PEWARIS

BOIKOT!

Monday, January 26, 2009

Kenyataan Akhbar Berhubung Isu Kematian Mendiang Saudara A. Kugan Dan Rancangan Perhimpunan Oleh HINDRAF

PEWARIS adalah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan Islam di negara ini dan berkecuali dari mana-mana fahaman politik. Oleh itu, PEWARIS menyeru dan mengingatkan mana-mana parti politik, Badan-badan Bukan Kerajaan atau orang perseorangan agar tidak menjadikan isu kematian mendiang saudara A.Kugan sebagai isu perkauman yang mampu memecah-belahkan perpaduan kaum yang telah sedia terjalin di negara ini. Adalah diingatkan juga, ahli-ahli politik yang terlibat dan dilantik sebagai Timbalan Menteri dan Senator bertanggungjawab kepada semua kaum, bukan hanya kepada satu kaum tertentu sahaja. Tugas dan tanggungjawab ini perlulah digalas dengan jujur dan ikhlas.

Kami menghargai tugas dan tanggungjawab YB Senator T.Murugiah yang sanggup berada di Hospital Serdang bagi memastikan tiada berlaku sebarang kekecohan antara pihak keluarga mendiang dan pihak hospital. Namun, di kesempatan ini, PEWARIS ingin melahirkan rasa terkilan kerana sehingga ke hari ini, permohonan kami untuk berjumpa dan menyerahkan memorandum Bantahan Penternakan Babi di Paya Mengkuang, Melaka tidak dipedulikan. Sudah hampir lebih seminggu pihak PEWARIS gagal mendapatkan temujanji bagi membincangkan permasalahan ini, termasuklah menghantar surat rasmi namun semuanya tidak berhasil. Selama hampir 20 tahun, seramai 24,000 orang penduduk Paya Mengkuang di Melaka terpaksa menghadapi penderitaan ini disebabkan kegagalan pemimpin-pemimpin melaksanakan tanggungjawab mereka.

Isu kematian mendiang Saudara A.Kugan adalah satu kes jenayah dan ianya perlu diselesaikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa campur tangan orang-orang politik. Mereka yang tidak berhubungkait tidak perlu memberi ulasan atau pandangan yang bercorak provokatif yang bakal menimbulkan kemarahan pada masyarakat Islam dan Melayu. Sebelum ini pun, terdapat ramai bangsa-bangsa lain seperti Melayu dan Cina yang mati di dalam lokap dan di tali gantung, tetapi tidak ada dilihat pemimpin dari mana-mana parti, baik UMNO dan PAS bergegas ke rumah mayat atau ke kubur dan mendesak untuk diadakan bedah siasat kali kedua.

Jika seseorang pemimpin merasakan dirinya bertanggungjawab dan peka kepada sensitiviti perkauman di negara ini, PEWARIS ingin menyarankan agar dua orang Timbalan Menteri tersebut termasuklan Presiden MIC, Dato’ Seri Samy Vellu membuat pengisytiharan kepada masyarakat India agar tidak berkumpul beramai-ramai di Hospital Universiti atau berarak dan menimbulkan sebarang huru-hara sewaktu majlis pengebumian jenazah mendiang saudara A.Kugan esok. (28 Januari 2009). PEWARIS merasakan tanggungjawab menentukan keamanan di Negara ini tidak terletak di bahu pasukan Polis sahaja.

Perarakan bersifat perkauman dan provokatif seumpama ini mampu menimbulkan perasaan benci masyarakat Islam dan Melayu di negara ini. Jika ini berlaku, pihak PEWARIS tidak teragak-agak untuk keluar dan berkumpul beramai-ramai menentang perarakan ini. Kami juga sanggup ditahan oleh pihak polis demi mempertahankan keamanan dan kemakmuran di negara ini.

Untuk pemimpin Hindraf, saudara P.Waytha Moorthy yang berada di London, PEWARIS menasihatkan agar beliau tidak mencampuri urusan perundangan dan perlembagaan Negara ini. Beliau bukan lagi warganegara Malaysia kerana telah memegang pasport British.

