Friday, November 28, 2008
KENYATAAN AKHBAR PEWARIS-Isu Kenyataan Chua Soi Lek Mengenai Ketuanan Melayu
PEWARIS ingin mengingatkan kepada semua pejuang Islam dan Melayu agar sentiasa bangkit dan bangun untuk memperjuangkan hak dan keistimewaan Melayu yang sering dipertikaikan oleh pihak yang iri hati dengan keistimewaan yang telah dimiliki oleh bangsa Melayu selama ini.
Dari kita asyik menabur fitnah dan bertelagah sesama sendiri adalah lebih baik jika kita sama-sama bersatu untuk mempertahankan hak dan maruah kita. Lihat sahaja kenyataan yang telah diberikan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mempersoalkan konsep “Ketuanan Melayu” tidak lagi relevan. Kenyataan tersebut sudah membuktikan bahawa itu merupakan agenda bangsa lain untuk menimbulkan kekecohan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan menimbulkan provokasi di kalangan umat Islam.
Sebagai bangsa Melayu dan umat Islam kita seharusnya sedar dan terus bangkit memperjuangkan hak kita demi maruah bersama. Jangan biarkan orang lain terus mengusai dan menghina kita sehingga tiada lagi sisa maruah yang tinggal untuk kita sama-sama perjuangkan .
Ayuh...!!! Warga PEWARIS, umat Islam, bangsa Melayu di Malaysia, kita ketepikan kepentingan politik demi memperjuangkan bangsa, agama dan kedaulatan Negara. Teruskan perjuangan dan tetapkan pendirian untuk perpaduan Ummah dan kesucian agama Islam.
Allahuakbar!!!Allahuakbar!!!Allahuakbar.....!!!!
Sekretariat PEWARIS
“Gagasan Sejagat Pembela Maruah Islam”
Thursday, November 27, 2008
DARI LAMAN WEB MALAYSIA KINI-CHUA:KITA TIDAK TERIMA KETUANAN MELAYU
Chua: Kita tidak terima Ketuanan Melayu |
Nov 27, 08 4:36pm |
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah. Beliau berkata, rakyat Malaysia mesti berubah dan kurang bersikap konfrontasi, kontroversial, emosi dalam isu-isu yang melewati batasan perkauman. Sumber : Malaysia Kini :http://www.malaysiakini.com/news/93861 APA KATA ANDA-ANDA SEMUA YANG MENENTANG PEWARIS TENTANG KENYATAAN CHUA INI? |
Wednesday, November 26, 2008
KENYATAAN PEWARIS BERHUBUNG GAMBAR DI TRANUNGKITE.NET
Pada artikel tersebut di gambar 15 telah dinyatakan bahawa " 15. Wakil muslimah, dari gaya penyampaian rasanya dia wakil PAS".( SILA KLIK LINK BERIKUT UNTUK MAKLUMAT LANJUT
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18803 )
Diperbetulkan di sini bahawa wanita tersebut adalah ahli yang bercakap mewakili kaum wanita/muslimah dan tidak berkaitan dengan mana-mana parti. Beliau merupakan seorang pensyarah bertaraf Profesor Madya di salah sebuah Universiti Tempatan. Pihak Tranung dan yang seangkatan dengannya diingatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan secara membabi-buta.
KENYATAAN AKHBAR PEWARIS-Peringatan Kepada Harakah Daily
Pihak Harakah Daily diingatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan palsu terhadap PEWARIS berhubung dakwaan terdapat beberapa individu yang telah dipukul semasa perhimpunan PEWARIS dijalankan di perkarangan Wisma Sejarah pada 23 November yang lepas. Dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana tidak berlaku sebarang kekerasan atau pergaduhan yang berlaku sepanjang perhimpunan tersebut berlangsung.
Sebagai akhbar yang berunsurkan Islam perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana sebagai seorang Islam kita diingatkan agar bercakap benar dan tidak membuat sebarang kenyataan palsu tanpa sebarang bukti yang kukuh terlebih dahulu.
