SIRI JELAJAH
MAJLIS PERMUAFAKATAN UMMAH
TARIKH :
23 November 2008
( 25 Zulkaedah 1429H )
TEMPAT :
DEWAN WISMA SEJARAH
ARAS 3, ANJUNG WISMA SEJARAH,
230 JALAN TUN RAZAK, 50400 KUALA LUMPUR
|
MASA :
8.30 pagi hingga 2.00 ptg
MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI :
019-238 4000 / 019-69 44 300
ATAU LAYARI
http://pewarisummah.blogspot.com
EMEL :
pewaris.ummah@gmail.com
20 comments:
SIAPA MAIN API ?
Muzakarah antara UMNO dan Pas ditafsirkan oleh DAP sebagai berbaur perkauman. Tafsiran yang dibuat oleh parti politik berkenaan seolah-olahnya mereka sendiri mengamalkan sikap yang amat prihatin dan tidak pernah menyinggung perasaan atau memainkan sentimen masyarakat Melayu selama ini.
Justifikasi yang digunakan adalah apabila dua parti yang dianggotai oleh orang Melayu berbincang mengenai hal ehwal kebaikan bersama adalah sesuatu yang salah. Walhal, perkara yang lebih buruk lagi diperkatakan dan diperlakukan oleh mereka sendiri tidak pula mereka perakui.
Ini bukan perkara pelik, kerana semanjak zaman PAP lagi, parti serpihannya ini terkenal sebagai komponen parti yang paling celupar mencabar kerajaan dalam pelbagai perkara. Mungkin sebahagian kita masih ingat lagi isu Univerisiti Merdeka, Malaysian Malaysia , isu bahasa, kuota, DEB dan sebagainya diperkatakan secara terbuka dengan nada yang mencabar. Akhirnya, Almarhum Tunku terpaksa merelakan Singapura terlepas ke tangan mereka bagi menjaga kesejahteraan umum.
Tindakan terbaru mereka meletakkan papan tanda jalan menggunakan tulisan Cina di Pulau Pinang bukanlah pula merupakan permainan sentimen. Pada mereka ia adalah bagi menarik pelancong. Kalau itu yang dijadikan alasan, bermakna Pulau Pinang juga perlu menaikkan papan tanda bertulisan Arab, Vietnam, India, Thailand dan sebagainya bagi menyokong tindakan mereka. Kerana sebagai sedia dimaklumi ramai pelancong dari negara berkenaan mengunjungi Pulau Pinang, malah mereka lebih dahulu datang ke sana sebelum pelancong Cina.
Kita lihat pula siapakah sebenarnya sedang memanipulasikan sentimen perkauman dan menyemarakkannya. Di mana orang Melayu di Bukit Kemuning Shah Alam telah ditegah untuk menggunakan tanah perkuburan yang telahpun diwakafkan serta diluluskan oleh JAIS. Kumpulan tertentu telah mengenakan perintah ‘Court Injunction’ dan menghalang penduduk menggunakan tanah perkuburan yang sudahpun ada mayat dikebumikan di sana atas alasan menurunkan nilai hartanah mereka.
Ahli Parlimen PKR yang menjadi sekutu DAP telah campurtangan dalam hal ehwal pembinaan surau sehingga terjadi insiden ‘tampar’ yang sedang heboh diperkatakan kini. Apa makna semua ini?. Walhal, dalam kerajaan Barisan Nasional perkara-perkara seperti ini dibincangkan secara musyawarah di antara parti komponennya lantas dicari jalan penyelesaian sehingga tidak mencetuskan sebarang insiden yang tidak di ingini.
Paling menggusarkan kita, parti pembangkang kebelakangan ini seolah-olah seperti mabuk kuasa sehingga gagal membezakan antara yang betul dengan yang salah dan yang sensitif dengan yang tidak. Apa sahaja yang mampu dijadikan modal, terus mereka pergunakan semaksima mungkin tanpa memikirkan akibat yang bakal timbul hasil dari kerja busuk itu.
Kelunakan kerajaan dalam menangani kerenah chauvinis seperti ini telah meningkatkan lagi keberanian mereka. Latah mereka nampaknya telah hampir sampai ke puncak. Lebih menakutkan kita, bukannya provokasi yang akan diteruskan selepas ini tetapi tahap kesabaran masyarakat Melayu sendiri. Toleransi selama ini nampaknya hanya menjadikan etnik ini semakin menderita, dikorban dan diminta untuk terus berkorban. Tetapi soalnya di sini, apabila semua sudah dikorbankan apakah akan jadi nasib pribumi ini.
Apa yang ingin mereka minta lagi, apa yang mahu dikorban lagi kerana pribumi tidak lagi mempunyai sebarang keistimewaan itu. Mana DEB, mana biasiswa, mana subsidi, mana kuota, mana sekolah berasrama penuh yang kesemuanya sudahpun dikorbankan demi memenuhi tuntutan dan desakan oleh ’kaum pendatang’ ini.
Kontrak sosial dan Ketuanan Melayu yang diperuntukkan dalam Artikel 153 Perlembagaan Negara sudah lama terlupus walaupun masih berkuatkuasa. Jika anda tidak percaya, buatlah kajian secara profesional dan jangan dipengaruhi oleh Majlis Peguam. Panggillah para profesional yang bersifat neutral untuk menelitinya dan tubuhkan Suruhan Jaya Di Raja untuk menilainya, apakah benar masih ada keistimewaan pribumi di negara ini.