Beliau tidak perlu keluarkan komen dan pandangan dari jauh berhubung hal negara orang lain seperti di dalam MalaysiaKini (Ini bukan PJJ – bukan Pelajaran Jarak Jauh tapi Politik Jarak Jauh). Seorang pemimpin dan pejuang yang bertanggungjawab tidak akan meninggalkan orang-orang yang memerlukannya menderita dan susah keseorangan. Kenyataan-kenyataan palsu yang turut dikeluarkan oleh beliau di dalam laporan tahunan 2008 Malaysian Indian Minority & Human Rights Violations semasa di Chennai, jelas menunjukan bahawa beliau sendiri tidak memahami dan menghayati perlembagaan negara ini berbanding dengan warga-warga India Malaysia yang lain. Pemimpin seperti inilah yang akan membuatkan rakan-rakan India kita di Malaysia terus ketinggalan dan tertindas.

PEWARIS menyarankan agar kita perlu fokus dalam menangani masalah kegawatan ekonomi yang sedang berlaku dan bersatu-padu mengatasi halangan dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah bagi menjana ekonomi masyarakat dan individu di Negara ini. [END]
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 10:21 PM 1 comment:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN AKHBAR BERHUBUNG ISU KEMATIAN A.KUGAN DALAM TAHANAN POLIS

JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN AKHBAR BERHUBUNG
ISU KEMATIAN A.KUGAN DALAM TAHANAN POLIS


PEWARIS akan mengadakan sidang media berhubung isu ini pada :

Tarikh : 27 Januari 2009 ( Selasa )
Bersamaan 30 Muharam 1430H
Masa : 2.00 petang
Tempat : Sembang Sembang Café, Lot G6, The Mall (Berhadapan Hotel Seri Pacific)


PEWARIS berharap kaum India tidak mengambil isu ini sebagai isu perkauman hingga menimbulkan suasana perkauman di Negara ini. PEWARIS juga menggesa YB Senator serta Timbalan Menteri tersebut tidak mengambil sikap berat sebelah dan bersikap profesional dalam hal ini.


Kerjasama pihak anda untuk membuat liputan berhubung isu ini amatlah dihargai. Sila hubungi talian 019-3591000 / 019-2384000 / 019 – 6944300 untuk pertanyaan lanjut. [END]
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 7:25 PM No comments:
Labels: KENYATAAN AKHBAR

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERASMIAN KONVOI SILATURRAHIM KE TERENGGANU

Konvoi Kempen Boikot Produk Israel Ke Terengganu

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Konvoi kempen boikot produk Israel dan Amerika Syarikat anjuran Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dan Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) hari ini meneruskan perjalanan ke Paka, Terengganu.Kira-kira 30 buah kereta menyertai konvoi itu yang merupakan kesinambungan kepada program Kempen Boikot Terpilih Produk Berkepentingan Yahudi yang dianjurkan kedua-dua persatuan sejak awal bulan ini.Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman berkata konvoi itu akan berhenti di seberapa banyak surau dan masjid serta bertemu masyarakat untuk mengedar risalah kempen boikot itu.Kempen itu bertujuan membantah pencerobohan Israel di Palestin dan terhadap Amerika Syarikat yang menyokong regim zionis, katanya kepada pemberita di sini hari ini.Dr Ma'amor juga menggesa orang ramai memboikot produk Amerika Syarikat.Beliau turut menggesa orang ramai memboikot Lego yang menurutnya baru-baru mengeluarkan produk yang menghina Nabi Muhammad s.a.w dan isteri baginda Saiditina Siti Khadijah.
-- BERNAMA


