1) CHUA SOI LEK NAK JADI TENGKU CHUA SOI LEK
Apa lagi Chua Soi Lek mahukan? Melayu pelawa orang Cina duduk di Tanah Melayu, cari makan, belajar, sembahlah apa yang mahu disembah dan sama-sama tadbir Negara ini.
Orang Melayu banyak baik, mahu hanya 30% sahaja ekuiti dalam syarikat awam. 70% lagi orang lain boleh ambil. Tapi orang Melayu minta jangan kacau hak orang Melayu, tanah rezab Melayu adalah hak orang Melayu, Bahasa Melayu mesti diutamakan kerana tak ada lagi orang bercakap Bahasa Melayu di dunia ini. Lainlah Bahasa Tiong Hwa (Cina), di mana sahaja seluruh dunia ada orang Cina yang pergi duduk di sana dan Tiong Kok itu Negara orang Cina.
Orang Melayu juga mahu Agama Islam jadi agama rasmi kerana Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam. Tapi orang Cina boleh sembah apa yang mereka mahu sembah. Melayu tak akan kacau. Orang Melayu mahu Raja-Raja Melayu jadi tuan (pemimpin) dan jaga Agama Islam. Semua ini orang Cina sudah setuju.
Orang Melayu dari dulu lagi tidak kacau orang Cina. Apa orang Cina mahu buat boleh buat, tapi jangan kacau orang Melayu. Orang Cina pilih ketua dari orang sudah tak bermoral yang ada skandal seks pun orang Melayu tidak marah. Orang Melayu mahu jaga keamanan hingga ada orang Melayu macam Ahmad Ismail di Pulan Pinang cakap sikit sudah kena hukum kerana mahu jaga hati Tan Sri Koh Tsu Koon. Walaupun orang Melayu banyak sedih kerana yang menghukum Ahmad Ismail (Melayu) itu orang Melayu juga. Tapi orang Melayu cakap “ Tak apa – sabar sajalah.”
Tetapi bila lu (Chua Soi Lek) sama Tsu Koon cakap ketuanan Melayu sudah tidak relevan, orang Melayu cukup marah kerana sudah ganggu orang Melayu. Orang Melayu tidak mahu gaduh-gaduh, tapi lu orang Cina memang dari dulu suka bikin kacau, suka gaduh dan mahu rampas hak orang Melayu. Dulu masa Zaman Inggeris duduk di Tanah Melayu, lu orang Cina sudah gaduh-gaduh dengan kongsi gelap. Lepas Jepun lari, lu orang Cina juga jadi pengganas komunis, lawan orang Inggeris kerana mahu rampas negeri ini, tapi orang Melayu tak suka pengganas dan lawan guna parang dan senapang. Bila merdeka orang Cina tubuh DAP pula dan lawan balik orang Melayu dan bunuh orang Melayu pada 13 Mei 1969.
Sekarang bila lu menang jadi Timbalan Presiden MCA dan dapat bintang Dato’ Seri dari Raja-Raja Melayu lu cakap pula ketuanan Melayu sudah tidak relevan. Belum lagi jadi presiden, kalau sudah jadi presiden tentu lu mahu jadi Raja/Tengku Chua Soi Lek pula. Gua ingat lu pun boleh jadi Presiden MCA tapi mesti mula dari sekarang buat banyak-banyak “Blue Film” dan “Road Show” dengan “Tiger Show” dan lu mesti jadi “Tiger” nya. “Tigeres” bolehlah cari mana-mana amoi sebab ramai orang suka kerana nanti lu akan jadi raja. Nyonya-nyonya pun tentu kejar sama lu dan undi lu jadi presiden. Orang-orang lelaki cina sudah tentu sokong lu sebab dapat tengok “Free Show” and you are the hero – their idol.”
2) PERTAHANKAN HAK KITA
Patutkah unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB) diliberalisasi dan digantikan? Sepatutnya dasar itu diteruskan dan kuota 30% untuk bumiputra harus meningkat dan terus meningkat bukan dikurangkan atau dihapuskan. Negara ini adalah hak kita. Kita telah sangat bermurah hati dengan memberikan hak kita 70% kepada orang lain. Kini mereka telah menjadi kaya-raya tapi masih hendak lebih lagi.
Benarkah DEB itu dasar pilih kasih apabila yang dikasih hanya dapat 30% sedangkan apa yang diagihkan itu adalah hak mereka sendiri. Patutkah yang 30% itu dirampas lagi seolah-olah memberi susu kepada kera di hutan sedangkan anak dibuaian mati kelaparan. Apa gunanya kalau projek-projek besar diberikan kepada bumiputra, tetapi yang kaya bukan bumiputra. Bahan-bahan mentah/material tetap daripada bukan bumiputra. Berapa banyak kedai atau syarikat “hardware” dimiliki oleh bumiputra dan begitu juga kedai-kedai aksesori yang lain.