Hingga kini, adakah pribumi riuh menuduh bangsa lain memainkan sentimen dan mendiskriminasi mereka?. Walaupun sepatutnya itulah yang dilakukan oleh pribumi yang sebenarnya menjadi mangsa semenjak kedatangan penjajah Inggeris lagi. Memang mereka sepatutnya telahpun melenting, bangun memperjuangkan hak yang telah dirampas British sebagai galang ganti mendapatkan kemerdekaan kembali. Mereka telah hilang maruah, harga diri, kedudukan ekonomi, kawalan politik dan sebagainya hasil dari negara jati yang merupakan tanah pertiwi semenjak asal lagi.
Setakat meminta ekuiti sebanyak 30 peratus dan rela memberi 70 peratus kepada orang lain masihkah lagi dituduh tidak adil. Tentunya matematik pribumi dan neraca mereka tidak betul timbangannya. Tetapi, tidak mengapa juga. Mereka tetap bersyukur dan ingin hidup bahagia dan tidak mahu berlaku huru-hara.
Berlainan sekali di pihak lain, sudah diberikan betis hendakkan paha. Mengaum, menyalak tanpa henti dan sentiasa mencabar kesabaran seolah-olah tidak pernah puas dengan apa yang sudah diperolehi. Melalui pelbagai media mereka menghentam tanpa rasa hormat, malu dan semangat setiakawan. Memanggil Malaysia sebagai negarakuku, memanggil Polis sebagai anjing dan berlaku biadab di hadapan Sultan dan Yang DiPertua Negeri sudah cukup menunjukkan belang sebenar mereka.
Apakah yang sebenarnya yang ingin mereka capai. Apa yang meraka mahukan kini. Mungkin anda para pembaca sudah tahu jawapannya. Kemenangan rakan mereka PAP di Singapura memperolehi Pulau Batu Puteh telah menyemarakkan lagi keghairahan mereka ini. Sejarah Singapura telah membuktikan bahawa agenda besar mereka mungkin berjaya sekiranya kita semua tidak peka.
Dengan masa yang sedikit lagi tersisa, dengan kesedaran yang masih ada, masyarakat negara ini yang cintakan keamanan patut segera bangun dari lena yang panjang untuk memulihkan negara dari terus dicengkam kemelut yang tidak diundang. Ada musuh sedang menanti, ada geruh sedang menunggu kalau tersilap langkah kita tidak mampu lagi untuk melihat hari esok.
AKHBAR MELAYU BAKAL PUPUS
Rayuan, tuntutan dan saranan bagi menyelamatkan khazanah negara dan waris sejarah perjuangan bangsa
AKHBAR MELAYU BAKAL PUPUS
Rayuan, tuntutan dan saranan bagi menyelamatkan khazanah negara dan waris sejarah perjuangan bangsa berwadah media cetak yakni Kumpulan Utusan sudah jelas menunjukkan bahawa ia dalam tahap kritikal. Malah isu ini bukan satu pekara yang terpinggir atau sekedar sebahagian dari rutin dunia perdagangan komersial semata-mata.Tentu ada perkara yang lebih besar agendanya, hebat cabarannya dan buruk impaknya jika tidak kita berikan perhatian yang wajar.
Ini bukan satu gimik atau sinikal tidak juga dengan niat provokasi, tetapi lebih merupakan satu hakikat. Ia mesti dilihat secara serius bukan sahaja oleh golongan pejuang bahasa, badan NGO Melayu atau pemimpin politik kerajaan. Malah ia juga patut diberikan perhatian sewajarnya oleh seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama kerana legasi akhbar ini mempunyai pertalian khusus dengan sejarah pembentukan negara Malaysia yang merdeka.
Peranan besar Kumpulan Utusan tidak memerlukan sebarang hipotesis kerana mempunyai banyak bukti yang amat nyata. Tetapi, cobaan memusnahkan kredibilitinya sudah menjadi kenyataan apabila teras utama Kumpulan akhbar Utusan Melayu dikuburkan tanpa nisan atau sebarang upacara pada 29 Januari, 2006. Hanya selepas di adakan pelbagai bantahan oleh golongan yang masih peka, maka 4 bulan kemudian ia diterbitkan semula sebagai sisipan percuma. Dengan kata mudah tanpa nilai komersial tetapi lebih bersifat obligasi nasional dan sosial semata-mata.
Sekiranya Kumpulan Utusan diibarat umpama rumah khususnya rumah tradisi orang Melayu yang bertunjangkan tiang seri sebagai teras. Maka, kekuatan seluruh struktur rumah itu sudahpun dipotong, atau dirobohkan, dengan kata lain binaan yang tinggal tidak lagi mempunyai penyokong. Ia samalah seperti manusia tanpa tulang belakang. Sedangkan sotong yang lembutpun mempunyai tulang belakang, tetapi Kumpulan Utusan bergerak sebaliknya dengan menongkah arus.
Selepas itu, serangan demi serangan terus dilakukan, tuduhan yang pelbagai dilemparkan, diperkuatkan pula dengan gerakan memboikot, mencerca, malahan mengambil tindakan undang-undang oleh pelbagai pihak termasuk oleh mereka yang sebangsa dan seagama bertali arus tidak pernah susut atau putus. Ini semua dilihat bagai sebuah perkomplotan bagi menutup wadah perjuangan utama umat Melayu secara berterangan.