Boikot rokok, filem Hollywood

Oleh FADZILAH BAHARUDIN
fadzilah.bahar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu pengguna memboikot rokok keluaran Amerika Syarikat dan filem Hollywood sebagai membantah kekejaman Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas penduduk Palestin.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, tindakan tersebut adalah wadah terbaik bagi menyuarakan bantahan terhadap kezaliman tersebut selain membantu pengguna menghindari tabiat kurang sihat itu.
"Selaras dengan kempen memboikot, saya rasa ini memang masa yang sesuai untuk kita sama-sama membuang tabiat merokok. Ia bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah merosakkan diri dan keluarga," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Konvoi Silaturrahim di sini hari ini.
Konvoi itu anjuran Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur dan akan berakhir di Paka, Terengganu.
Program tersebut merupakan kesinambungan Kempen Boikot Produk Yahudi yang dikendalikan oleh PPIM.
Maamor berkata, sudah tiba masanya pengguna mengenepikan filem-filem terbitan AS kerana ia lebih banyak menyiarkan propaganda mereka.
"Filem Hollywood menyiarkan mesej yang cuba menunjukkan mereka hebat dan terbaik malah tersasar jauh daripada budaya kita.
"Jadi pihak kerajaan mungkin boleh mengenakan beberapa tindakan seperti menaikkan harga tiket dan sekali gus membuatkan pengguna beralih menonton filem tempatan," ujarnya.
Sebanyak 30 buah kereta menyertai konvoi itu dan para peserta akan mengedarkan risalah serta surah Yasin di lokasi-lokasi terpilih bagi memupuk semangat kemanusiaan dan prihatin terhadap penderitaan umat Islam di Palestin.
Menurut Maamor, kempen itu sekurang-kurangnya dapat membantu usahawan tempatan meningkatkan produktiviti mereka.
Ditanya mengenai nasib pekerja Islam di restoran makanan segera seperti McDonald dan KFC yang turut diboikot, beliau berkata, ia bukan bertujuan menutup rezeki mereka.
"Kita mahu mereka memberitahu pihak atasan di AS supaya mengubah dasar luar mereka.
"Biar mereka dapat mesej bahawa kita anti peperangan dan kalau boleh biarlah segalanya diselesaikan di meja rundingan. Sebab kita tahu syarikat-syarikat ini memang ada kepentingan terhadap Yahudi," katanya.
Beliau berkata, aktiviti memboikot itu seharusnya berterusan sebagai tanda jihad ekonomi di kalangan umat Islam.
(SUMBER :UTUSAN)































Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 9:16 AM 1 comment:
Labels: ALBUM
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

PEWARIS

My photo
PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM
019-238 4000/019-69 44 300 MENYATUKAN UMMAH DEMI AGAMA DAN BANGSA!
View my complete profile

BERITA PEWARIS

  • ►  2008 (27)
    • ►  November (12)
      • ►  Nov 13 (1)
      • ►  Nov 16 (1)
      • ►  Nov 17 (1)
      • ►  Nov 25 (1)
      • ►  Nov 26 (6)
      • ►  Nov 27 (1)
      • ►  Nov 28 (1)
    • ►  December (15)
      • ►  Dec 01 (1)
      • ►  Dec 02 (1)
      • ►  Dec 04 (1)
      • ►  Dec 09 (1)
      • ►  Dec 10 (1)
      • ►  Dec 12 (1)
      • ►  Dec 18 (1)
      • ►  Dec 19 (1)
      • ►  Dec 21 (1)
      • ►  Dec 24 (1)
      • ►  Dec 25 (1)
      • ►  Dec 27 (2)
      • ►  Dec 29 (1)
      • ►  Dec 31 (1)
  • ▼  2009 (10)
    • ▼  January (9)
      • ►  Jan 08 (1)
      • ►  Jan 09 (2)
      • ►  Jan 10 (1)
      • ►  Jan 13 (1)
      • ▼  Jan 26 (3)
        • GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERASMIAN KONVOI SILATURRAHI...
        • JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN AKHBAR BERHUBUNG ISU K...
        • Kenyataan Akhbar Berhubung Isu Kematian Mendiang S...
      • ►  Jan 27 (1)
    • ►  August (1)
      • ►  Aug 24 (1)

WAKTU SOLAT

Bangsa Melayu dan umat Islam tanpa mengira fahaman politik wajib menentang penempatan ladang babi di Melaka

LINK LAIN UNTUK DILAYARI

  • PROTES BABI DI MELAKA
  • PPIM

SUARAKAN HAK/PENDAPAT ANDA!


ShoutMix chat widget

WAKTU


Free Blog Content

ANDA PELAWAT KE :

Free Web Counter
Free Counter