PEWARIS

BOIKOT!

Friday, December 12, 2008

PENGUMUMAN-SIRI JELAJAH MAJLIS PERMUAFAKATAN UMMAH PERINGKAT NEGERI MELAKA


PENGUMUMAN KHAS KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

· Menyedari penghinaan yang dihadapi oleh Umat Islam di bumi sendiri;
· Memahami kegawatan politik yang mengaibkan perpaduan ummah di semua penjuru;
· Menerima realiti kita pengemis di bumi warisan sendiri;
· Merasai kejerihan gejala sosial yang memamah masyarakat Islam dari semua sudut di bumi sendiri;
· Melihat satu persatu anak bangsa gugur kecundang ditelan Agenda musuh;
· Menginsafi kegagalan Agenda ekonomi yang melumpuhkan jatidiri anak bangsa;
· Menghayati cabaran yang akan melumpuhkan masa depan kita semua;
· Menerima hakikat maruah umat Islam dicabar dalam segenap isu;
· Merasakan hanya sisa maruah yang tinggal;
· MERELAKAN ISU TERNAKAN BABI MENCABAR MARUAH MALAYSIA SEBAGAI NEGARA ISLAM, MEMUSNAHKAN SUNGAI SERTA MENGANCAM KESIHATAN RAKYAT;
· Menelan hakikat ancaman “ Tuan Menjadi Hamba, Tetamu Menjadi Tuan”;
· Mengenang nasib malang nenek moyang, para pejuang agama dan bangsa yang gugur dalam perjuangan yang tidak terbela;
· Menyelami kebenaran luahan “Anak Kecil Main Api ” dan “ Perjuangan Yang Belum Selesai’;

SAMPAI BILA ?
INGATLAH DAN SEDARLAH...
“ Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka merubah apa yang ada dalam diri mereka..”( Surah Ar-Ra’ad Ayat 11 )

Sama ada nasib kita hari ini adalah akibat Agenda musuh atau kelemahan sendiri, kita perlu bangkit dengan segera! Kami PEWARIS, ingin menjemput wakil organisasi Islam / Melayu ( tanpa mengira fahaman politik ), pemikir, individu yang insaf, barisan perwakilan pelajar, ketua masyarakat serta pemimpin agama untuk berbincang dan mengambil tindakan segera demi mengembalikan hak dan maruah bersama dan menentukan kemakmuran Negara dapat diteruskan. Satu perjumpaan tertutup di Majlis Permuafakatan Ummah bagi memutuskan beberapa tindakan pre-emptive lagi berkesan yang perlu diambil untuk menentukan kekuatan Ummah bakal digarap dan akan menggerunkan para musuh Islam.

1. Majlis Solat Hajat
Diadakan bagi memohon perlindungan daripada kehinaan, wabak dan penyakit bawakan babi pada 18hb Disember 2008. Selepas Solat Isya’ di Masjid Kg Telok Gong, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka.

2. Majlis Permuafakatan Ummah
( Siri jelajah 2, Melaka)
TARIKH : 20 DISEMBER 2008 (22 Zulhijjah 1429H)
MASA : 8.30pg-1.00ptg
TEMPAT : Dewan Manap, Hotel Samudera Riverside, Masjid Tanah Melaka ( Berhadapan hentian bas )
UNTUK PERTANYAAN LANJUT ATAU
MENDAFTARKAN DIRI ANDA, SMS BUTIRAN ATAU HUBUNGI
HOTLINE PEWARIS
019-359 1000/019-238 4000/019-69 44 300
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 8:17 AM
Labels: PENGUMUMAN

8 comments:

azreen said...

cuma nk bagi info

blog ni pn seangkatan dgn surind yang jahil 2

http://sjsandteam.wordpress.com/2008/11/23/islam-is-the-only-true-religionall-other-religions-are-false/

December 14, 2008 at 5:59 PM
Anonymous said...

demi agama dan bagnsa akan ku juang ke titisan darah terakhir.

kalau cina boleh tutup kubur orang islam takkan kandang babi pun kita lemah sampai tak boleh buat apa-apa.

hina dan dayus pemimpin melaka.