Tidak cukup setakat itu, kini wujud pula kumpulan yang lebih merbahaya sedang cuba mengambil kesempatan mecurah tuba demi kepentingan poket sendiri. Usaha menggabungkan dua akhbar utama yang sebelum ini dikuasai oleh bangsa Melayu (Kini tidak lagi) NSTP dan Kumpulan Utusan telah kecur di war-warkan. Ini amat meyakinkan bahawa memang benar wujud agenda dan tangan yang rakus sudah mengambil kesempatan tanpa menghiraukan kepentingan bangsa Melayu itu sendiri.
Apakah benar Kumpulan Utusan sudah tidak berdaya maju, tidak relevan, tidak peka, tidak responsif, tidak bernilai, tidak komersial, atau tidak memahami situasi semasa sehingga perlu dilaksanakan penggabungan, penyingkiran atau ditutup operasinya?. Bagi memberikan keadilan kita lihat dahulu fakta-fakta sebenar sebelum menarik sebarang kesimpulan mengenainya.
Mula diterbitkan di Singapura pada se awal tahun 1907. Versi pertamanya telah dicetak dan diterbitkan oleh Singapura Free Press dan ia ditulis dengan menggunakan tulisan jawi dan rumi yang mengandungi empat halaman mukasurat. Tujuannya adalah untuk memudahkan pembaca yang tidak dapat menguasai tulisan jawi ataupun rumi dapat membuat pilihan mengikut keupayaan mereka. Bagaimanapun, ruangan yang bertulisan jawi lebih banyak kerana ia memuatkan berita-berita ringkas dan iklan.
Diantara pengarang akhbar ini ketika itu ialah Encik Yunos Abdullah (1907 -1909), Encik Abdul Hamid Miskin (1909 - 1914) , Encik Mohd Ismail Abdul Kadir (1914 - 1918) dan Syed Sadullah Khan (1908 - 1921) sehinggalah akhbar ini dihentikan penerbitannya pada tahun 1921.
Bagaimanapun, hasil usaha gigih para pejuang Melayu, akhbar ini diwujudkan semula dan telah diperbadankan pada tahun 1938 sebagai Utusan Melayu Press Limited. Akhbar ulungnya, Utusan Melayu, kembali dilancarkan pada 29 Mei 1939. Dengan menggunakan tulisan Jawi, akhbar tersebut dicetak di Singapura bagi memenuhi kehendak para pembaca yang celik Jawi di Tanah Melayu yang menjadi jajahan British.
Menyusulinya pada tahun yang sama edisi Ahad, Utusan Zaman telah diterbitkan. Utusan Melayu dan Utusan Zaman berada di barisan hadapan membangunkan intelek-intelek nasionalis Melayu yang kemudiannya bangun sebagai pejuang kemerdekaan daripada cengkaman kolonial British.
Mulai Februari 1958, lima bulan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, ibu pejabat Utusan Melayu telah dipindahkan ke Kuala Lumpur. Dengan perpindahan ini, Kumpulan Utusan telah memperkukuhkan kedudukannya dan terus memainkan peranan utama sebagai penyumbang aktif dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik Malaysia.
Pada tahun 1967, ia telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad awam di bawah Akta Syarikat, dengan nama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Sejak itu, ia telah berkembang dengan amat pesat sehingga mencapai puncaknya dengan penyenaraian di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada 1994.
Malah sebagai peneraju media cetak berbahasa Melayu, Kumpulan Utusan peka terhadap perkembangan dunia multi media dan elektronik. Kerana itu, mereka mengambil langkah pro aktif untuk menubuhkan Utusan Multimedia Sdn. Bhd., pada tahun 1996. Tidak lama kemudian ia disusuli dengan pelancaran Utusan Malaysia On-Line, akhbar dalam talian yang terulung di Malaysia dalam bentuk teks dan visual yang mantap.
Tidak terhenti setakat itu sahaja, untuk lebih berdaya saing dan mengukuhkan kedudukannya, syarikat ini bermula pada tahun 1997 telah menjadi penyedia akses Internet melalui penubuhan JARING. Usaha ini telah menggalakkan pembentukan intranet Kumpulan Utusan sendiri dan penubuhan Net Space Learning Sdn. Bhd., sebuah syarikat pendidikan multimedia. Langkah ini kemudiannya diikuti oleh akhbar-akhbar lain apabila mendapati bahawa banyak pembaca di negara ini sudah boleh menerima idea akhbar dalam talian.
Perniagaan kumpulan ini tidak terhad hanya kepada penerbitan akhbar semata-mata tetapi mencakupi pelbagai bidang termasuk pengiklanan, percetakan, penerbitan, pengedaran, penyedia perkhidmatan ICT, pengangkutan dan pelbagai lagi. Ia dengan jelas menunjukkan bahawa Kumpulan Utusan bukan lagi sebuah perniagaan media tetapi sudah membuat pelbagai penerokaan dengan kreativiti tersendiri. Bermakna ia bukan sahaja bertaraf korporat tetapi sudah menjadi konglomerat.
Lantaran kemampuan kumpulan ini dan juga komitmen mereka yang tidak berbelah bagi menjadi pendokong perjuangan bangsa telah mengundang rasa marah, dengki malahan benci yang sengaja diolah sedemikian rupa bagi menggambarkan bahawa ia semata-mata memperjuangkan golongan tertentu. Musuh bangsa telah mengatur strategi halus bagi memusnahkan platform kukuh ini supaya segera dapat dinyahkan dan dihindarkan untuk menjadi penghalang kepada agenda besar mereka menghapuskan dasar ’Ketuanan Melayu”.
