PEWARIS

BOIKOT!

Monday, December 29, 2008

KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG PENYERAHAN MEMORANDUM GERAKAN MANSUH BABI DI MELAKA KEPADA YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

PEWARIS menyerahkan memorandum gerakan mansuh babi di Melaka kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang berhubung isu babi di Masjid Tanah, Melaka sejajar dengan resolusi gerakan mansuh babi di Melaka yang dicapai dalam Siri Jelajah Ke-2, Majlis Permuafakatan Ummah di Melaka pada 20hb Disember 2008. Ini bagi mendesak satu tindakan segera diambil berhubung isu babi di negeri tersebut.

PEWARIS yang bergerak tanpa kepentingan politik juga telah menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Datuk Wira Abu Seman Yusop bagi mendesak isu babi ini diselesaikan segera di majlis tersebut.

Penghantaran memorandum mendesak campurtangan pemimpin Islam seperti YB Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang dan YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang selaku Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) juga adalah untuk membuktikan perjuangan mereka bagi membela maruah agama Islam dan bangsa Melayu.

Sudah tiba masanya kedua-dua pemimpin ini ikhlas dalam membantu menyelesaikan isu babi ini. Pandangan serta tindakan mereka demi agama dan bangsa amatlah diharapkan bagi membasuh najis babi-babi ini di Masjid Tanah, Melaka khususnya. Sebagai pemimpin beragama Islam, mereka wajib bertanggungjawab mengenai masalah babi yang kelihatan begitu sukar diselesaikan.

PEWARIS juga akan terus menghantar memorandum kepada pelbagai pihak berhubung gerakan mansuh babi di Melaka serta mendesak beberapa pemimpin lain agar tidak berkompromi dlm isu melibatkan kepentingan umat Islam di Negara ini.

PEWARIS menggesa semua pihak tanpa kepentingan politik bersama memperjuangkan isu yang melibatkan maruah dan agama dan bangsa. Jangan hanya kerana keghairahan mengenai kepentingan politik, isu babi seperti ini pun gagal diselesaikan oleh para pemimpin Islam.

Para pemimpin PAS harus bersama memartabatkan maruah agama dan bangsa seperti yang cuba dilaksanakan melalui hukum hudud. Tetapi, tanpa tindakan bersungguh serta efektif, isu seperti kes babi di Melaka akan terus mengaibkan umat Islam dan pemimpin Islam negara tanpa mengira fahaman politik.

PEWARIS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan cuba mengaibkan umat Islam dan mencabar hak bangsa Melayu sebagai masyarakat pribumi Malaysia. Jangan cuba gugat keharmonian dan perpaduan bangsa di bumi bertuah ini. [END]
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 3:51 AM

4 comments:

wakketar said...

Setiap kali cuti sekolah, mesti pergi mandi kat pantai kemunting tu. Siap sewa chelet putera sayang lagi. la ni, bila ajak anak-anak pergi, mereka kata, tunggu babi kat sana lari...

December 29, 2008 at 6:28 AM
Tai said...

Ok, semoga berjaya.

December 29, 2008 at 6:51 AM
j.zee said...

ALHAMDULILLAH!ALLAHUAKBAR!

December 29, 2008 at 12:45 PM
ali said...

Pewaris Perlu Bersopan Santun
petikan dari http://msomelayu.blogspot.com/

KENYATAAN Timbalan Pengerusi Majlis Permaufakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun kononnya Pas bersikap pilih kasih kerana tidak mempedulikan usaha mereka untuk mengenengahkan masalah penduduk Melayu dan Islam, Masjid Tanah Melaka yang dicemari babi kurang tepat dan mengelirukan. Semacam kenyataan itu mahu memburukkan Pas saja. (Sila rujuk akhbar kroni hari ini ms 15).

Rahimuddin kesal kerana Pas boleh menyokong Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan tidak menyokong usaha mereka untuk membela nasib penduduk Melayu dan Islam di Melaka. Anggapan itu rasanya terlalu emosi dan tidak berpijak di bumi nyata dan bersifat 'akulah hero'.

Tanggapan ini timbul apabila para petugas Pas menghalang kehadiran rombongan Pewaris ke majlis Malam Himpunan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anajuran Gerakan Memansuhkan ISA (GMI) di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi malam kelmarin untuk menyerahkan memorandum. Majlis itu dihadiri sama Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

Jika diperhatikan senario yang berlaku Pewaris tidak boleh salahkan Pas. Cara Pewaris hendak menyerahkan memorandum bantahan itu tidak kena pada tempatnya. Pewaris bukan sepatutnya menyerahkan memorandum itu di tempat itu sebaiknya patut datang ke pejabat agung Pas di Jalan Raja Laut di mana di situlah tempat rasmi pemimpin tertinggi Pas berada. Ia harus dilakukan secara profesional.

