PEWARIS

BOIKOT!

Thursday, December 4, 2008

KENYATAAN AKHBAR DARI PEWARIS BERHUBUNG ISU MENYOKONG PENDIRIAN YANG DIBUAT OLEH DATUK MUKHRIZ MAHATHIR

Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) bersetuju dan menyokong penuh cadangan yang telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir supaya mewujudkan hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan sistem pendidikan kebangsaan di semua sekolah di Malaysia bagi mengekalkan perpaduan kaum di Negara ini. Cadangan tersebut amat baik untuk dilaksanakan kerana kita sedar bahawa sejak akhir-akhir ini terlalu banyak isu perkauman yang sering ditimbulkan oleh sesetengah pihak untuk tujuan mewujudkan perpecahan kaum di Negara ini.

PEWARIS juga menghormati pendirian beliau untuk terus mempertahankan cadangan tersebut kerana tidak salah jika pihak kerajaan melaksanakan cadangan tersebut sebagai salah satu sistem pendidikan di Negara ini bagi mendidik para pelajar tentang pentingnya semangat perpaduan kaum di Negara ini melalui penyatuan bahasa tanpa mempertikaikan kedudukan istimewa bahasa Melayu dan tidak menafikan penggunaan bahasa lain di Negara ini untuk mengekalkan keamanan serta kedaulatan Negara.

Teras pendidikan yang berdasarkan semangat kebangsaan perlu diterapkan kepada semua pelajar supaya mereka dididik untuk menghormati bangsa lain dan tidak mewujudkan sebarang provokasi di kalangan kaum untuk kepentingan sendiri. Pelaksanaan sistem pendidikan ini amat penting dan mempunyai rasionalnya bagi mendidik para pelajar supaya memahami dasar-dasar yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan mengelakkan wujudnya sebarang sentimen perkauman sejak di bangku sekolah lagi.

Sistem yang diwujudkan itu bukan bererti kita perlu memansuhkan keperluan bahasa kaum lain tetapi ianya bertujuan untuk merapatkan jurang perpaduan yang semakin ketara sejak akhir- akhir ini berikutan terlalu banyak isu perkauman yang ditimbulkan kerana masyarakat tidak faham konsep penyatuan bangsa dan bahasa secara mendalam.

PEWARIS berpendapat tidak wujud unsur mencabuli hak kaum lain jika Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar kerana memang sejak Negara mencapai kemerdekaan lagi bahasa Melayu telah termaktub sebagai bahasa rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa menafikan hak kaum lain untuk bertutur dalam bahasa asal mereka.

PEWARIS tetap akan terus bangkit dan bersuara terhadap perkara-perkara yang melibatkan sentimen perkauman kerana PEWARIS amat mementingkan semangat perpaduan dan akan terus mempertahankan hak istimewa kaum Melayu dan agama Islam bagi mengekalakan perpaduan dan keamanan Negara yang selama ini telah dijaga dengan baik. [END]
Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 10:24 PM
Labels: KENYATAAN AKHBAR

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

PEWARIS

My Photo
PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM
019-238 4000/019-69 44 300 MENYATUKAN UMMAH DEMI AGAMA DAN BANGSA!
View my complete profile