Cabaran ini bukan kecil, tetapi amat mantap dan terususn serta sistematik. Menggunakan pelbagai pendekatan yang tidak mampu terhidu dan dikesan secara mata kasar sekiranya kita tidak peka menggunakan deria yang lebih sensitif. Apa yang dikhuatiri sekarang ia sudah hampir mencapai matlamatnya.
Mudah untuk mengukur kejayaan mereka yang jelas terpamer apabila khalayak pembaca dan pengiklan sudah lebih mengutamakan akhbar berbahasa lain berbanding bahasa Melayu. Walhal dengan jumlah penduduk Bumiputra yang melebihi 16 juta orang, sepatutnya edaran akhbar berbahasa Melayu juga sepatutnya menjadi yang terbesar, paling berpengaruh dan menerima tempahan iklan tertinggi malah menjadi pilihan utama kepada rakyat negara ini.
Malangnya, yang terjadi adalah sebaliknya. Atas dasar menjaga sosio status, warga Malaysia yang kononnya cintakan negara ini memilih membeli dan membaca akhbar yang menggunakan bahasa pengantara yang tidak menggambarkan jati diri mereka sebagai warga negara Malaysia. Apakah kerajaan atau pihak berwajib menyedari perkara ini?
Apakah tidak boleh dijadikan dasar bahawa 70 peratus iklan mestilah diterbitkan di dalam bahasa Melayu, manakala semua jabatan kerajaan mesti membeli akhbar berbahasa yang sama. Apabila pihak berkuasa sendiri dan pemegang amanah bangsa sendiri tidak mempunyai sikap nasionalis dan rasa cinta kepada hakmilik sendiri apalah yang boleh diharapkan dari orang lain.
Lihat sahaja akhbar lain yang dianjurkan oleh etnik berbeza di dokong dan disokong oleh bangsa mereka sehingga tanpa segan dan silu mereka membeli, mengilik, membaca dan menghargai akhbar berkenaan. Walhal kita pula dengan juah dan bangga menopengkan kebodohan diri dengan memaparkan budaya intelektual kononnya menyokong tidak bertempat penerbitan akhbar lain sehingga mengabaikan milik sendiri. Benarlah pepatah mengatakan bahawa ’kera di hutan disusukan anak di pangkuan mati kelaparan’. Bukanlah kita menafikan kepentingan bahasa kedua, tetapi namanyapun bahasa kedua tentulah prioritinya pun patut di kelas kedua juga dan bukanlah sebaliknya.
Tentu tidak lama lagi akhbar-akhbar berbahasa Melayu akan segera berkubur. Malah bangsa Melayulah juga yang menguburkannya kerana mereka sudah menjadi penderhaka dan pengkhianat kepada bangsa, bahasa dan budaya sendiri. Jangan tuding jari kepada orang lain untuk mencari kesalahan dan meletakkan alasan, cerminlah diri sendiri dan sekiranya inginkan perubahan, lakukanlah dengan diri sendiri dahulu termasuk bijak menggunakan kuasa yang dimilikki secara bestari.
Memang sukar dipercayai bila orang Melayu memegang kuasa menjadi pemerintah dan pegawai kanan kerajaan gagal memahami apa yang disebut sebagai agenda. Sehingga hidup seharian tidak lebih sifatnya dari seekor berok yang hanya bila celik mata mencari rezeki dan petang pulang ke rumah untuk menggauli bini semata-mata. Esok perkara yang sama diulangi lagi dan lagi. Tidak langsung terniat atau terlintas bagi menyumbang sekedar berfikir mencari jalan untuk membantu anak bangsa sendiri menggapai impian dan mencipta kejayaan seperti yang dilakukan oleh bangsa lain.
Sudah dipenghujung jalan, amat tersepit dan diasak dari pelbagai penjuru. Bukanlah pula mustahil dalam masa terdekat tema yang tercatit yakni akbar berbahasa Melayu akan pupus lebih segera berlaku sebelum kita sempat menyedarinya. Janganlah menjadi petualang kepada bangsa sendiri sekiranya kita tidak mampu menyumbang. Keteguhan dan kekuatan negara bukanlah tidak mungkin goyah kerana ia bersifat fleksi. Kita tidak boleh mengharap orang lain mempertahankannya kerana orang lain pula akan mengharapkan kita. Begitulah sebalik dan seterusnya.
Strategi mesti disusun, sahsiah perlu diasah, gerakan mesti di atur bagi mempastikan kesinambungan akhbar berbahasa Melayu terutama Kumpulan Utusan ini berlanjutan untuk diwariskan kepada generasi yang akan datang. Takut nanti bahasa Melayu dan budayanya hanya mampu dipamerkan di galeri muzium sebagai tatapan sejarah. Ia sudah berlaku di Amerika, Australia, Rom dan sebagainya. Sejarah tidak pernah berdusta.
Akhbar Melayu umpama spesis dinosur dan sumber alam terpelihara. Sekiranya tidak dilindungi ia akan segera pupus. Hayatilah luahan ini bukan sebagai retorik tetapi ia berlandaskan fakta, kajian dan juga justifikasi yang amat bertanggung jawab dan teliti. Para pembaca, aktivis malahan seluruh rakyat yang cintakan negara yang namanya juga dikaitkan dengan Melayu mestilah mengambil langkah ke hadapan dengan kadar segera supaya ia dapat dihindar dari berlaku. Jangan menyesali takdir sekiranya kita mampu mengubahnya.