Kedatangan Pewaris ke majlis itu seakan menganggu majlis berkenaan dan wajar kalau Unit Amal Pas menghalang mereka. Peristiwa sebelum ini mungkin menjadi pengajaran. Sekurang-kurang telah dua kali berlaku keadaan tidak menyenangkan sebelum ini yang melibatkan Pewaris.

Pewaris adalah golongan yang mahukan ISA dikekalkan manakala majlis itu dianjurkan oleh GMI yang menentang ISA. Jadi sangatlah tidak elok kalau Pewaris memasuki majlis berkenaan. Apa yang dilakukan Pewaris itu boleh dianggap menceroboh. Cara Pewaris itu seakan samseng dan tidak menggambarkan golongan Pewaris yang sepatutnya mewarisi sifat-sifat mulia, berhemah dan sopan santun cara orang Melayu. Ataupun apakah atau sifat apakah yang Pewaris mewarisi sebenarnya?

Saya yakin kalau Pewaris bersifat keMelayuan masuk bersalam, duduk bersopan santun, berbicara mengaturkan ayat, Pas atau sesiapa saja bersedia berkerjasama dengan Pewaris bukan saja setakat menerima memorandum. Misalnya apa kata kalau Pewaris melancarkan gerakan mengadakan demostrasi untuk menyatakan simpati kepada rakyat Palestin yang dibunuh Israel sehari dua ini dan mengundang sama Pas dan NGO lain, tentu mereka akan berduyun-duyun bersama Perwaris. Rasanya bukan saja setakat berdemonstrasi kalau diajak ke Gaza pun mereka ikut.

Makanya Perwaris harus melihat ke dalam dirinya, renung apakah perbuatan mereka itu tepat dan betul beradat atau biadap dan jangan ikut emosi. Apa lagi kalau dengan memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam Melaka itu Perwaris ada niat lain lagi-lagilah tidak patut.

Kalau Pewaris ikhlas nak bela nasib orang Melayu Islam Melaka itu, rasanya lebih mudah kalau Pewaris berjumpa dengan Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam dan menyampaikan memorandum itu atau minta calon Timbalan Presiden Umno itu menyelesaikan masalah babi yang makin bermaharajalela di negeri Hang Tuah itu!

Ali Rustam tentunya lebih berkuasa dan berpengaruh untuk mengatasinya berbanding dengan mana-mana pihak termasuk menteri di Kuala Lumpur.

December 30, 2008 at 7:08 PM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

PEWARIS

My photo
PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM
019-238 4000/019-69 44 300 MENYATUKAN UMMAH DEMI AGAMA DAN BANGSA!
View my complete profile

BERITA PEWARIS

  • ▼  2008 (27)
    • ►  November (12)
      • ►  Nov 13 (1)
      • ►  Nov 16 (1)
      • ►  Nov 17 (1)
      • ►  Nov 25 (1)
      • ►  Nov 26 (6)
      • ►  Nov 27 (1)
      • ►  Nov 28 (1)
    • ▼  December (15)
      • ►  Dec 01 (1)
      • ►  Dec 02 (1)
      • ►  Dec 04 (1)
      • ►  Dec 09 (1)
      • ►  Dec 10 (1)
      • ►  Dec 12 (1)
      • ►  Dec 18 (1)
      • ►  Dec 19 (1)
      • ►  Dec 21 (1)
      • ►  Dec 24 (1)
      • ►  Dec 25 (1)
      • ►  Dec 27 (2)
      • ▼  Dec 29 (1)
        • KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG PENYERAHAN MEMORANDUM G...
      • ►  Dec 31 (1)
  • ►  2009 (10)
    • ►  January (9)
      • ►  Jan 08 (1)
      • ►  Jan 09 (2)
      • ►  Jan 10 (1)
      • ►  Jan 13 (1)
      • ►  Jan 26 (3)
      • ►  Jan 27 (1)
    • ►  August (1)
      • ►  Aug 24 (1)

WAKTU SOLAT

Bangsa Melayu dan umat Islam tanpa mengira fahaman politik wajib menentang penempatan ladang babi di Melaka

LINK LAIN UNTUK DILAYARI

  • PROTES BABI DI MELAKA
  • PPIM

SUARAKAN HAK/PENDAPAT ANDA!


ShoutMix chat widget

WAKTU


Free Blog Content

ANDA PELAWAT KE :

Free Web Counter
Free Counter