PEWARIS ingin meminta pihak Harakah Daily untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan tersebut kerana kita tidak mahu umat Islam di Negara ini hidup berpecah belah dan tidak bersatu dalam mempertahankan kesucian agama Islam hanya kerana kenyataan yang boleh mewujudkan perselisihan faham di antara satu sama lain.
PEWARIS juga ingin menegaskan bahawa PEWARIS tidak bersekutu bersama UMNO kerana piagam PEWARIS adalah untuk memartabatkan kesucian Islam, kedudukan istimewa bahasa dan bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa mengira fahaman politik serta inginkan umat Islam di Negara ini bersatu dalam memperjuangkan perkara yang sama. PEWARIS juga tidak sama sekali bersama-sama UMNO kerana UMNO sendiri mempunyai pelbagai penyakit kronik di dalam urusan mereka. Kita tidak mahu niat buruk segelintir pihak akan memecahkan perpaduan kaum dan agama di Negara ini.
PEWARIS ingin memberi amaran kepada pihak yang
Sekretariat PEWARIS
“Gagasan Sejagat Pembela Maruah Islam”
Kenyataan Akhbar PEWARIS-PEWARIS Menyangkal Dakwaan Pihak Yang Mengatakan Bahawa PEWARIS Bersama UMNO
Amatlah bodoh untuk mengaitkan UMNO dengan PEWARIS kerana PEWARIS mewakili suara majoriti senyap umat Islam yang telah lama bersabar dan kini hilang kesabaran serta jelak dengan perangai puak-puak bukan Islam yang sentiasa mencabar maruah agama dan umat Islam di setiap penjuru.
Tidak ada sebab untuk PEWARIS menjadi badan suruhan UMNO kerana UMNO begitu lemah dan dilanda dengan pelbagai penyakit kronik. PEWARIS merupakan permuafakatan dan perjuangan warisan Islam yang juga mewakili suara semua umat Islam termasuklah kakitangan kerajaan, ahli-ahli PAS, ahli UMNO dan juga semua pengguna Islam yang akan menjadi satu kuasa dan platform dengan satu suara yang tidak mungkin dapat ditahan kebangkitannya lagi.
PEWARIS juga memberi amaran kepada puak-puak yang gemar dan seronok mencabar Islam selama ini bahawa PEWARIS tidak lagi akan hanya menunggu untuk dihina. PEWARIS akan bertindak secara pre-emptive dan terancang. Kita akan mengumpulkan umat Islam daripada semua golongan tanpa mengira fahaman politik atau bangsa atau keturunan (CINA,
Seruan akhir PEWARIS kepada PAS, UMNO atau PKR dan juga kakitangan kerajaan agar meneruskan perjuangan anda tetapi apabila ianya melibatkan akidah dan agenda Ummah, maka kita hendaklah bersatu. Belajar daripada kewujudan MCA, Gerakan, DAP dan MIC. Kepada umat Islam yang tidak bersetuju dengan seruan PEWARIS bolehlah kita aturkan perjumpaan bagi menyelaraskan agenda bersama.
ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR!!!
“Gagasan Sejagat Pembela Maruah Islam”
Kenyataan Akhbar PEWARIS-Isu Sokongan Yang Dikemukakan Oleh Persatuan Peguam Muslim Malaysia Terhadap Majlis Peguam.
Contoh yang paling jelas adalah penganjuran Forum Memeluk Islam yang boleh dianggap sebagai melampau sehingga menimbulkan satu provokasi di kalangan umat Islam pada waktu itu. Perkara tersebut seharusnya dijadikan iktibar oleh Majlis Peguam supaya lebih berhati-hati dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan terutama isu perkauman di Negara ini yang boleh menimbulkan kekacauan dan memecahkan semangat perpaduan yang selama ini dijaga.