December 14, 2008 at 9:05 PM
Tai said...

Hidup pewaris. Saya bukan melayu. Tapi, saya tetap menyokong pewaris. Jangan biarkan bangsa tergadai.

December 15, 2008 at 5:13 AM
Anonymous said...

KALAU ADA ORANG CABAR MARUAH ISLAM DAN MELAYU SEMUA JADI DAYUS DAN BACUL..

TAPI KALAU KUTUK HINA SESAMA SENDIRI SEMUA NAK JADI HERO TUNJUK PANDAI..

AYUH PEWARIS MARI KITA BUKTIKAN ADA ANAK MELAYU YANG MASIH BERDARAH PERWIRA..

AKU ANAK MELAYU..AGAMAKU ISLAM..AKAN AKU PERTAHANKAN HAK ANAK CUCU AKU

December 15, 2008 at 6:56 PM
Tai said...

ya, ingat, ini tanah melayu. melayu perlu bersatu.

December 15, 2008 at 11:31 PM
CIKGU SUHASNI said...

jangan memepergunakan Islam untuk kepentingan peribadi atau politik tetapi gunalah Islam sebagai simbol perjuangan umat. Hidup Melayu! Hidup Islam!

July 24, 2009 at 9:22 AM
CIKGU SUHASNI said...

Jaga maruah bangsa Melayu, jangan ditipu dan ditindas dengan idealogi malaysian malaysia..!! pemudagerik.blogspot.com

July 24, 2009 at 9:25 AM
coretan_khalayak said...

apa yang PEWARIS kununnya perjuangkan sangat memualkan - mengambil Islam sebagai asasnya, Islam itu terlalu murni untuk dipolitikkan sebegini...

July 28, 2009 at 5:46 PM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

PEWARIS

My photo
PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM
019-238 4000/019-69 44 300 MENYATUKAN UMMAH DEMI AGAMA DAN BANGSA!
View my complete profile

BERITA PEWARIS

  • ▼  2008 (27)
    • ►  November (12)
      • ►  Nov 13 (1)
      • ►  Nov 16 (1)
      • ►  Nov 17 (1)
      • ►  Nov 25 (1)
      • ►  Nov 26 (6)
      • ►  Nov 27 (1)
      • ►  Nov 28 (1)
    • ▼  December (15)
      • ►  Dec 01 (1)
      • ►  Dec 02 (1)
      • ►  Dec 04 (1)
      • ►  Dec 09 (1)
      • ►  Dec 10 (1)
      • ▼  Dec 12 (1)
        • PENGUMUMAN-SIRI JELAJAH MAJLIS PERMUAFAKATAN UMMAH...
      • ►  Dec 18 (1)
      • ►  Dec 19 (1)
      • ►  Dec 21 (1)
      • ►  Dec 24 (1)
      • ►  Dec 25 (1)
      • ►  Dec 27 (2)
      • ►  Dec 29 (1)
      • ►  Dec 31 (1)
  • ►  2009 (10)
    • ►  January (9)
      • ►  Jan 08 (1)
      • ►  Jan 09 (2)
      • ►  Jan 10 (1)
      • ►  Jan 13 (1)
      • ►  Jan 26 (3)
      • ►  Jan 27 (1)
    • ►  August (1)
      • ►  Aug 24 (1)

WAKTU SOLAT

Bangsa Melayu dan umat Islam tanpa mengira fahaman politik wajib menentang penempatan ladang babi di Melaka

LINK LAIN UNTUK DILAYARI

  • PROTES BABI DI MELAKA
  • PPIM

SUARAKAN HAK/PENDAPAT ANDA!


ShoutMix chat widget

WAKTU


Free Blog Content

ANDA PELAWAT KE :

Free Web Counter
Free Counter