KRONOLOGI ADUAN MASALAH KUIL SEKSYEN 19 (SEPT. 2000 – OGOS 2009):
Info, Aduan dan Perjumpaan penting dbuat oleh penduduk mulai September 2000 - Mei 2009:
23. 09. 2000 - Perjumpaan penduduk dengan YDP MPSA dan Adun Batu 3 di Wisma MPSA.
Januari 2001- Perjumpaan dengan Datuk Bandar Shah Alam yang pertama diWisma MBSA.
Julai 2002 - Perjumpaan penduduk dengan Wakil Datuk Bandar Shah Alam, Adun Batu 3, Wakil Polis, Wakil PKNS dan
Wakil Pejabat Tanah Petaling, di Pejabat PKNS, Shah Alam.
16. 09. 2003 - Penduduk menerima salinan surat dari PKNS yang mengarahkan kuil dipindah
kan kekawasan Kuil Berkelompok di Seksyen 18. Pihak kuil tidak mematuhi arahan berpindah.
Tahun 2004 - Bekalan elektrik dimasukkan, tetapi air diambil secara haram dari paip jalan. Gangguan bising
keramaian beberapa malam. Penduduk buat aduan di Balai Polis Seksyen 15.
Tahun 2005 - Penduduk kawasan setinggan berhampiran jalan keretapi telah dipindahkan.
Tahun 2006 -Terima maklumat pihak kuil menghantar permohonan untuk daftarkan kuil
dipejabat Pendaftar Pertubuhan tetapi belum diluluskan. Aduan telah dibuat kepada MBSA.
Jun 2006 - Bekalan air dimasukkan ke kuil. Ubahsuai bertambah rancak membesarkan lagi kawasan kuil.
Aduan dibuat kepada Penguat kuasa MBSA, mereka datang meronda sahaja.
28. 07. 2006 - Penduduk hantar aduan kepada DYMM Sultan Selangor. Papan tanda dipasang
“Tanah Milik PKNS - Penceroboh Akan Didakwa”. Notis itu tidak dipedulikan pihak kuil.
01.08. 2006 - Perjumpaan dengan Pegawai Jabatan Kontroller di Pejabat PKNS Shah Alam.
04. 08. 2006 - Perjumpaan dengan Pegawai Penguatkuasa & Peg. Jabatan Perancang MBSA.
15. 09. 2006 - Perjumpaan penduduk dengan Adun Batu 3, di Pejabat Adun Seksyen 11, Shah Alam.
Maklumat daripada PA Adun En. Badaruddin pihak kuil menolak ditawarkan pindah ke Seksyen 23.
Mereka beri alasan kawasan itu tempat najis kerana berdekatan loji Indah Water.
09. 10. 2006 - Perjumpaan 7 orang wakil penduduk dengan Menteri Besar Selangor di SUK.
Nov. 2006 - Maklumat dari Jab. Kontroller, Peguam arahkan kuil pindah sebelum 30.11.2006
20. 12. 2006 - Aduan dihantar kepada Pengurus Besar PKNS, Ibu Pejabat PKNS, Petaling Jaya.
Mac dan April 2007 - Pekerja-pekerja PKNS dihantar mengukur kawasan disekitar kuil itu.
Penduduk berdekatan dimaklumkan projek rumah teres 16 unit yang tergendala diteruskan.
June 2007 - Kuil yang sudah diubahsuai ada 5 bilik. Banyak barang dibawa masuk kekuil itu.
27. 07. 2007 - Aduan dihantar kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri dan BPR.
Pada masa itu keramaian bergendang dan amat bising sedang diadakan beberapa hari. Selepas aduan
diterima BPAJPM, ubahsuai kuil diberhentikan, gangguan bising berkurangan.
29. 12. 2007 - Terima maklumat Jab. Perancang MBSA, kuil akan dipindahkan ke Seksyen 22. Mac 200 -
Kerajaan Barisan Nasional telah digantikan dengan kerajaan baru Pakatan Rakyat.