Tahniah atas majlis yang boleh dianggap berjaya. Cuma masalah nya nak berjuang dengan otak.. tak mesti dengan pedang macam lagu too phat dalam mantera beradu tuh. saya harapkan impak positif akan terbit dengan tertubuhnya pewaris nih.
Muzakarah yang di adakan pada 23 Nov 2008 telah membuktikan, masih ramai yang masih sayangkan tanah tumpah darah orang melayu kita. Diharapkan persengketaan di antara fahaman ideologi politik dapat diketepikan demi Agama, Bangsa dan Negara.
Persetankan kaum-kaum penumpang ini, kerana kita tidak perlu gentar sekiranya kita, orang-orang melayu yang prihatin dan bersatu hati, insyallah negara kita kembali makmur seperti dibawah kepimpinan mantan Dr.M.
Perkasakan ISA untuk menjaga keharmonian dan ketenteraman negara!
“Kerajaan tidak cadang kaji ISA” – Itulah keputusan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagaimana disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 19/10/08. Beliau berkata, “tumpuan saya ialah untuk membentangkan tiga rang undang-undang ini (suruhanjaya pelantikan hakim, pencegahan rasuah dan aduan khas) di Parlimen dan oleh itu tolong jangan soal saya tentang langkah untuk mengkaji ISA kerana akta hampir sama juga masih diguna pakai di Amerika Syarikat (AS) dan Britain”, tegasnya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-55 di Kuala Lumpur pada 18 Oktober lepas. Perdana Menteri nampaknya langsung tidak mahu tunduk kepada bantahan yang ditimbulkan dari pelbagai pihak termasuklah dari parti komponen BN sendiri untuk memansuhkan Akta zalim tersebut.
Siapa tidak kenal ISA? Akta Keselamatan Dalam Negeri (yang lebih dikenali sebagai ISA iaitu akronim nama Bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuat kuasa di Malaysia sejak 1960 lagi. Akta yang telah benar-benar digunakan kerajaan untuk menyelamatkan hegemoni politik mereka ini membolehkan sesiapa sahaja ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang disyaki atau dipercayai mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Dan Menteri boleh menyambung dan terus menyambung tempoh tahanan ‘ikut suka beliau’ selama tempoh yang tiada hadnya, selama beliau masih berkuasa atau masih bernyawa.
Secara umumnya akta hasil pemikiran penjajah ini mengenepikan kuasa kehakiman dan bercanggah dengan kebebasan individu yang dijamin oleh Perlembagaan yang diagungkan oleh mereka sendiri. Ringkasnya, individu yang ditahan di bawah ISA (i) tidak memerlukan waran tangkap atau apa-apa arahan dari Mahkamah (ii) tidak perlu dan tidak akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atau dibuktikan kesalahannya (iii) kuasa mutlak untuk ‘menjatuhkan hukuman’ terletak kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri (iv) ‘kuasa mutlak’ untuk menyeksa tahanan terletak pada polis cawangan khas (SB) yang tidak pernah mengenal erti kemanusiaan. Sautun Nahdhah kali ini bukanlah ingin membincangkan fakta-fakta kezaliman ISA dan mereka yang telah ‘menjadi korbannya’ sejak sekian lama, kerana sememangnya risalah kecil ini tidak akan dapat memuat segala penderitaan tersebut. Namun apa yang ingin kami utarakan adalah hukum syarak mengenai akta gubalan tangan manusia ini yang mana para penggubal dan pengamalnya langsung tidak memikirkan hukuman dan azab Allah yang bakal menimpa mereka satu hari nanti dek kezaliman yang mereka lakukan.
Kaedah Penghakiman/Keadilan Dalam Islam
Sebagai sebuah deen yang sempurna, agama Islam yang diturunkan oleh Allah ini mencakup segala perkara dan tidak ada satu pun yang tertinggal darinya. Dalam bab pengqadhian (penghakiman), Islam telah menggariskan hukum dan kaedah yang lengkap yang wajib diikuti oleh umat manusia. Antara kaedah syarak yang masyhur di dalam bab penghakiman/keadilan Islam adalah “Al-Aslu bara’atu zimmah” yang bermaksud “seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah” (innocent until proven guilty). Mengikut kaedah ini, oleh sebab hukum asal bagi seseorang itu adalah tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya, maka seseorang itu tidak boleh dikenakan hukuman melainkan dengan keputusan mahkamah (setelah dibicarakan dan dibuktikan), dan seseorang itu tidak boleh sama sekali (secara mutlak) dihukum (punish) oleh mana-mana pihak selagi dia tidak disabitkan kesalahan [Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Muqaddimah ad-Dustur, Fasal 13].