Saranan yang dikemukakan oleh Persatuan Peguam Muslim Malaysia itu perlu disambut baik oleh semua badan NGO Islam di Malaysia kerana ia melibatkan kepentingan masyarakat yang hidup secara majmuk dan berbilang agama di Negara ini. Hal ini kerana Majlis Peguam sering mencampuri urusan Islam apabila mempersoalkan ‘intra religious’ Islam. Mereka bukan hanya bercakap tentang hak asasi tetapi lebih kepada mempertikaikan prinsip Islam. Malah dalam banyak keadaan Majlis Peguam cuba mengajar orang Islam tentang agama Islam contoh mendesak orang Islam supaya memilih pandangan liberal.
Kita tidak mahu perkara yang sering dibangkitkan oleh Majlis Peguam sejak akhir-akhir bakal mencetuskan kemarahan di kalangan kaum di Malaysia dan sehingga mengulangi tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969. Sebagai masyarakat majmuk kita tidak memerlukan suara-suara sumbang yang mempertikaikan hak-hak dan keistimewaan sesuatu kaum seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sehingga mencabar ketenteraman dan kemakmuran Negara.
Kaum Melayu di Negara ini juga sentiasa diingatkan agar sentiasa bersatu-padu dalam mempertahankan isu bangsa yang sering dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Ramai Melayu yang tersinggung dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak tertentu sejak akhir-akhir ini tetapi tidak ramai yang tampil untuk membela hak kaum Melayu. Masih belum terlambat lagi untuk kita membela hak dan keistimewaan kaum Melayu yang telah termaktub dan jangan biarkan agenda pihak tertentu memusnahkan keistimewaan yang telah diberikan kepada kita selama ini.
KENYATAAN AKHBAR PEWARIS-Isu Bantahan Terhadap Cadangan Untuk Mengkaji Semula Pengharaman Yoga Oleh Pihak Hindu Sangam
Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) membidas kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Presiden Hindu Sangam Malaysia, Datuk A. Vaithilingam yang meminta pihak Majlis Fatwa Kebangsaan agar mengkaji semula keputusan terhadap pengharaman Yoga kepada umat Islam. PEWARIS tidak bersetuju dengan cadangan tersebut malah membantah sekeras-kerasnya kerana keputusan tersebut amat tepat kerana ia melibatkan akidah dan pegangan terhadap penganut agama Islam di negara ini. Kita tidak mahu akidah umat Islam di negara ini terpesong jika mengamalkan senaman ini kerana masih banyak lagi amalan senaman yang boleh dilakukan untuk tujuan kesihatan.
Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan yang benar dan tepat dan merasakan tidak perlu cadangan dan pendapat mana-mana pihak supaya mengkaji semula keputusan tersebut kerana ianya melibatkan sensitiviti agama Islam dan kita tidak mahu akidah penganut agama Islam di negara ini terpesong kerana mengamalkan senaman tersebut. Cadangan tersebut dianggap sebagai kurang ajar kerana cuba mencampuri urusan agama Islam.
PEWARIS ingin memberi amaran kepada pihak tertentu supaya tidak cuba untuk campur tangan dan tidak melakukan sebarang pertikaian terhadap perkara yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa kerana kita tidak pernah mencampuri urusan agama lain di negara ini.
Perkara yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa amatlah relevan dan perlu dihormati oleh semua pihak kerana Majlis Fatwa hanya mengharamkan pengamalan senaman tersebut kepada umat Islam bukan kepada penganut agama lain. Sehubungan dengan itu, kita tidak memerlukan suara-suara sumbang yang bertujuan untuk mewujudkan provokasi di kalangan penganut agama Islam dengan penganut agama lain di negara ini.
PEWARIS tidak akan berdiam diri dan akan terus bangkit untuk mempertahankan kesucian agama Islam, kedudukan istimewa bangsa Melayu dan kepentingan Institusi Raja kerana kita tidak mahu ada pihak cuba mengambil kesempatan dan mempunyai niat untuk merosakkan akidah penganut agama Islam melalui ‘rancangan senyap’ mereka.
Umat Islam di negara ini juga sentiasa diingatkan agar terus bangkit dan mempertahankan kesucian agama Islam dan berani untuk menyuarakan hak mereka jika merasakan hak dan keistimewaan Melayu serta agama Islam dicabar oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. [END]
From:
Sekretariat PEWARIS
019-2768787