01. 04. 2008 - Aduan dihantar kepada YB Adun Batu 3, Ahli Parlimen Shah Alam dan MB baru.
April 2008 - Perjumpaan penduduk dengan YB Adun Batu 3 yang baru dimasjid Seksyen 19.
June 2008 - Ubahsuai besarkan jalan masuk kekuil. Gangguan lagu-lagu Hindu pagi dan malam.
Julai 2008 - Keramaian bising sering diadakan. Pada 26/7/ 08 perarakan bergendang dibuat pada jam 1 pagi,
penduduk diugut bunuh bila menegur bising, minta bantuan polis mereka jerit Melayu bodoh selepas polis beredar.
09. 08. 2008 - Perjumpaan penduduk dan YB Ahli Parlimen Shah Alam di masjid Seksyen 19.
12. 08. 2008 - Perjumpaan wakil-wakil penduduk Islam, wakil-wakil kuil dengan YB Adun Puan Rodziah, YB Xavier,
YB Ahli Parlimen, Wakil Datuk Bandar, Wakil PKNS dan wakil Polis di pejabat Adun Seksyen 23. Wakil Penduduk Islam
Seksyen 19 hanya 5 orang sahaja. Tetapi wakil AJK kuil terlalu ramai yang datang.
07.10. 2008 - Aduan kepada YB Adun gangguan bising semasa penduduk menyambut Aidilfitri.
14. 12. 2008 - Ubahsuai dibuat membesarkan bilik-bilik dikuil. Gangguan bising pagi dan malam.
18. 12. 2008 - Penduduk hantar aduan mohon bantuan NGO Islam atasi masalah gangguan kuil.
31. 12. 2008 - Hantar aduan keramaian 28/12/ 08 kepada YB Adun Batu 3, MB & Datuk Bandar.
08. 01. 2009 - Hantar rakaman video ubahsuai dikuil pada 21/12/ 2008 kepada pihak berkuasa.
10. 01. 2009 - Bantuan NGO telah mengurangkan sedikit masalah gangguan-gangguan dikuil itu.
08. 02. 2009 - Penduduk hubungi Bilik Gerakan MBSA pihak kuil buat tandas dekat Jalan 19/25.
23. 02. 2009 - Hantar aduan masalah tandas baru dikuil kepada Pengarah Penguat kuasa MBSA.
17. 03. 2009 - Surat mohon tiada gangguan digelanggang kpd. Pengarah Penguat kuasa MBSA.
05. 05. 2009 - Hantar aduan kepada MB, Adun Batu 3 dan Exco Agama mohon kuil dipindahkan.
08.05.2009 - Jawapan YB Adun Persatuan Kuil setuju pindahkan kuil dan selesai masa terdekat.
12.05.2009 - Balasan surat kepada YB Adun mohon pemindahan kuil tidak ditangguhkan lagi.
31.05.2005 - YB Adun sampaikan berita kepada AJK Masjid Ubudiah kuil akan pindah ke Seksyen 23
02.08.2009 – Aduan kepada YB Adun, MB, Exco Agama dan Datuk Bandar Shah Alam kuil dicat baru walaupun
hendak dipindahkan, gangguan di gelanggang senaman penduduk Islam dan masalah dikuil kecil.
05. 08.2009 - Keramaian diadakan selama beberapa hari. Gangguan bising bergendang pada 07/08/2009 pada jam 8 hingga10
malam. Disambung pula pada jam 12 malam. Aduan kepada YB Adun pada Jam 1 pagi kerana kuil masih bergendang.
YB Adun dan 2 peronda polis datang jam 1.15 pagi. Selepas polis beredar gangguan bising pemuda India hingga jam 2.30 pagi.
08/08/2009 gangguan bergendang mula pada jam 6.45 pagi. Aduan kepada YB Adun. Pada malam Sabtu 08/08/2009
gangguan bising bergendang beberapa jam walaupun ada majlis kenduri Doa Selamat diadakan dirumah berhampiran.
09/08/2009 - gangguan bising lagu-lagu Hindu pada sebelah pagi dan malam.