN UMMAH DEMI AGAMA DAN BANGSA!
View my complete profile

BERITA PEWARIS

  • ▼  2008 (27)
    • ▼  November (12)
      • ►  Nov 13 (1)
      • ►  Nov 16 (1)
      • ►  Nov 17 (1)
      • ►  Nov 25 (1)
      • ►  Nov 26 (6)
      • ▼  Nov 27 (1)
        • DARI LAMAN WEB MALAYSIA KINI-CHUA:KITA TIDAK TERIM...
      • ►  Nov 28 (1)
    • ►  December (15)
      • ►  Dec 01 (1)
      • ►  Dec 02 (1)
      • ►  Dec 04 (1)
      • ►  Dec 09 (1)
      • ►  Dec 10 (1)
      • ►  Dec 12 (1)
      • ►  Dec 18 (1)
      • ►  Dec 19 (1)
      • ►  Dec 21 (1)
      • ►  Dec 24 (1)
      • ►  Dec 25 (1)
      • ►  Dec 27 (2)
      • ►  Dec 29 (1)
      • ►  Dec 31 (1)
  • ►  2009 (10)
    • ►  January (9)
      • ►  Jan 08 (1)
      • ►  Jan 09 (2)
      • ►  Jan 10 (1)
      • ►  Jan 13 (1)
      • ►  Jan 26 (3)
      • ►  Jan 27 (1)
    • ►  August (1)
      • ►  Aug 24 (1)

WAKTU SOLAT

Bangsa Melayu dan umat Islam tanpa mengira fahaman politik wajib menentang penempatan ladang babi di Melaka

LINK LAIN UNTUK DILAYARI

  • PROTES BABI DI MELAKA
  • PPIM

SUARAKAN HAK/PENDAPAT ANDA!


ShoutMix chat widget

WAKTU


Free Blog Content

ANDA PELAWAT KE :

Free Web Counter
Free Counter