Perkara pertama: Al-Aslu bara’atu zimmah. Kaedah ini diambil dari hadis Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam iaitu, “(Beban) pembuktian adalah di atas pendakwa, dan sumpah (penafian) adalah di atas yang tertuduh” [HR Baihaqi dan Mutafaq alaih]. Imam Nawawi ketika mensyarah hadis ini mengatakan, “Pembuktian terletak di pihak pendakwa kerana ia menyalahi perkara yang zahir. Ini adalah kerana asasnya seseorang itu adalah ‘bebas dari kesalahan/liabiliti’ (bara’atu zimmah), sedangkan bagi tertuduh (accused/defendant) cukup dengan sumpah sahaja di pihaknya kerana dia meminta mengekalkan status quo, sesuai dengan asalnya iaitu bara’atu zimmah (tidak bersalah)” [Syarah Matan Arba’in, ms 153]. Hadis ini dengan jelas menerangkan bahawa hukum asal bagi seseorang itu adalah tidak bersalah (innocent), dan pendakwa hendaklah membawa/menunjukkan bukti bahawa si tertuduh bersalah. Jika dia gagal membuktikan, maka si tertuduh tetap berada dalam keadaan asalnya yakni tidak bersalah. Justeru, menjatuhkan hukuman tanpa bukti, malah tanpa dakwaan sedikit pun seperti yang berlaku dalam kes ISA adalah bertentangan sama sekali dengan hadis ini. Dengan kata lain, perbuatan ini telah menyalahi hukum yang telah ditetapkan oleh Rasulullah.
Perkara kedua: Seseorang tidak boleh dijatuhkan hukuman kecuali dengan keputusan Qadhi (Mahkamah). Dalil untuk hal ini dapat dilihat dalam Hadis Nabi, “Maka barang siapa yang telah terambil hartanya olehku, maka inilah hartaku, maka silalah dia mengambilnya dan barang siapa yang telah aku tersalah sebat belakangnya maka inilah belakangku untuk disebatnya, maka hendaklah dia mengambil keputusanku ini” [HR Baihaqi]. Dalam kes ini, kita mesti ingat bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam mengatakan hal ini dalam kapasiti baginda sebagai seorang pemerintah dan juga hakim. Ini bermaksud bahawa sesiapa sahaja yang telah dihukum (oleh hakim) secara salah, maka dia boleh menuntut pembalasan yang serupa. Hadis ini menjadi dalil yang tidak membenarkan pemerintah menghukum rakyatnya tanpa terbuktinya dakwaan terhadapnya yang melayakkan dia dihukum. Oleh itu, seseorang tidak boleh mendera orang lain kecuali dengan keputusan hakim dan adalah haram bagi seseorang hakim untuk menghukum (sama ada mengambil harta, mendera atau memenjara) orang lain tanpa hak.
Tambahan pula ada dalil lain di dalam kes li’an, yang mana seorang perempuan yang dituduh oleh suaminya bersekedudukan dengan orang lain kemudian perempuan ini dibawa ke hadapan Rasulullah (sebagai hakim), tetapi dia telah teragak-agak dalam melakukan penafian. Dalam kes itu, perempuan tersebut terselamat dari direjam kerana dia telah melakukan sumpah li’an. Namun Rasulullah bersabda, “Seandainya aku boleh merejam seorang itu tanpa bukti, nescaya aku akan merejamnya” [HR Muslim, Ahmad, Baihaqi dan Thabrani]. Ini menunjukkan bahawa tidak boleh merejam (menghukum) seseorang apabila tidak ada bukti jelas meskipun anda kesamaran dalam penafian perempuan tersebut. Jika Rasulullah sendiri justeru memanggil bicara dan tidak menghukum tanpa bukti yang jelas (walhal baginda diberi wahyu tentang perkara tersebut), maka alangkah hebatnya kuasa seorang Menteri (dan polis-polis yang terlibat) melampaui batas yang ditetapkan oleh Rasulullah, apabila mereka dengan mudahnya terus menghumban suspek ISA ke Kamunting dan menyeksa tahanan tanpa bicara dan tanpa bukti yang kukuh!
Dalam keadaan di mana individu tersebut disyaki melakukan kesalahan, Islam sememangnya membenarkan pihak polis menahan seseorang tertuduh (seperti tahanan reman) bagi membolehkan mereka mengumpul maklumat sebelum melakukan dakwaan. Bagaimanapun, penahanan ini hanya boleh dilakukan dengan syarat mendapat akuan/perintah dari Mahkamah dan masa penahanan adalah pendek dan terhad. Hal ini berdasarkan dalil hadis dari Bahz bin Hakim dari bapanya, dari datuknya, “Bahawa Nabi SAW menahan seorang lelaki kerana tuduhan kemudian dia dibebaskan” [Riwayat Lima kecuali Ibn Majah] dan dari Abu Hurairah ia berkata, “Rasulullah SAW menahan seorang individu selama sehari semalam dalam satu kes pertuduhan”. Perlu difahami bahawa penahanan tersebut bukanlah satu bentuk ‘hukuman’ tetapi ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan keterangan (tempoh siasatan), dan tidak boleh sama sekali mendera atau menyeksa tertuduh pada waktu ini.