BERITA PEWARIS

  • ▼  2008 (27)
    • ►  November (12)
      • ►  Nov 13 (1)
        • BERSATU DEMI AGAMA DAN BANGSA!
      • ►  Nov 16 (1)
        • PROFIL
      • ►  Nov 17 (1)
        • SIRI JELAJAH MAJLIS PERMUAFAKATAN UMMAH
      • ►  Nov 25 (1)
        • SEKITAR SIRI JELAJAH MAJLIS PERMUAFAKATAN UMMAH DI...
      • ►  Nov 26 (6)
        • LAPORAN POLIS YANG DIBUAT OLEH AHLI PEWARIS PADA 2...
        • KENYATAAN AKHBAR PEWARIS-Isu Bantahan Terhadap Cad...
        • Kenyataan Akhbar PEWARIS-Isu Sokongan Yang Dikemuk...
        • Kenyataan Akhbar PEWARIS-PEWARIS Menyangkal Dakwaa...
        • KENYATAAN AKHBAR PEWARIS-Peringatan Kepada Harakah...
        • KENYATAAN PEWARIS BERHUBUNG GAMBAR DI TRANUNGKITE....
      • ►  Nov 27 (1)
        • DARI LAMAN WEB MALAYSIA KINI-CHUA:KITA TIDAK TERIM...
      • ►  Nov 28 (1)
        • KENYATAAN AKHBAR PEWARIS-Isu Kenyataan Chua Soi Le...
    • ▼  December (15)
      • ►  Dec 01 (1)
        • Komen PEWARIS Terhadap Kes Nirmala Bonat
      • ►  Dec 02 (1)
        • BORANG SUKARELAWAN PEWARIS
      • ▼  Dec 04 (1)
        • KENYATAAN AKHBAR DARI PEWARIS BERHUBUNG ISU MENYOK...
      • ►  Dec 09 (1)
        • SUARA AHLI PEWARIS-KOMEN DAN PENDAPAT DARI PPN TEN...
      • ►  Dec 10 (1)
        • EMEL PILIHAN-UNTUK BACAAN BERSAMA MENGENAI ISU YOG...
      • ►  Dec 12 (1)
        • PENGUMUMAN-SIRI JELAJAH MAJLIS PERMUAFAKATAN UMMAH...
      • ►  Dec 18 (1)
        • ADUAN DARI AHLI PEWARIS
      • ►  Dec 19 (1)
        • Kenyataan Akhbar Berhubung Siri Jelajah Ke 2, Majl...
      • ►  Dec 21 (1)
        • SEKITAR MAJLIS PERMUAFAKATAN UMMAH, SIRI JELAJAH K...
      • ►  Dec 24 (1)
        • Kenyataan Akhbar Berhubung Tindakan Menteri Besar ...
      • ►  Dec 25 (1)
        • PPIM TOLAK DEBAT SESAMA ISLAM ELAK PERPECAHAN UMMA...
      • ►  Dec 27 (2)
        • SURAT KEPADA YB YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DAN YB...
        • Jemputan Bagi Mengadakan Liputan Akhbar Sempena Pe...
      • ►  Dec 29 (1)
        • KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG PENYERAHAN MEMORANDUM G...
      • ►  Dec 31 (1)
        • SEKITAR PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA YB DATUK SERI...
  • ►  2009 (10)
    • ►  January (9)
      • ►  Jan 08 (1)
        • PENGUMUMAN-MAJLIS SILATURAHIM
      • ►  Jan 09 (2)
        • SEKITAR MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BOIKOT TERPILIH P...
        • ISU TANAH TERBIAR DI SEKSYEN 19, SHAH ALAM
      • ►  Jan 10 (1)
        • SEKITAR MAJLIS SILATURRAHIM PEWARIS DAN PPIM BERSA...
      • ►  Jan 13 (1)
        • ADUAN BERKENAAN KUIL DI SEKSYEN 19, SHAH ALAM
      • ►  Jan 26 (3)
        • GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERASMIAN KONVOI SILATURRAHI...
        • JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN AKHBAR BERHUBUNG ISU K...
        • Kenyataan Akhbar Berhubung Isu Kematian Mendiang S...
      • ►  Jan 27 (1)
        • SEKITAR MAJLIS SIDANG AKHBAR BERHUBUNG KEMATIAN A....
    • ►  August (1)
      • ►  Aug 24 (1)
        • KRONOLOGI ADUAN MASALAH KUIL SEKSYEN 19 (SEPT. 200...

WAKTU SOLAT

Bangsa Melayu dan umat Islam tanpa mengira fahaman politik wajib menentang penempatan ladang babi di Melaka

LINK LAIN UNTUK DILAYARI

  • PROTES BABI DI MELAKA
  • PPIM

SUARAKAN HAK/PENDAPAT ANDA!


ShoutMix chat widget

WAKTU


Free Blog Content

ANDA PELAWAT KE :

Free Web Counter
Free Counter