Sedarkah kita bahawa selama ini bumiputra terutama orang melayu sentiasa berhadapan dengan situasi “double-standard” apabila membeli barang di kedai orang cina. Pergilah ke kedai orang cina harga belian orang Melayu adalah lebih tinggi dari harga yang diberikan kepada bangsa mereka sendiri.
Sanggupkah bukan bumiputra terutama orang cina memberi atau sekurang-kurangnya berkongsi 30% dengan melayu terhadap hak mereka. Boleh dikatakan sifar, kalau ada pun hanyalah Ali dan Baba sahaja.
Usaha untuk meliberalisasikan (unsur-unsur DEB) walaupun secara beransur-ansur tidak seharusnya dilaksanakan. Hak keistimewaan bumiputra mesti diteruskan. Ekuiti 30% di dalam syarikat senarai awam hendaklah dinaikkan menjadi lebih tinggi sekurang-kurangnya 50%. Orang-orang Melayu dan Islam, pergilah membeli barangan di kedai Melayu dan Islam supaya tidak timbul “double standard”. Belilah barangan halal keluaran Islam. Pertahankanlah hak kita. Jangan jadi seperti Kicap Tamin yang kini sudah bertukar tangan. Begitu juga dengan sos berjenama Aminah yang sedap juga telah bertukar tangan. Jangan lupa berakad jualbeli apabila berjual beli kerana itu lebih afdal.
3) YOGA HARAM
Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan senaman Yoga adalah haram bagi orang Islam. Tiba-tiba pemimpin MIC yang telah kalah dan tidak mendapat sokongan dari kaumnya sendiri (India) nak berjumpa Pak Lah (PM) untuk membincangkan keputusan tersebut.
Apalagi yang nak dibincangkan. Fatwa adalah hukum Allah yang khusus untuk orang Islam. Bagi orang Islam “Haram” adalah haram dan tidak boleh ditukar kepada harus, makruh atau halal lagi. Kenapa harus orang bukan Islam keliru dan salah tafsir tentang fatwa khusus untuk orang Islam kerana tidak pernah timbul salah tafsir dan keliru daripada orang islam apabila Hindu menetapkan mereka tak boleh makan lembu.
Yoga haram kepada orang Islam bukan untuk Hindu atau agama-agama lain. Sudah lama Samy Vellu jadi pemimpin tetapi kenapa masih keliru? Itulah kalau hanya buat penilaian separuh sahaja, tidak menyeluruh (Semi-Value). Tak guna cerdik sahaja kalau tidak menyelidik.
- P P N - DIS'08-
1 comment:
"PELIK TAPI BENAR"
tu la ungkapan yg sesuai utk situasi keadaan umat Islam di Malaysia.. mmg Melayu terlalu bermurah hati berkenaan pegangan ekuiti.. pada hakikatnya,30% pegangan ekuiti yg disasarkan,pegangan ekuiti orang Melayu@Islam sebenarnya tak sampai pun 10%..terlalu jauh dari yg disasarkan.. jadi ke manakah lagi 90% pegangan ekuiti ni? ke mana?
ini menampakkan kegagalan DEB itu sendiri. tp, bukanlah bermakna DEB harus dihapuskan.. perlu dikaji,mengapa dasar ini gagal utk mensasarkan sekurang2nya 30% pegangan ekuiti adalah milik bumiputera. dan ke manakah menghilangnya 90% lagi pegangan ekuiti ini. perlu diingat,pada asalnya,dasar yg dirangka melalui DEB ini adalah baik.tetapi, pelaksanaan yg kurang berkesan lah yg menyebabkn ia GAGAL.
Isu yoga tak kurang menarik perhatian. mengapa perlu ada yg melenting bila mana Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa pengharaman yoga? bila mana umat Islam sendiri tidak menyokong malah mengkritik fatwa ini, bagaimana persepsi masyarakat bukan Islam? sehingga ada di antara mereka memperlekehkannya lantaran dari sikap segelintir kita yg 'kepanasan' kerana pengharaman yoga ni.. macam dah xde senaman lain ke? pelik & sedih melihatkan keadaan ummah yg kian tandus & semakin cetek pemikiran. terlalu jauh & tersasar dari Muslim sebenar.
sesuatu harus da wajib dilakukan demi menyelamatkan ummah ini tak kira bangsa agar kembali bersatu dan kembali mengikut landasan Islam yg sebenar.
secara totalnya, saya menyokong usaha PEWARIS walaupun melalui cara tidak langsung..
ALLAHU AKBAR!!!
Post a Comment