Perkara ketiga: Hukuman hanya boleh dikenakan selepas sabit kesalahan. Tidak boleh (haram) melaksanakan hukuman kepada si tertuduh sebelum disabit kesalahannya. Dalilnya adalah berdasarkan hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam “Seandainya aku boleh merejam seorang itu tanpa bukti nescaya aku akan merejamnya” [HR Muslim, Ahmad, Baihaqi dan Thabrani]. Meskipun (berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas) perempuan tersebut memang diketahui telah melakukan zina, namun ternyata Rasulullah tidak menyeksa atau melakukan apa jua tindakan agar perempuan itu mengaku. Tambahan lagi, jikalau hukuman boleh dikenakan kepada si tertuduh semata-mata kerana kesalahannya ‘diketahui’, maka sudah tentu perempuan itu dihukum oleh Rasulullah kerana kejahatannya memang sudah pun diketahui ramai. Namun ternyata hakikatnya tidak demikian. Ini menunjukkan bahawa secara mutlak tidak dibolehkan (haram) melaksanakan hukuman terhadap si tertuduh tanpa disabitkan kesalahannya. Oleh yang demikian, adalah haram mengugut, memukul, mendera, memenjara atau mengenakan apa jua bentuk hukuman (punishment) selama mana tertuduh masih belum disabitkan kesalahan.
Hal ini disokong lagi oleh hadis dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam tidak menghukum seorang yang mabuk kerana tidak ada bukti. “Ibnu Abbas berkata, seorang lelaki telah meminum khamar dan mabuk dan dilihat terhuyung hayang. Lelaki ini dibawa kepada Rasulullah dan ketika menghampiri rumah Abbas, dia terlepas lalu masuk ke rumah Abbas dan berselindung di situ. Apabila hal ini sampai kepada Rasulullah, baginda tertawa seraya bertanya, ‘Adakah dia melakukan semua itu?’ Dan (kata Ibnu Abbas) Rasulullah tidak memerintahkan apa-apa pun dalam perkara ini”. Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah tidak menjatuhkan hukuman kepada peminum khamar kerana tidak ada pengakuan dari tertuduh dan dakwaan ke atasnya juga tidak terbukti. Ini bermakna dia telah ‘dituduh’ mabuk tetapi tidak dapat dibuktikan (bahawa dia minum arak). Rasulullah tidak mengugut atau menyeksa atau mendera dia agar mengaku, dan Rasulullah juga tidak menjatuhkan hukuman ke atasnya hanya semata-mata kerana adanya ‘tuduhan’. Oleh yang demikian, adalah haram untuk mengenakan sebarang bentuk tindakan ke atas tertuduh selagi kesnya tidak disabitkan oleh Mahkamah. Dengan kata lain, selagi tidak ada sabitan, statusnya tetap sebagai tertuduh (accused) dan bukannya pesalah (guilty) dan tidak ada seorang pun, baik polis atau menteri yang boleh menghukum (punish) orang yang ‘dituduh’. Berdasarkan hadis ini, hukuman tahanan 60 hari dan juga dua tahun penjara (dan diseksa) yang dilakukan di bawah ISA oleh Menteri Dalam Negeri dan juga pihak polis adalah teramat jelas menyalahi perbuatan Rasulullah dan ternyata haram hukumnya ditinjau dari aspek mana sekalipun.
Selain ketiga perkara di atas, terdapat banyak hadis di mana Rasulullah berpesan, “Jika dua orang yang bersengketa di hadapkan di hadapan engkau (hakim) maka janganlah engkau menjatuhkan keputusan sehingga engkau mendengarkan dari pihak yang satu lagi sebagaimana engkau mendengar dari pihak pertama” [HR Ahmad]. Malangnya di dalam kes ISA, suspek langsung tidak dihadapkan di hadapan hakim dan langsung tidak diberi hak untuk berbicara. Suspek hanya ‘dipaksa’ menerima keputusan Menteri yang dibuat tanpa (Menteri tersebut) melihat kepada syariat Islam sedikit pun dan suspek terus dikategorikan sebagai pesalah. Kita sungguh sedih menghadapi kekejaman undang-undang ini tatkala melihat ia dilakukan oleh pemerintah yang mengaku bahawa mereka adalah beragama Islam. Islam manakah yang diikuti oleh mereka walhal hadis-hadis Rasulullah dalam hal ini mereka campakkan kesemuanya?
Sesungguhnya keharaman ISA adalah ibarat cahaya matahari. Bagi mereka yang jahil agama sekalipun, semua tahu bahawa ISA adalah undang-undang buatan manusia di Parlimen yang diluluskan dengan cara majoriti. ISA bukan berasal dari wahyu, malah jelas bertentangan dengan apa yang diwahyukan. Jika dulu ISA digubal untuk menghalang kebangkitan komunis, dan ternyata ia telah berjaya melumpuhkannya. Kini setelah hilangnya pengaruh ideologi tersebut, ISA digunakan pula untuk menghalang kebangkitan dan penerapan Islam, dengan ditangkap dan dipenjarakan pendakwah-pendakwah yang ingin menegakkan agama Allah dan siapa sahaja yang berjuang ke arah menggantikan kerajaan sekular ini dengan Islam.
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Kita semua tahu bahawa ISA adalah sebuah akta yang memang terkenal zalim. Namun, sebagai seorang Muslim, kita hendaklah mengukur ‘zalim’ itu dari perspektif Islam semata-mata, bukannya dari perspektif emosi. Apabila kita memandang dari kaca mata Islam, maka kita akan mendapati bahawa bukan sahaja ISA, malah hampir kesemua undang-undang yang dibuat oleh manusia yang diamalkan di Malaysia hari ini adalah zalim. Ini kerana semua undang-undang itu adalah undang-undang yang bertentangan dengan Islam yang hanya diluluskan dengan mudah melalui sistem demokrasi berdasarkan suara majoriti. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45]. Oleh itu, kita hendaklah memahami bahawa kezaliman ISA itu adalah kerana keharamannya, sama sebagaimana undang-undang haram lain yang bertentangan dengan Islam yang diamalkan di negara kita. Justeru, ISA dan juga akta-akta gubalan manusia wajib dihapuskan dan diganti dengan undang-undang Islam yang berasal dari wahyu. Wallahu a’lam.
Mari kita bersama-sama mempertahankan ISA demia kesejahteraan negara kita bersama. Teruskan perjuanganmu PPIM dan PEWARIS, kami semua mendoakan agar "SIRI JELAJAH MAJLIS PERMUAFAKATAN UMMAH" diteruskan disemua negeri.
Hidup PEWARIS!! Hidup PPIM!!
Jangan kita peduli apa bangsa lain nak perkatakan tentang agama ISLAM. Kita tetap pertahankan ISA demi keselematan negara Malaysia yang tercinta.
INGATLAH BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH....TUHAN MAHA BERKUASA....DIA MEMAKBULKAN DOA ORANG YANG TERANIAYA...AMIN.....
Salam.. TAHNIAH dan SYUKUR kerana majlis yang diadakan oleh pewaris selesai dengan amannya walaupun ada sedikit kekecohan yang berlaku dek pompuan cina sorang tu... syabas pewaris dengan perjuangan UMMAH anda..
Pertahankan ISA demi kemakmuran Negara!! Semoga PEWARIS & PPIM tidak mudah mengalah demi Umat Islam di Malaysia....!
salam.....
saya salah seorang yg hadir di majlis PEWARIS pada hari ahad lepas...Sememangnya majlis ini telah banyak memberi semangat kpd umat islam supaya tidak terus ditindas oleh bangsa-bangsa lain...disebalik tolak ansur org melayu, jgn smpai pijak kepala kita pulak...
HIDUP PEWARIS UTK UMMAH... =D
Syabas PEWARIS dan PPIM diatas kerja kuat anda memperjuangan permuafakatan UMMAH.. Tegakkan Keadilan demi Maruah, Bangsa dan Negara. Jangan melatah dengan cakap-cakap orang yang berhasad dengki dan memperlekehkan perjuangan anda. Kekalkan ISA adalah perjuangan seluruh umat Islam... Saya tabik perjuangan yang anda semua lakukan... Jangan putus asa dengan cakap-cakap belakang org lain... sekali lagi SYABAS...
semoga PEWARIS terus memperjuangkan objektif2 PEWARIS yg berlandaskan agama Islam...!
Allahuakbar....!
TAHNIAH PEWARIS ......!
memang majlis yg dianjurkan telah berjaya menaikkan semangat para peserta yg hadir.....ternyata ORG ISLAM telah lama sering ditindas....dan kini kita perlu bangun semula utk mengembalikan MARUAH kita!!
Allahu'akbar...!
Syabas dan Tahniah kepada PEWARIS yang sanggup memperjuangkan hak-hak dan maruah umat islam dan bangsa melayu.saya menyeru agar masyarakat islam bersatu dalam menegakkan kemakmuran negara.Jangan mudah menyerah atau mengaku kalah sebelum berjuang......Kita jangan gentar dan takut dengan bangsa-bangsa lain yang cuba mempermainkan kita.Saya menyokong sepenuh dengan penubuhan PEWARIS.Hidup PEWARIS
salam...
Majlis Permuafakatan Ummah telah dilaksanakan dengan jayanya oleh PEWARIS & PPIM. Walaupun ada perempuan cina yang membuat kecoh pada hari tersebut, namun ia tidak mematahkan semangat peserta PEWARIS untuk berjuang demi memartabatkan maruah agama Islam & bangsa Melayu. Rasanya pompuan cina tu dibayar sebab tu la dia berani buat kecoh kat majlis orang. Apapun diharapkan agar Siri Jelajah Majlis Permuafakatan Ummah dapat diteruskan & mendapat sokongan daripada masyarakat Islam.
syabas dan tahniah kepada PEWARIS kerana berjaya melaksanakan MAJLIS PERMUAFAKATAN UMMAH dgn jayanya... Teruskanlah perjuangan anda demi agama ISLAM dan bangsa MELAYU kita....
tahniah kepada PPIM dan PERWARIS kerana tlah menjayakan “SIRI JELAJAH MAJLIS PERMUAFAKATAN UMMAH” pada 23/11/2008 walaupun ada sedikit kekecohan yang berlaku,tapi tidak memutuskan semangat rakan2 kita yang beragama islam untuk meneruskan perjalanan mereka untuk menegakkan agama dan bangsa kita sebagai umat islam..teruskan perjuanganmu PPIM dan PERWARIS!!!
Marilah kita bersama2 mempertahankan ISA demi kesejahteraan negara dan bangsa kita bersama. Kami semua berdoa agar “SIRI JELAJAH MAJLIS PERMUAFAKATAN UMMAH” akan diteruskan lagi diseluruh negeri bagi menegakkan umat islam.
Ayuh PPIM dan PERWARIS!!!!! Pedulikan kata orang....kita pertahankan ISA demi keselamtan negara dan bangsa kita!!
Assalamualaikum semua...
tahniah kepada PPIM dan Ngo2 Melayu Islam kerana berjaya menganjurkan Majlis Permuafakatan Ummah...
Marilah kita bersama-sama mempertahankan hak-hak istimewa Melayu dan Islam di bumi tercinta ini...
Hidup Islam, Hidup Melayu...
Post a Comment